epilogue

1.5K 91 15
                                    

[slide for a song]

Angin sepoi sepoi bahasa menegur aku yang sedang duduk di bangku di tepi taman . Kelihatan kanak kanak bermain dengan gembira di taman tersebut. Ada yang menaiki gelongsor , menuruni dengan gembira. Ada juga yang sedang menaiki buaian, gelak riang didengari.

Aku melihat pemandangan pantai di hadapan aku. Aku menghirup udara segar petang. Terkenang kenangan dahulu. Kenangan semasa sekolah menengah. Masing terngiang ngiang gelak tawa, suara suara kenalan yang rapat.

Hati ni sakit menahan rindu. Sakit apabila terkenang waktu persekolahan yang mustahil untuk undurkan masa kembali pada saat saat begitu.

"Sayang", tiba tiba suara seorang lelaki yang tenang dan cukup aku kenali menegurku dari belakang, tangannya memegang bahuku lembut lalu dia mengambil tempat di sebelah aku.

Dia menyilang lengannya ke bahuku dan merapatkan kedudukan kami. Aku merehatkan kepala ku di bahunya dan tersenyum sendiri.

"Diaorang tak sampai lagi?", tanya dia lembut. "Belum, dah lama tunggu, masih tak sampai", aku memuncungkan bibir. "Alalala, kesiannya dia tunggu lama yaa?", dia mencubit pipiku.

"Yela! Kau tu ha lambat jugak!", aku terus duduk seperti biasa dan melepaskan diri aku daripada pelukkannya tadi.

"Alaaa sorry la okay", dia memegang tangan aku tapi aku tak endahkan kata kata dia dan terus termenung pemandangan pantai.

"Jangan la merajuk! Okay okay aku belanja kau aiskrim kat kedai depan sana okay?", dia mula memujuk aku. Dengar sahaja perkataan aiskrim, aku tersenyum. "Betul ni? Kau belanja?", aku bertanya. "Ye aku belanja. Janji", dia senyum.

Sebaik sahaja dia berkata begitu, aku terus menarik tangannya tanda untuk bangun dan untuk pergi ke kedai yang dia sebutkan tadi. Tapi ada seseorang yang datang di hadapan kami dengan tiba tiba.

Aku mengangkat kepala , cuba untuk melihat siapakah orang yang berdiri di hadapan kami ni?

Jiyeon?

"J-Jimin", Jiyeon mula menegur dan menundukkan badannya . Tangan Jimin masih memegang tanganku erat lalu dia pun bangun . "Yunseo", dia menegur aku dan menundukkan badannya juga. Aku hanya mampu buat benda yang sama.

Keadaan masih kekok. Jiyeon daripada tadi hanya menundukkan kepalanya tanpa melihat kami berdua. Jimin langsung tidak beri apa apa respons. Dia hanya merenung tajam pada Jiyeon.

Aku mengeluh. "Jiyeon, awak okay?", aku mula mengusap lengannya. Dia perlahan lahan mengangkat kepalanya dan bertemu mata kami berdua.

"S-saya datang ni nak minta maaf", Jiyeon gagap. Jimin mendengus kasar, "Kau ni—", belum sempat Jimin nak habiskan ayat dia , aku pegang tangannya dengan lebih erat. Dia kemudian mengeluh dan terdiam sebentar.

"Tak apa lah Jiyeon. Benda dah lepas kan? Kami berdua dah maafkan awak", aku mula bersuara. Jiyeon tersenyum terharu dengan kata kata aku. "Betul ni?", air mata mula bergenang . Aku mengangguk.

"Terima kasih korang berdua sebab dah maafkan aku", Jiyeon berkata. Aku hanya tersenyum sebagai respons. "How are you? Kau bukan dah pindah ke?", aku mula bertanya. "Ya aku dah pindah tapi saja datang sini balik sebab ada hal sikit", dia jelaskan dengan senyuman terukir di wajahnya.

Selepas berbual, dia mengucapkan selamat tinggal dan meninggalkan kami berdua. Belum sempat kami nak pergi ke kedai aiskrim , suara mereka dah mula didengari.

"Hoiii!!!", Yoongi mula berseloroh dan berpelukan dengan Jimin. Aku pula mula memeluk Jiwoo, Aeri dan Minseo. "Apa khabar semua ni?", Taehyung mula bertanya kepada kami. "Eh sihat sihat je", aku tersenyum.

it goes wrong | p.j.m [malay][√]Where stories live. Discover now