Color 1 : Lonely Wolf

1K 128 10
                                    

Pagi mula menjengah dengan sinaran cahaya matahari terbit,aku pula telah lama bangun sekadar duduk diam di atas katil. Kicauan burung bernyanyi riang di awal pagi,aku lantas turun dari katil dan menuju ke arah bilik mandi.

Seusai mandi dengan segera aku mengeringkan tubuh,kemudian aku menyalin pakaian uniform sekolah tinggi. Aku menuju ke dapur dan peti sejuk aku buka,susu kotak besar aku capai lalu menuangkan ke dalam mangkuk.

Kotak berisi bijiran jagung penyek,aku tuangkan ke dalam mangkuk berisi air susu yang baru aku tuangkan. Aku tinggal bersendirian dan kadang-kala aku bekerja sambilan,kafe,stesen minyak dan banyak lagi.

Pintu rumah aku kunci dengan kemas,begitu juga pintu pagar dan sebaik yakin sudah semuanya aku kunci dengan segera melangkah menuju ke arah perhentian keretapi elektrik.

Keretapi mula meluncur sebaik penumpang berpusu-pusu masuk,aku antara salah seorangnya dan berhimpit di antara satu sama lain. Aku berdiri di sebelah tingkap,nafas kesal dihelakan dan inilah setiap hari aku lalui.

Sekali lagi aku menghela nafas pendek,jika menggunakan keretapi pergi ke sekolah hanya mengambil masa 15 minit dari perhentian keretapi elektrik. Sebaik pintu dibuka bagaikan kambing keluar dari kandang semuanya,tinggal aku sendirian dan lamunan aku dikejutkan dengan bunyi loceng keretapi elektrik.

Aku segera berlari keluar untuk ke sekolah,setiap pejalan kaki aku pintas dan akhirnya tiba di hadapan pintu sekolah.

Sekolah Tinggi Daimon

Aku Kurogami Inui berusia 16 tahun,kelas 2-A tahun kedua dan merupakan pelajar di sini. Aku hanya menghela nafas pendek,lalu melangkah masuk ke dalam pagar sekolah. Pengawas yang bertugas hanya mendecih sebaik aku masuk,macam aku nak ambil pusing apa masalah kau.

Semasa dalam perjalanan ke kelas,ramai pelajar berbual di antara satu sama lain. Gelak tawa mereka kedengaran jelas,membuatkan aku jengkel dengan keadaan tersebut. Aku mempercepatkan langkah meninggalkan kawasan kaki lima,rasa meluat dengan gelagat para pelajar yang perasan diri bagus.

Pintu aku slide ke kiri dan melangkah masuk,ramai juga rakan sekelas yang masuk awal. Ada yang berbual dan ada juga buat hal sendiri,aku segera mengambil tempat duduk di baris kedua di belakang. Juga baris kedua sebelah tingkap,jika tidak dapat bayangkan bukan masalah aku.

"Hey,kau dah tengok episod baru Kamen Rider Zi-O?"

"Sudah tentu,memang terbaik...!"

"Kata orang dia sama seperti Decade!"

"Tidak juga,sebab dia merentas masa.. Jika Decade merentas dimensi..."

"Alah.. Sama je.. Dia boleh ke masa hadapan dan masa lampau.."

Melihat kemesraan persahabatan mereka,aku sekadar tersenyum sahaja dan menggelengkan kepala. Aku memeriksa jam di pergelangan tangan,masih awal lagi dan aku menoleh ke luar tingkap. Aku menyedari beberapa pelajar dari kelab sukan,sedang melakukan senaman panaskan badan.

Latihan di awal pagi,mereka sememangnya serius untuk sasarkan pada antarabangsa. Lantaklah bukan masalah aku untuk fikirkan semua itu,bahu aku dicuit oleh seseorang dan sebaik aku menoleh. Seorang gadis berkaca mata,memandang aku dengan wajah serba-salah.

"Hati-hati ketua kelas,nanti serigala tu makan awak!" usik salah seorang rakan sekelas.

"Hey! Jangan kata macam tu,dia ada hati dan perasaan okay?" gadis berkaca mata itu cuba pertahankan aku,tidak apa itu semua perkara biasa lagi-lagi dengan penampilan aku.

"Ah..tak apa tapi,ketua kelas.. Ada apa yang saya boleh bantu?" ujar aku.

"Hari ini adalah tugas awak untuk bersihkan kelas.." jelas ketua kelas dan aku hanya mengangguk tanpa menunggu apa-apa reaksi.

CRAYON™ (C) Onde histórias criam vida. Descubra agora