•AU 1•

3.9K 132 6
                                    


Unspoken Confession




Pada suatu ketika dulu , ada seorang gadis tinggal jauh daripada perkarangan istana. Dia seorang yang baik hati tidak kira manusia mahupun haiwan. Sehingga dia diperhatikan dan dijaga oleh semangat hutan. Apabila waktu pagi dia akan bermain ditepi tasik. Tasik itu tidak pernah dijejak oleh mana-mana manusia selain dia. Dia bermain bersama dengan haiwan dan semangat disitu. Dia sangat naif dan sentiasa tersenyum. Senyuman harapan .

Dia mempunyai rambut ikal. Anak rambutnya berwarna biru berkilat seperti permata. Ya , permata. Matanya berwarna biru seperti indahnya langit. Dia hanya serderhana kecil. Setiap langkahnya dijaga oleh semangat hutan. Dia tidak pernah mengalirkan air mata. Sepanjang kehidupannya hanya kegembiraan. Itulah kasih sayang semangat hutan.

Gadis itu bernama , Bluebell sempena nama bunga. Bluebell melambangkan harapan.Bluebell mempunyai hikayat sedih dalam Mitologi Greek , Apollo, tuhan matahari dan Zephyr, tuhan angin berlumba untuk mendapatkan kasih sayang daripada seorang budak lelaki yang bernama Hyakinthos. Pada satu ketika, Apollo mengajarnya cara melempar cakera dan mendatangkan kemarahan Zephyr sehingga Zephyr menghasilkan angin kencang menyebabkan cakera tersebut berpatah balik ke arah Hyakinthos lalu dia terkorban. Apollo meratapi kematiannya dan tersedar ada satu bunga yang tumbuh pada darah Hyakinthos dan menamakannya 'hyacinth' sebagai lambang harapan kepada Hyakinthos.

Ada juga mengatakan bahawa Bluebell melambangkan kejahatan. Tetapi kita tidak tahu hati Bluebell yang disayangi oleh semangat hutan. Kerana Bluebell adalah manusia yang mempunyai hitam dan putih dalam dirinya. Bluebell hanyalah manusia biasa seperti kita , tiada yang istimewa. Tetapi kisah yang tertulis ini , membuatkan dia menjadi istimewa. Kerana apa...?

Dia mempunyai hati emas.

Bluebell dibesarkan didalam hutan kerana ibu bapa lari daripada masyarakat. Ibu bapa  adalah seorang penjenayah  profesional , setiap Kali mereka menjejak kaki keuar daripada hutan itu. Semangat hutan akan menjaga Bluebell dengan penuh kasih. Dia tidak mahu Bluebell mengikut langkah ibu bapanya.

Semangat hutan sentiasa menzahirkan debu emas pada rambut permata Bluebell. Bagi siapa yang melihatnya akan terpegun tanpa kata-kata. Bluebell sentiasa dihiasi dengan pelbagai aneka bunga ditubuhnya. Bluebell sangat cantik dan tidak menangis. Semangat hutan menjaganya dengan baik sekali.

Apabila Bluebell berumur 17 tahun , itu adalah umur yang paling ajaib bagi remaja perempuan. Disitu bermula kisah 'cinta' bagi mereka yang tahu. Bluebell tidak tahu apa itu cinta pada manusia selain daripada ibu bapanya kerana Bluebell tidak pernah berkomunikasi dengan mana-mana manusia. Semangat hutan melarang Bluebell bermain jauh daripada tasik itu. Maka Bluebell hanya akur sahaja walaupun perasaan ingin tahu sangat tinggi.

"Apabila Bluebell dapat keluar dari sini. Benda pertama yang Bluebell nak tahu. Adakah diluar sana ada Bluebell yang lagi satu?"

"Haha.... Itu untuk kamu mengetahuinya"

"Dan Bluebell mahu tahu apa itu cinta kerana ibu Bluebell berjumpa dengan ayah kerana cinta. Jadi Bluebell mahu tahu apa itu cinta yang dimaksudkan oleh ibu?

".........Itu kamu perlu mencarinya diluar sana."

Semangat hutan memandang sayu. Dia tahu suatu hari nanti Bluebell tidak akan bersama denganya lagi. Dia mengusap lembut kepala Bluebell yang sudah lena di ribanya. Semangat hutan mendukung lembut Bluebell ke rumah tanpa dilihat oleh ibubapa Bluebell.

Akhirnya tibalah umur Bluebell yang ke-17 , semangat hutan tidak dapat melepaskan Bluebell ke dunia luar. Dia tidak mahu hati emas Bluebell tercemar dengan manusia-manusia yang tidak mahu Bluebell bertemu. Pada hari ini , Bluebell akan mengikut ibu bapanya ke istana. Mereka menyamar sebagai bangsawan yang tidak bernama.  Dengan wajah Bluebell yang cantik itu ,ibu bapanya mengambil keputusan untuk menjadikan Bluebell sebagai alasan untuk menghadiri ke majlis tari di istana. Tujuannya adalah si raja ingin mencari calon buat si putera. Siapa yang tidak mahu berkahwin dengan putera ? Senang tujuh keturunan. Tidak perlu bersusah payah untuk mencari kerja.

||BOOK 1||Story to Ice Girl  [COMPLETED]√|EDITING|Where stories live. Discover now