" Tuan.."

Suara Bane yang sedikit perlahan diiringi ketukan halus pada daun pintu menyebabkan Ryo membuka matanya pantas dan wajah Bane yang sedikit bersalah memenuhi penglihatannya.Ingatannya yang berkisar kepada imbasan memori Ara itu bertaburan entah ke mana.

" Ada apa?"

" Saya rasa Tuan patut lihat ni.."

Ryo bingkas bangun walaupun kepalanya masih terasa pusing.Lex yang berdiri tegak menatap sehelai kertas menoleh sekilas dan kemudiannya menyerahkan kepada Ryo.

Perintah gerakan pasukan dengan nombor rujukan Perkara Rahsia 001. (PR) 001 yang segera difahami mereka sebagai arahan untuk bersiap-sedia dalam masa 24 jam sehari 7 hari seminggu disebabkan gemparan khas dan arahan kecemasan bagi menguatkuasakan perintah berkurung sehingga arahan untuk stand down  dikeluarkan !

Sekali lagi Ryo mengurut pelipisnya yang terasa berdenyut.Semalam dikejutkan dengan tindakan Ara dan awal pagi begini pula tiba satu lagi arahan dalaman yang hanya mengisyaratkan sesuatu dan ia tidak lain tidak bukan adalah membawa maksud-berlaku sesuatu perkara yang bahaya sehingga memaksa perintah berkurung dikuatkuasakan serta-merta !

" Ada sesiapa tahu ia disebabkan oleh apa?"

" Saya rasa ini hanya arahan dalaman dan pasti akan ada kenyataan rasmi di media nanti.."

" Saya keluar sekejap,Bane.Telefon saya jika ada apa-apa yang berlaku."

Begitu kata Ryo sambil menyerahkan semula helaian kertas ke tangan Bane .Masuk sebentar ke dalam ruangan pejabatnya dan keluar semula sudah menyarung jaket hitamnya.

Restoren M&M segera dituju Ryo yang mengemudikan kenderaannya dengan resah.Walaupun dia masih bingung dan sedikit takut dengan apa yang telah berlaku diantaranya dan Ara, Ryo tahu dia tidak mempunyai pilihan lain.

Selain itu dapat Ryo merasakan bahawa arahan perintah berkurung yang akan dikuatkuasakan bermula serta-merta hari itu sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan Ara dan juga Bangsa Athos.

Kenderaan dipakir dan kedaaan sekeliling masih belum terlalu sibuk kerana hari masih terbilang sangat pagi.Sebaik sahaja dia menolak daun pintu,wanita berusia awal 50-an yang diketahui Ryo adalah majikan kepada Ara segera menyambutnya dengan senyuman lebar.

" Selamat datang.Encik boleh lihat menu dulu dan panggil saya jika ingin
memesan."

Seorang pemuda tinggi lampai dengan bahu yang bidang dan tegap menyapanya riang.

"Berikan saya tiga set sarapan pagi.Dua untuk dibungkus dan satu set saya makan disini." Ryo tersenyum kecil."Sementara itu,boleh saudara panggilkan Ara? Katakan Ryo datang dan cari dia."

" Baik,encik."

Darius yang mengambil pesanan tersebut segera mencatatkan ke dalam buku kecil yang tersimpan didalam saku nya.Sehelai dihantarkan ke kaunter hadapan dan salinannya dihantarkan ke dapur untuk di siapkan.Sementara Airen membancuhkan kopi yang dipesan,Darius menyelinap ke belakang di mana dia melihat Ara sedang membereskan sesuatu entah apa.

" Ara " Seru Darius membuatkan Ara pantas menoleh " Ada pelanggan bernama Ryo cari Ara di hadapan."

Tanpa menanggapi apa-apa,Ara berdiri pantas meninggalkan baldi mop nya dan mengesat tangan seraya menyelitkan diri dicelah pintu.Mendengar ada dentingan loceng ditekan sekali menandakan hidangan sudah siap untuk dihantarkan kepada pelanggan, Darius segera kembali ke ruangan dapur.

Set sarapan berupa kopi susu yang pekat dan roti bakar juga dua biji telur yang direbus separuh masak segera dihantarkan ke meja di mana lelaki tersebut sedang duduk menghadap Ara.

" Ada apa Tuan datang jumpa saya?"

Ara bertanya sebaik sahaja Darius sudah beredar tetapi dapat Ara merasakan bahawa mata pemuda itu tidak berganjak pun daripada memerhatikan mereka berdua.

"Kami baru menerima satu perintah gerakan untuk menguatkuasakan perintah berkurung mulai petang ini.Pasti akan ada sidang media nanti.Ara fikir ia ada kaitan dengan Bangsa Athos dan Virus Hybrid?"

Ryo berbisik antara dengar dengan tidak dari celah cawannya sambil matanya mengerling ke sekitar ruangan tersebut.Pelanggan masih tidak ada namun dia tahu ada mata yang sedang memerhatikan mereka berdua dengan tatapan curiga.

Dia sedar sepenuhnya gadis dihadapannya itu tidak ubah seperti manusia magnet.Jika magnet biasa menarik apa sahaja benda yang diperbuat daripada besi,namun Ara pula adalah magnet yang menarik orang jahat kepadanya dan perkara paling malang sekaligus aneh adalah-dia-Leftenan Ryo berkongsi sebahagian memori dengan magnet kejahatan bergerak itu!

" Betulkah,Tuan?"

" Setelah apa yang berlaku ada sebabkah untuk saya berbohong dengan Ara?"

Ryo menyahut sinis tetapi mengukirkan senyuman dan Ara faham lakonan pemuda itu adalah sekadar kelakuan biasa agar tidak ada sesiapa yang mencurigai mereka dalam keadaan pengintip dari kalangan Bangsa Athos ada dimana-mana.

" Saya akan siasat hal ni."

" Macam mana?"

" Tuan ingat tentang Hunter?" Ara balas menyungging senyuman lebar kemudiannya " Saya akan cari dia malam ni.Jumpa saya dalam jam 12 tengah malam di belakang lorong nanti.."

" Baik." Ryo tidak menghabiskan kopinya kerana memang bukan itu tujuannya ke situ.

" Dan, Tuan."

Ara berseru lagi sebaik sahaja Ryo berdiri sambil menyambar potongan roti bakar didalam pinggan membuatkan lelaki itu menoleh.

" Sekali lagi maafkan saya kerana melibatkan Tuan dalam hal ini.Secara jujurnya,saya memerlukan sebanyak mungkin bantuan dan sokongan daripada orang-orang yang boleh saya percayai kerana saya tahu saya tidak akan boleh menyelesaikan masalah ini seorang diri."

Ara dapat menangkap sekilas Ryo mengangkat sudut bibirnya seraya sedikit mengangguk dan kemudiannya menuju ke kaunter pembayaran sementara Ara mencapai pula cawan setengah kosong dan pinggan di atas meja lalu membawanya ke dapur.

" Cih.."

Darius berdecak jengkel tanpa sedar bisikannya sampai juga ke pendengaran Kiyo yang sememangnya menyedari arah tatapan tajam dan wajah ketat Tuan Mudanya sejak dari tadi itu.

"Ryo? Nama semacam apa itu? Macam nama kerepek kentang !"

+             +            +

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now