||Chapter.32.||

610 46 0
                                    



Media:Night

....................

Night melihat semuanya. Apa yang dirancang. Apa yang dilakukan. Apa yang akan berlaku. Kemudian dia senyum sinis. Dia berdiri dari singahsananya yang megah dengan aura kegelapan. Pada dia , dia akan menikmati saat malam itu. Dia merasakan kemenangannya pada era kini. Tetapi dia tidak boleh terlampau selesa dengan situasi sekarang ini. Kerana Dewi Takdir dipihak Alice. Mereka akan berusaha untuk melakukan apa sahaja untuk menghapuskannya dari dunia itu buat selama-lamanya.

Dia bangkit dari singgahsana yang megah itu. Kemudian dia berjalan terus di karpet merahnya. Figura bertumbuh perempuan tetapi roh seorang lelaki amat menyukarkannya untuk menyesuaikan diri. Dia berjalan tanpa alas di kaki. Luka pada jasad pinjam itu tidak dihiraukan. Tiada deria rasa sakit padanya. Semua itu hanyalah ilusi bagi roh itu. Night ataupun Nina bernyanyi sengau dengan gembira. Hilaian tawanya sangat nyaring. Dia terlampau gembira. Dia berpusing seperti anak kecil yang menari. Dia memasuki satu bilik tahanan. Disitu tersujud satu tubuh yang sedang mempunyai nyawa-nyawa ikan. Badannya luka tidak dirawat sehingga darah itu hanya menjadi darah kering yang menghiasi badannya. Night menikmati imej indah baginya. Jarang hendak dia melihat perkara itu. Semua berjalan seperti yang dirancang.

"hahaha"

Night menendang tubuh tidak terdaya. Dia menendangnya bukan sekali tetapi berkali. Jasad itu tidak menjerit mahupun bersuara .

"Ehh...!!!? Dah mati ke!!!!? Jangan mati dulu. Aku belum puas lagi tengok keluarga Visnus mati ."

Jasad berisi roh itu bernama Visnus memandangnya. Dia tidak terdaya untuk melawan balik. Tenaga. Tenaga Visnus rama-rama tanpa sayap . Dia hanya mampu menangis. Tangisan tanpa air mata. Dia hanya diberi makan sekali seminggu. Dia sangat lemah sehingga tidak mampu membuka matanya.

"Alah...!!! Hidup lagi rupanya. Aku sangkakan kau dah mati. Tak apa aku bagi peluang kau hidup sehingga kau lihat anak bongsu kesayangan kau mati di tangan aku.Hahahahahahah!!!! Siapa nama dia...? Ouh Alice... "

"Jangan...berani kau sentuh puteriku."

"Boleh cakap? Dah mati pun masih lagi nak lawan?!!! Hebat!! "

"Tolong aku merayu... Kau mempergunakan Nina dan Night. Roh yang tak bersalah. Kemudian kau bangkitkan kisah dimana Night dan Ice berpecah belah. Padahal mereka sudah berbaik beribu tahun dahulu. Dasar parasit jahanam."

"Hahaha. Aku memang jahanam. Semua ni tak akan berlaku kalau kau pilih Sarela. Kuasa dia. Haha. Kuasa dia terhad. Sekarang Muvie dah korban jasad dia hanya jadi sebilah pedang. Tinggal Alice sahaja. Aku nak semua keturunan Visnus hancur dan pupus di muka dunia. Baru aku berhenti."

Visnus memegang kaki jasad Nina. Dia menendang Visnus dengan kuat sehingga dia pengsan. Dia hanya tersenyum badan Visnus lemah longlai di lantai konkrit itu. Matanya mula berubah warna seperti merah semerah buah delima. Dia memegang kedua-dua matanya. Kemudian dia mencucuk biji matanya. Kedua-dua sekali terkeluar dari lubang matanya. Matanya mula berubah menjadi dua bola kaca sebesar matanya. Senyuman dia semakin lebar dan menyeramkan. Di dalamnya adanya Night dan Nina. Dia merapatkan bola kaca itu menjadi satu. Night dan Nina menumbuk dan menendangkan bola kaca itu untuk memecahkannya. Kali ini senyuman dia dinampakkan sebaris gigi yang tajam dan dibelakangkannya ada sebaris lagi. Gigi itu berkilat setiap minit. Disaat Night dan Nina bertemu mereka memaki hamun Dia. Tetapi dia hanya ketawa sahaja.

"Erghhh!!!! Tak guna!!!!Parasit jahanam!!!! Tak sedar diri"

Night mula mengalah. Kemudian dia duduk dan mengeluh. Nina hanya diam dan menunggu seseorang untuk menolongnnya. Dia mengharapkan sesiapa sahaja. Jasad itu dianayai. Bukan dia yang mahu. Dia dipaksa. Dia tidak terdaya untuk melawan Dia. Dia tidak tahu apa yang berlaku diluar sana. Dia adalah mangsa keadaan. Nina muka tertekan dia dapat melihat jasad yang lemah tersujud di atas lantai konkrit yang kotor itu sama seperti dia. Dia tidak mampu berlawan balik. Hanya mengharapkan orang lain tidak kisah siapa mereka tolong untuk menyelamatkan mereka daripada mimpi ngeri ini. Tanpa sedar Nina mula menangis.

||BOOK 1||Story to Ice Girl  [COMPLETED]√|EDITING|Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum