-Alive-

3.3K 345 45
                                    

Aku balik ke rumah Tok Aba. Sedih rasanya sebab Tok Aba dah tak gembira macam selalu. Yang paling penting sekali. Dah tak manjakan aku...

Aku masuk ke dalam bilik aku. Akhbar cerita tentang aku selamatkan dunia dan galaksi bertampal tampal di dinding bilik.

Satu per satu aku tenung. Tak puas baca. Semuanya menceritakan aku selamatkan dunia. Aku baik. Aku tolong orang. Aku tolong kucing.

Semuanya sangat sangat menggembirakan hati aku.

'Tapi diorang buang kau...'

'Buat apa kau nak gembira pasal semua ni lagi?'

'Semua ni useless, Boboiboy! Useless!'

'Takde guna dah semua kejayaan kau ni'

'Diorang lupa dah pasal semua ni'

'Diorang dah lupakan kau!'

Betul tu... diorang dah lupakan aku...

Aku memandang artikel artikel tu dengan penuh benci! Menyampah!

"Semua ni dah tak berguna!" aku koyak semua akhbar yang ditampal dekat dinding tu. Biarpun gambar aku. Aku koyak! Puas hati aku!

Sesuatu menangkap pandangan aku... gambar aku.. dengan fang... dengan kawan kawan yang lain... gopal, yaya, ying... dan cikgu papa pun...

'Koyakkan semuanya!'

Betul tu! Semuanya!

Aku ambik gambar tersebut. Hmm.. daripada koyak.. better aku...

Pen merah yang terletak di atas meja, aku capai. Satu per satu muka kawan kawan aku termasuk yaya, ying, gopal dan yang lain, aku pangkah x.

Muka aku dan fang je yang aku tak buat macam tu.

Ya, hanya aku dan fang.

Tiba tiba aku dapat satu idea bernas! Muka muka yang aku pangkah ni adalah musuh aku sekarang... musuh musuh ni... akan aku hapuskan!

Aku akan pastikan, semua dalam gambar ni yang telah dipangkah, akan mati.

Aku terus baring atas katil. Hah~ selesanya! Gembiranya!

Ting'

Ada mesej masuk.

'Boboiboy, ni aku Fang. Aku akan ceritakan dekat kau semua benda. Boleh datang dekat sekolah malam ni?'

Fang? Wah! Masa yang tepat! Memang banyak benda pun aku nak tanya dia ni!

'Set!'

Aku memejamkan mata. Sekejap je nak tidur. Aku penat.

"Boboiboy! Kau ni memang terbaik lah Boboiboy!"

"Hebatnya! Macam mana kau buat tu?! Ajar lah aku~ aku nak jugak jadi feymes macam kau!"

"Hahaha, kau lagi popular dari fang lah sekarang~"

'Aku janji.... selagi aku hidup... galaksi ni akan selamat. Aku akan selamatkan galaksi ni. Aku akan tolong tapops. Aku akan berkorban apa sahaja. Demi galaksi!'

Aku terjaga daripada mimpi yang tak lah seindah yang aku sangka. Aku mimpi pasal janji aku. Janji yang aku akan setia dengan tapops.

Tapi bila jadi macam ni, takkan aku nak setia lagi kot?

Tanpa alasan dan sebab yang munasabah, aku perlu bunuh kawan kawan aku? Fang dan kaizo? Bunuh diorang? No, tak boleh!

Takpe, malam ni, semuanya akan terungkai. Misteri akan dibongkarkan.

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Hmm.. mungkin aku patut gerak ke sekolah sekarang.

Aku terus mencapai jaket aku, dan keluar dari bilik. Sebelum keluar dari rumah tok aba, aku nampak tok aba tengah menangis dalam bilik dia.

Timbul rasa kesal dalam hati. Sepatutnya... aku kena jalankan misi tu.... tapi....

'Kau buat benda yang betul Boboiboy'

'Takkan lah kau nak hapuskan individu yang tak bersalah?'

Tapi macam mana kalau kaizo dan fang tu betul betul bersalah?

'Kau ada bukti?'

Takde...

Ting' mesej dari fang lagi!

'Boboiboy! Kau kat mana?! Cepatlah datang!'

Alamak! Dah lambat ke?!

Aku terus lari guna kuasa halilintar untuk ke sekolah. Ada cahaya! Dalam kelas aku. Kelas waktu aku berumur 10 tahun.

Perlahan lahan aku membuka pintu kelas. Segala memori aku dekat sini dengan kawan kawan... terkenang dalam ingatan...

Masa yaya dan ying bergaduh nak dapat nombor satu...

Masa aku dan fang berlawan tengok siapa lagi popular...

Masa gopal ceritakan dekat aku tentang rumah berhantu...

Semua tu... kenangan semata mata. Memori pahit yang menipu dan memperdayakan aku...

Bunyi tapak kaki kedengaran. Mungkin fang.

"Boboiboy! Aku perlukan pertolongan kau!" Fang datang ke arah aku. Muka dia macam resah gelisah.

"Kenapa ni fang? Kenapa kau tinggalkan tapops? Kenapa kau belot tapops? Bagitahu aku semua tu fang!"

"Takde masa Boboiboy! Kau kena tolong aku!"

"Tolong apa? Apa yang—"

Tiba tiba belakang leher aku sakit... macam ada.. seseorang yang pukul leher aku.. aku hilang kesedaran diri... apa yang aku nampak...

"Maaf... Boboiboy..."

Kata kata dari fang.... memohon maaf kepada aku... kenapa dia minta maaf?...

Apa yang dah jadi?...

******
Next or stop?~ comment ye!~ vote jugak ye~ hehe💕💕✨

[C] Fake love (Boboiboy reverse)Where stories live. Discover now