Perseteruan di antara Bangsa Zinxs dengan Bangsa Athos ditamatkan begitu sahaja apabila Raja Thamrisy yang sebenar kembali memegang tampuk pemerintahan Istana Besar dan menamakan Ken sebagai pewaris takhta yang seterusnya tetapi sehingga berlaku peralihan kuasa tersebut ,Ken masih juga tinggal di Rumah Agam dan menguruskan Pusat Penyelidikan Serum & Implan bersama Ryu dan Rein.

Semuanya kembali normal di Rumah Agam sehinggalah mimpi tersebut mendatangi N pada beberapa hari yang lepas.

" Eiiden ada?"

Mark menatap wajah N yang pucat lesi dan rambutnya bersimpang-siur membuatkan Mark semakin pasti bahawa N baru sahaja terjaga dari tidur petangnya.

" Hujung minggu semua orang adalah.N kenapa?"

N tidak menyahut tetapi mundar-mandir dihujung tangga sambil menggigit hujung kuku jarinya dengan wajah resah.

" Pasal Ara."

Serta-merta wajah Mark berubah dan mulut N disumbatnya dengan tapak tangan.Tubuh kurus N ditarik menghampiri pintu balkoni yang terbuka.

Dia tahu nama Ara adalah suatu nama yang sangat tabu untuk disebutkan bukan kerana mereka telah melupakannya namun masing-masing tidak mahu menyebutkan nama tersebut kerana saling menjaga hati sesama mereka yang sehingga kini masih sangat terkesan dengan ketiadaan Ara bersama mereka di Rumah Agam itu.

" N.." tatapan Mark berubah serius
" Tahukan yang kita sudah sepakat untuk tidak menyebutkan nama itu lagi? "

" Aku tahu,Mark.Tapi ini penting dan rasanya aku perlu beritahu semua orang termasuk Eiiden."

" Hal penting apa?"

N tidak menyahut pertanyaan Mark tetapi sebaliknya terus mencari keberadaan mereka yang lain dengan diekori oleh Mark yang mendadak berwajah risau.

Di ruang tamu,N segera menggamit wanita bersanggul rapi yang kebetulan melintas dan sedang mengekori dua orang pekerja lain yang menjinjit banyak sekali beg plastik berisi bahan makanan kering yang dihantarkan terus ke Rumah Agam untuk memenuhi keperluan penghuninya sepanjang minggu.

" Cik Nara"

" Saya ,Tuan N." takzim wanita itu menjawab selepas tunduk hormat dengan kedua-dua belah tangannya bertaut pada paras perut.

" Panggilkan semua orang.Katakan ada hal penting yang ingin saya katakan."

Wanita itu mengangguk sekali lagi dan mengalihkan langkahnya menuju ke tingkat atas sementara dia dan Mark-lelaki Alfa dari suku Evas itu mengambil tempat di ruang tamu.

Ken adalah yang pertama turun dan kaca matanya masih bertenggek pada hidung serta mengepit sebuah buku tebal yang berkulit keras.Dan Vixx pula kelihatan menuruni tangga diiringi Ryu sejurus selepas itu.

Rambut Vixx tidak lagi berwarna putih keperakan tetapi kembali diwarnakan menjadi warna cokelat gelap yang menghampiri warna karamel sementara Ryu kekal dalam warna rambutnya yang hitam pekat.Vixx sempat menatap Mark dan Mark membalasnya dengan hanya mengangkat bahu.

Tidak lama kemudian Rein pula kelihatan dan tubuh tegap lampainya melangkah perlahan menuruni tangga.Sama seperti yang lain-lain dia juga tertanya-tanya akan hal apa yang menyebabkan N memanggil mereka untuk berkumpul begitu tatkala dia sedang bersantai hujung minggu yang senggang seperti itu.

Mengikuti Rein di belakang adalah Eiiden dalam balutan kemeja hitam serta seluar longgar berwarna biru tua yang bagaikan senada dengan warna rambutnya yang bertukar hitam tetapi bernuansa sedikit kehijauan.Melihat yang lain-lain berada di situ,Eiiden tidak dapat menahan diri daripada mengerutkan keningnya musykil.

Dan dari luar pintu pula mencelah tubuh Aiiden yang hanya mengenakan seluar Track hitam yang dipadankan dengan kemeja T tanpa lengan berwarna ungu gelap manakala topi hitam menyerkup rambutnya yang hitam keabu-abuan itu.

Daripada lecun pada bahagian belakang dan dadanya ,dapat N memastikan bahawa pemuda itu baru sahaja selesai dengan rutin olahraga nya saban petang.

" Kenapa panggil kami?"

Aiiden menanggalkan topi dan mengibas wajahnya yang kemerahan dan melabuhkan punggung di sebelah Ken yang berganjak sedikit memberi ruang kepada pemuda itu untuk turut sama duduk di atas sofa tersebut.

N bingkas bangun dengan gelisah dan menatap setiap wajah yang ada disitu dengan tatapan ragu.

" Pertama sekali aku minta maaf kerana merahsiakan hal ini daripada pengetahuan semua orang.Pada mulanya aku beranggapan ia hanyalah mimpi kerana..."

" N !!"

Mark menyampuk dalam nada memberi amaran dan ketika itu jugalah dia menjadi sasaran tatapan hairan daripada yang lain-lain yang berada di ruang tamu tersebut.

"Kerana aku rasa aku betul-betul rindukan Ara.."

Ken tersentak manakala yang lain-lain menahan nafas dan mendadak suasana ruang tamu itu bertukar sunyi dan suram.

" Siapa saja dalam kalangan kita tidak rindukan dia, N.."

" Aku mimpikan Ara, Rein.

" N tidak perduli tatapan mengancam dari Mark yang silih berganti menatap Eiiden dan yang lain-lain.

"Aku mimpikan dia berturut-turut dan dalam mimpi tersebut dia seperti sedang berada dalam keadaan yang bahaya."

" Apa maksud N sebenarnya?" Aiiden mula angkat bicara mendengar nada N serius begitu.

"  Kamu semua boleh kata aku gila tapi jangan tanya aku bagaimana.Aku yakin Ara masih hidup dan dia sedang dalam bahaya, Eiid.."

+             +             +

LAST HUNTER II : VARTRAKde žijí příběhy. Začni objevovat