-Fixed-

2.8K 316 30
                                    

Kaizo POV

Aku dah agak dah. Memang ada yang tak kena dengan Boboiboy.

Tadi....

"Boboiboy Solar!" tukar Boboiboy kepada element terkuat, element solar.

Kuasa keluar tanpa kawalan. Tanpa had. Tanpa rehat. Habis laksamana dan ciciko diserangnya tanpa belas kasihan.

Mayat laksamana dan ciciko mati dengan dahsyat.

Ini bukan Boboiboy.

"Boboiboy tenang" kata aku.

Dia melihat aku dengan senyuman sinis.

"Alien macam kau, takde hati dan perasaan, kau takkan faham macam mana rasanya ditipu dan dipergunakan"

"Kau takkan pernah faham"

Itu bukan Boboiboy. Walaupun aku tak tahu semuanya pasal Boboiboy tapi aku boleh tahu yang ni bukan Boboiboy.

Aku memeluknya erat dalam dakapan ku. Cuba untuk memahami permainan yang sedang dimainkan oleh Boboiboy ni.

"Aku faham Boboiboy, aku faham," kata aku.

"Haha, faham? Kau faham?"

Boboiboy melihat mataku tajam. Pandangannya membunuh aku.

"Jangan berlagak baiklah. Kau takkan tahu apa yang aku bakal buat pada DUNIA ni. Paling penting sekali, apa yang aku buat pada Boboiboy ni"

Semuanya sudah jelas. Dia bukan Boboiboy.

"Siapa kau?" Tanya aku.

"Boboiboy, kuasa gelap Boboiboy"

Aku melihat Boboiboy yang diikat dengan tangan bayang adik aku.

Macam mana nak pulihkan Boboiboy ni?
~~~~~~~~~

'You can't fixed me'

'You can't do anything'

'I'm exist for a reason'

'To help Boboiboy'

'Matlamat aku'

'Impian aku'

'Untuk melihat Boboiboy bahagia'

'Tapi'

'Kehadiran korang ni'

'Memusnahkan perancangan aku'

'Satu per satu'

'Aku bunuh'

'Boboiboy akan gembira'

'Disamping aku'

'Dan pada masa tu lah'

'Boboiboy'

'Kau akan jadi milik aku'

'Sepenuhnya'

~~~~~~~~~
Boboiboy POV

"Fang... lepaskan aku..." kata aku dengan lemah. Akhir akhir ni.. aku penat sangat. Aku pun tak tahu kenapa. Kepala rasa sakit. Pening.

Mungkin, ni semua sebab suara dalam fikiran aku yang tak penat bercakap. Tak penat meyakinkan aku bahawa aku ni tak salah.

Semua yang berlaku bukan salah aku.

Semua berlaku sebab memang ia patut jadi macam tu.

Jadi laksamana dan kokoci pun mati sebab diorang PATUT mati.

Aku melihat fang yang risau melihat aku. Aku memeluknya erat.

"Jangan risau fang, aku okay" kata aku dengan tenang.

'Kami sentiasa okay'

"Boboiboy, boleh tak kau tolong aku?" tanya kapten.

"Tolong apa kapten?" tanya aku balik. Pelik. Jarang kapten minta tolong ni.

'Sebab kau kuatlah'

'Kau kuat sekarang'

'Dia takut'

'Kau saingan dia'

'Dia dah rasa tercabar, Boboiboy'

'Kita cuma perlu bertahan sikit je lagi'

'Lepas kita hapuskan kawan kawan yang mengkhianati kau tu...'

'Diorang semua akan tunduk dekat kita'

'TAKDE SAPE AKAN HALANG KITA LAGI!'

"Boleh masuk dekat bilik ni sekejap?" kata kapten menunjukkan kepada bilik kosong yang gelap itu.

"Nak buat apa masuk bilik tu?" tanya aku balik.

"Aku nak pulihkan kau" kata kapten.

Pulihkan? Aku tak sakit lah.

"Tapi saya tak sakit, kapten" balas aku.

"Aku tahu hahaha, masuk je lah, nanti kau akan tahu. Aku cuma.. nak tolong kau cari jawapan kepada soalan kau tu. Kau nak tahu siapa 'dia' kan?" tanya kapten. Macam mana.. dia tahu?

"Ya..." balas aku pendek, kaki mula melangkah ke dalam bilik gelap itu.

Aku nak jumpa 'dia'.

Pintu bilik ditutup....

Tunjukkan diri kau, sekarang.

~~~~~~~~~~~~~~
How? Next or stop?😌💕 anyway, kita dah cecah 300 votes! Thank you! So.... korang nak author buat apa untuk sambut 300 votes ni?😌 just say it, I'll do it~ vote lagi ehhh🤣

[C] Fake love (Boboiboy reverse)Where stories live. Discover now