-Save me please!-

2.3K 244 68
                                    

Boboiboy POV

Aku terjaga daripada pengsan dan aku tersedar bahawa aku berada dalam bilik hospital.

"Kau okay?" tanya Kapten. Aku hanya mengangguk lemah.

Sesuatu yang pelik tentang jam aku. Dia berubah warna menjadi putih. Apa yang dah jadi ni?

"Kau rehatlah dulu" kata kapten lalu membuka jam kuasa aku.

"Eh? Kapten nak buat apa dengan jam tu?" tanya aku.

"Aku nak betulkan jam kau ni. So jangan risau. I'll be back" balas kapten maka dia berlalu pergi keluar dari bilik tersebut meninggalkan aku keseorangan.

Aku hanya merehatkan diri. Badan aku cedera parah. Kesan tetakan di badan aku sangat pedih.

Apa yang aku buat selama ni... hanya membuatkan element aku membenci aku. Jadi semua ini salah aku.

Maafkan aku hali.

Maafkan aku thorn.

Maafkan aku gempa.

Maafkan aku solar.

Maafkan aku taufan.

Maafkan aku blaze.

Maafkan aku ice.

Maafkan aku... Reverse...

Aku memejamkan mata aku. Banyak salah aku dengan element. Aku marah diorang walaupun diorang mencuba sebaik mungkin dalam setiap perlawanan diorang.

Tapi aku.. selalu salahkan diorang, tak pernah berterima kasih dekat diorang atas susah payah diorang mendapatkan kemenangan.

Kalau aku dapat putar balik masa... Aku akan betulkan semuanya! Semuanya! Aku akan sentiasa menghargai diorang. Aku janji kalau aku dapat ulang balik masa, semuani takkan berlaku!

"Pftt. HAHAHHAHAHA. Kau? Nak semua ni hilang dalam sekelip mata? Nak putar balik masa? Mimpi lah kau!"

Suara ni lagi...

"Tunjukkan rupa kau depan aku! Aku nak berhadapan dengan kau!" aku nak tamatkan semua ni. Semua ni pasti angkara suara ni.

Akhirnya, dia memunculkan diri, dengan senyuman sinis penuh dendam.

"Kau seru aku?"

"Cukup lah ganggu aku. Apa yang kau nak?! Terus terang dengan aku!"

"Aku nak kuasa kau. Badan kau. Aku nak hidup kau. Populariti kau. Kebebasan kau. SEMUANYA TENTANG KAU. Huh. Dah lah~ tak perlu banyak cakap lagi. Keluarlah hamba hamba ku~"

Element aku. Tak.. kenapa... rambut diorang warna putih? Ni element aku ke?

"Kau kena ingat satu perkara boboiboy. You're nothing without your element~"

Halilintar mula menyerang aku. Aku cuba untuk elak namun dia terlalu laju. Belahan pedang halilintar membelah badan aku. Kesakitannya tak mampu aku ceritakan. Sakitnya hingga aku tak mampu menjerit. Terlalu sakit.

"Hahhahahahha! Seronoknya! Next!"

Halilintar berhenti cederakan aku dan tiba giliran thorn pula mengikat aku dengan kuat menggunakan akar berduri. Serangannya datang bersama serangan combo ice dan blaze.

Sememangnya aku terlalu lemah. Namun aku tahu reverse ni hanya menyeksa aku, dia takkan bunuh aku kerana semua serangan ini hanya untuk mencederakan aku.

Walaupun begitu, aku masih dalam kesakitan.

"Tolong berhenti..." Rayu aku.

"Berhenti? Tak mungkin!"

Kini serangan daripada gempa dan taufan pula. Sakit. Aku sakit sangat.

Someone... Tolong selamatkan aku...

"Ma-maafkan aku... Aku minta maaf! Maafkan aku!"

"You're nothing! Sekarang ni, biar aku je rampas hidup kau!"

Reverse menyerang aku...

Semuanya gelap.

Makin gelap.

Mata aku kembali terbuka.

Cermin di wad hospital dituju aku.

Rambut aku.. mata aku... sudah berbeza.

Oh. Mestilah.

Akulah reverse.

~~~~~~~~~~~~
Nak ni jadi ending or nak author sambung lagi? 😂😂😂 Kalau nak author sambung, author buat epic comeback. Hahhahaha. End or continue?



[C] Fake love (Boboiboy reverse)Where stories live. Discover now