33

876 61 6
                                    


Yunseo
Taehyung?

Nak keluar ke tak nak? Kalau suruh dia masuk nanti apa pulak jadi. Aku buka pintu dan berjalan ke luar , menuju ke arah Taehyung.

"Nak apa?", aku bertanya. "Aik? Tak nak ajak masuk ke?", dia bertanya dengan senyumannya itu. "Tak", aku jeling. Kami berdiam seketika.

"Kau okay?", dia bertanya selepas beberapa saat kami berdiam diri. "Okay je kenapa?", aku jawab acuh tak acuh. "Takde la saja je tanya. Muka kau nampak pucat".

"Dah la bye", aku mula melangkah pergi.
"Eh kejap la!".

Aku toleh dengan muka tak puas hati.

"Nah untuk kau", Taehyung menghulurkan sejambak bunga. Dahi aku berkerut. "Apa benda ni? Untuk apa?".

"Untuk kau la", Taehyung mula tunjukkan muka 10 sen dia tu. Aku pandang bunga dan pandang dia. Teragak agak untuk ambil bunga tu.

Baru je nak ambil bunga daripada Taehyung, aku nampak seseorang sedang berjalan datang ke rumah aku , sambil membawa dua plastik berisi sesuatu.

Aku melihat dengan teliti. Dia mendongak dan bertemu mata dengan aku.

Jimin.

Sebaik sahaja Jimin nampak apa yang sedang berlaku, dia terus melangkah pergi dengan perasaan marah.

"Jimin!!", aku menolak Taehyung yang menghalang gate dan terus berlari untuk mendapatkan Jimin yang berjalan dengan laju.

"Jimin! Park Jimin!", aku menjerit lagi. Kaki aku menggigil. Badan aku turut sama. Aku rasa sejuk sangat sampai tak larat dah nak berlari.

"Jimin stop la!!!", aku usaha lagi. Tapi Jimin hanya teruskan langkah lajunya tanpa menghiraukan aku. Dia melepaskan kedua dia plastik tu, menyebabkan isinya terkeluar.

"Jimin please stop!", aku dah tak larat , jadi aku rebah jatuh. Bila dilihat apa isi beg plastik yang Jimin bawa tadi, rupa rupanya Jajangmyeon. Mungkin sebab tula dia nak datang rumah aku, nak makan sama sama.

Hati aku luluh bila fikirkan balik. "Yunseo? Okay tak ni? Bangun", Taehyung mengangkat aku perlahan lahan. Aku masih melihat Jimin yang berjalan.

Dia berhenti sekejap, toleh kebelakang dan sambung jalan balik.

Aku rasa macam tenaga dah tinggal 0 . Nak jerit nama dia pun dah tak mampu, apatah lagi nak berlari untuk dapatkan dia.

Apa nak buat? Mampu redha je.

+++

Jimin

Aku redah masuk bilik Yoongi dengan penuh kemarahan. Hati aku ni masih lagi berbara mengenang kejadian tadi. Yoongi yang sedang bermain game di laptopnya memandang aku hairan.

"Kau pahal ni?", Yoongi bertanya tapi mata tetap digam pada skrin laptop. "Aku kan dah beli makanan untuk aku and Yunseo", aku cuba jelaskan satu satu. "Haa ya ha ah lepastu? Asal kau balik cepat sangat ni?", Yoongi tanya.

Aku mengeluh. "Taehyung ada sana tadi", aku berkata perlahan. Yoongi yang dengar pernyataan aku, terus meletakkan controller game nya dan menoleh ke arah aku.

"Habistu? Kau buat apa?", Yoongi tanya lagi dengan wajahnya penuh risau. "Buat apa lagi? Sampai je nampak si tonyok tu hulur bunga dekat Yunseo. Aku apa lagi, balik la", aku jelaskan ringkas.

"Dia nampak kau tak?", Yoongi bertanya. "Nampak", aku jawab acuh tak acuh.

"Habistu mana jajangmyeon nya?", Yoongi melihat sekeliling seolah olah mencari jajangmyeon yang sepatutnya aku bawa untuk Yunseo tadi.

"Aku hempas kat atas jalan", aku jawab.

"Kau apa?! Hempas atas jalan?! Lain kali bawa balik laa ingat member kau ni ha kat rumah tengah lapar!!", Yoongi berseloroh.

"Hmmm", aku mengeluh dan baring di atas katil Yoongi. Kami berdua diam seketika.

"Macam ni la, dalam relationship macam korang berdua ni, kena ada trust. Percaya each other. Kalau benda macam ni jadi, slow talk. Jumpa depan depan", Yoongi beri nasihat.

"Hmm yea. Terima kasih bro", aku jawab.

Ada betul juga apa yang Yoongi kata.
Trust is the key. Kalau takde kepercayaan , macam ni la jadi dan memang tengah terjadi pun.

Aku nampak Yunseo tadi pun, muka pucat. Aku dengar dia rebah, toleh je, niat nak tolong dia, tapi ada pula tonyok tu datang dari belakang tolong dia pula. Apa si tonyok tu buat bila nampak aku? Dia boleh bagi senyuman sinis dia bak syaitan .

Aku tak tahu nak percaya siapa.

+++

ha hiii lama en tak update huhu maap guys

ha hiii lama en tak update huhu maap guys

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
it goes wrong | p.j.m [malay][√]Where stories live. Discover now