-Defender-

2.6K 277 60
                                    

Element Solar POV

"Korang sayang Boboiboy?" tanya aku kepada element element Boboiboy.

Mereka mengangguk lemah.

"Betul ke ni?" aku melihat element daun. Antara element yang dikatakan paling banyak menyusahkan bagi Boboiboy.

"Um... hm... Daun sayang Boboiboy... dia kan tuan kita.." kata Daun.

"You know.. kita boleh je buang dia dari hidup kita" kata aku.

"Boleh ke? Macam mana? Bukan ke kalau dia mati, kita pun mati?" kata Hali pula.

Aku hanya tersenyum.

"Boleh, Hali. Korang cuma kena dengar cakap aku je~" kata aku.

"Dengar cakap element baru ni~"

~~~~~~~
Boboiboy POV

Akhirnya.. pintu terbuka... Fang berlari ke arah aku dan memeluk aku erat. Risau agaknya.

"Kau okay?" tanya fang. Aku hanya tersenyum lemah.

"Kenapa ni? Dah jumpa 'dia' tu?" tanya Fang lagi.

"Dah" pendek sahaja jawapan aku. Entahlah. Aku pun tak tahu nak cerita apa lagi. Sejujurnya aku pun tak dapat jawapan kepada soalan aku. Siapa dia sebenarnya? Kawan? Atau lawan?

"So... siapa dia?" tanya Fang.

"Aku tak tahu" aku terus naik ke atas, masuk ke bilik aku. Penat. Penat fikir.

'Tak payahlah fikir Boboiboy'

'Kalau fikir pun, kau bukannya akan dapat jawapannya'

'Kau kan lemah'

'Apa kata.. kalau kau bagi je badan kau dekat aku?'

'Kau akan jadi kuat~'

'Lebih kuat daripada sebelum ni'

Bising. Aku malas nak layan. Lantak kau lah nak cakap apa. Penat dengar kau membebel. Dah lah tu, kata aku lemah pulak tu. Shut up your mouth lah, voices in my head.

Aku membaringkan badan aku ke atas katil yang empuk bersaiz king itu. Wuh, untungnya dapat tinggal dengan adik beradik alien ni. Bilik pun katil king. Hebat hebat.

Rasa ngantuk mula menguasai diri. Aku terlelap.

~~~~~~~~

'Boboiboy, hebat tak kuasa daun?~'

'Boboiboy! Tengok ni! Flower crown!~'

'Boboiboy~ tengok lah nii!~'

'Boboiboy Boboiboy Boboiboy~'

'Kau menyusahkan aku. MENGECEWAKAN!'

'Tapi daun..... daun cuba nak happykan Boboiboy...'

'Aku tak happy lah! Semua benda kau buat, memang teruk!'

'.......'

'Aku akan musnahkan kau, Boboiboy'

~~~~~~~~

"Wargh!!!" aku terjaga daripada mimpi yang sangat menyeramkan. Daun... dia nak balas dendam dengan aku?... betul ke semua tu?

"Kalau kau nak tahu kebenarannya, mereka semua nak hapuskan kau"

Diorang semua... nak hapuskan aku?

"Ya, kau kan jahat, diorang benci kau, Boboiboy"

Diorang... bencikan aku?

"Benci kau... sangat sangat"

Apa yang aku perlu buat supaya diorang maafkan aku?

"Bunuh diri"

~~~~~~~~
Update!!! Next or stop? Serius, macam merepek melalut cerita ni😂 hope korang happy eh dengan update baru ni~ author chaw dulu~ byee

[C] Fake love (Boboiboy reverse)Where stories live. Discover now