"Setelah kami periksa, kami mendapati ada kesan hentakan dan stress yang berlebihan. Ujar doktor tu lagi.

Kyra kembali menangis buat kesekian kalinya. Dia mengagak hentakan yang dimaksudkan oleh doktor tersebut sewaktu dia jatuh akibat dipukul curi dari belakang.

Harif mengetap giginya kegeramanSemua ini mesti berpunca dari dua orang lahanat yang cuba menghancurkan rumah tangga Kyra.

END FLASHBACK

"Macam tu lah ceritanya aunty." Ujar Harif. Harif menceritakan kejadian Kyra keguguran pada Puan Qairina.

Puan Qairina mengesat air matanya. Tidak sangka sampai begitu sekali nasib yang menimpa Kyra.

"Kyra memang kuat aunty. Dalam masa satu hari dia hilang suami, dia hilang anak. Kalau orang iman tak kuat memang boleh jadi gila." Ujar Harif lagi. Dia turut bersimpati dengan apa yang terjadi pada Kyra.

SETAHUN KEMUDIAN

"Cepatlah Liza!" Panggil Kyra tergesa gesa. Liza yang merupakan manager Kyra seperti lipas kudung mengejar langkah Kyra yang laju.

Kyra sudah menjadi model sampingan dan dia juga mengambil keputusan untuk sambung belajar.

Dia menerima pekerjaan model yang ditawarkan oleh kak Bella dan menyambung pelajaran di universiti lama Raisya iaitu UM.

Dia sedang cuti semester. Dia kini di airport, dia hendak bertolak ke Singapore untuk membuat fashion show di sana. Alang alang cuti semester ni boleh lah dia ambik tawaran fashion show di lokasi lain selain KL.





"CEPATLAH Nazrief!" Seru Alia memanggil Nazrief yang sedang membawa troli mengandungi bagasi mereka bertiga.

Alia, Amani dan Nazrief baru balik ke Malaysia selepas satu tahun merantau di negara orang.

Kehidupan Nazrief terus menjadi tak terurus semenjak ketiadaan Kyra. Rambut yang sentiasa pendek sudah menjadi panjang dan janggut serta misai yang selalu dijaga rapi juga sudah tidak terurus.

"Buk!" Kyra terlanggar troli yang dibawa oleh Nazrief. Handphone yang dipegangnya terpelanting dan dia hampir terjatuh namun Nazrief memegang lengannya.

"Sakitnya!" Kyra mengaduh kecil apabila troli penuh bagasi itu melanggar perutnya.

"Awak tak apa apa?" Tanya Nazrief apabila melihat wanita yang dilanggar masih menunduk. Sakit sangat ke?

Mata Kyra terbeliak. Dia biasa mendengar suara ini. Suara yang sudah menjadi memori buatnya. Dia segera mengangkat kepalanya yang tertunduk.

Mulut kyra ternganga apabila bekas suaminya iaitu Nazrief rupanya yang melanggar dirinya tadi.

Nazrief juga terdiam.

Dalam hatinya mahu sahaja dia memeluk Kyra untuk melepaskan rindunya. Tapi tak mungkin lagi dia dapat melihat senyuman yang selalu dihadiahkan kepadanya.

"Kyra! Jom lah!" Ajak Liza sambil menjeling  Nazrief di depannya. Sangkanya Nazrief seperti lelaki yang lain yang suka mengambil kesempatan kepada wanita. Tengok lah tu pegang tangan tak lepas.

Kyra mahu berlalu dengan Liza tetapi lengannya yang masih dipegang menghalang pergerakannya.

"Excuse me Encik." Kata Kyra sambil melambai lambai tangannya di depan Nazrief.

"Ouh soryy.Nazrief terus melepaskan tangan Kyra yang sedang digenggamnya.

Dalam hatinya, dia tahu dah tiada ruang untuknya. Kyra pun sudah memanggilnya dengan panggillan Encik. Kyra sudah meletakkan penghalang di tengah tengah hubungan mereka.

"Eh! Abang! Cepatlah. Jangan jadi gila talak pula." Perli Amani lalu berjalan ke depan.

"Perasan cantik je perempuan tu." Bisik Alia namun Nazrief masih boleh mendengar nya.

"Memang dia cantik. Malah lebih cantik dari dulu." Bisik Nazrief perlahan hampir tidak kedengaran. Bayang Kyra yang berlalu dipandang sepi.

Nazrief kemudian mengeluh, setelah setahun dia di Australia kemudian mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia orang pertama yang dijumpainya adalah bekas isterinya.  Kebetulan apakah ini?

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now