-Reverse story-

2.2K 242 40
                                    

Reverse POV

Ya, semua ni rancangan aku daripada mula aku wujud dalam badan Boboiboy. Semenjak boboiboy lahir. Tipulah kalau korang takde side yang jahat dalam diri korang. Side yang membuatkan korang rasa marah, geram, benci, dendam.

Semuanya hanya biasa. Aku hanya side yang penuh dengan kemarahan tapi yelah. Korang pun kenal boboiboy ni. Baik je sentiasa. Jarang dia marah.

Hinggalah dia mendapat kuasa elemental daripada ochobot. Aku mula rasa perkara ini menarik.

Aku hanya memerhatikan. Satu per satu element didedahkan. Bermula dengan trio petir, tanah dan angin. Seterusnya kepada api. Dan yang menjadi pengimbangnya adalah air.

Hinggalah boboiboy berlawan dengan borara demi menyelamatkan ochobot, kawannya yang dia sayangi.

Kuasanya yang pada awalnya yang berada di tahap kedua cuma taufan, halilintar dan gempa. Namun apabila berlawan dengan borara, kuasa tahap kedua semua element diperolehi termasukkan lah solar dan thorn.

Ini makin menaikkan nafsu aku untuk menguasai badannya. Kuasanya semakin kuat.

Namun sebenarnya aku menguasai element blaze secara keseluruhan kerana emosinya adalah marah dan baran namun aku rasa itu tidak cukup. Aku mahukan lebih kuasa!

Lebih kebebasan.

Sejak itulah aku mula merasuk fikiran boboiboy. Membuatkan boboiboy marah kepada element elementnya agar aku dapat mencari alasan untuk digunakan apabila tiba masanya untuk menguasai element dia.

Sekarang ni semua element berada dalam genggaman aku. Mereka hilang kawalan diri kerana semuanya dalam kawalan aku.

Aku gembira aku berjaya sampai ke tahap ini. Tak lama lagi, boboiboy akan aku kuasai.

Boboiboy yang ceria akan hilang dan digantikan dengan boboiboy yang digeruni, dan ditakuti semua warga angkasa.

Cukuplah aku meluat tengok boboiboy dibelasah kerana terlalu lemah, aku pula akan menjadikan boboiboy kuat! Kejam! Dan kemusnahan... pasti berlaku.

Fang, kawan yang sentiasa fahami boboiboy, sudah aku singkirkan. Kokoci dan laksamana juga, aku singkirkan.

Kini, tiada lagi yang boleh menghalang aku. No one.

~~~~~~~~~~~~~~~~
So how's this chapter? Okay tak? Best eh korang, banyak pulak author update😂 rajin punya pasal. Continue or stop?

[C] Fake love (Boboiboy reverse)Where stories live. Discover now