17

1.1K 85 0
                                    


Yunseo

Aku berjalan terus, tak tentu arah. Nak beli makanan pun buat apa, perut bukannya lapar pun . Kawan pun terus dah tak terjumpa. "Ish mana Jiwoo dengan Minseo eh" , aku bersoal dalam hati.

Tiba tiba dalam beberapa saat je, aku ternampak Jiwoo dan Aeri tengah berjalan sambil bergelak ketawa. Amboi panjang umur mereka berdua tu . Aku pun apa lagi, berlari anak ke arah mereka.

"Woi terkejut aku!" , marah Aeri sebaik sahaja aku terjah diaorang dari belakang. "Alaa jangan la marah, hmm ni korang berdua nak rehat kat mana?" , aku bertanya. "Hmm tak tahu lagi weh. Perut pun dah lapar ni" , Jiwoo menjawab. "Ha apa kata kita rehat dengan Jimin, Yoongi , Taehyung dan semua tu?", aku memberi idea. "Hmm bagus jugak idea kau kan. Lagipun aku dah lama tak berborak dengan Yoongi and Jungkook" Aeri terus menjawab.

"Eleleleh, kalau rindu Yoongi tu cakap je lah", Jiwoo menyiku lengan Aeri dan Aeri hanya membalas dengan senyuman lebar yang boleh sampai ke telinga tu. Aku tergelak melihat reaksi Aeri . Kami bertiga terus berjalan ke arah meja yang Jimin dan yang lain lain selalu duduk .

Dari jauh kami dah nampak Taehyung, Yoongi , dan Jimin duduk di meja tu tapi ada seorang susuk tubuh yang tengah duduk dengan diaorang tapi aku tak kenal. Rambut dia hitam paras pinggang. Mestilah perempuan.

Siapa pulak tu?

"Weh siapa tu do?" , Jiwoo mencuit cuit tangan aku. Aku hanya menggeleng tanda tak tahu . Kami perlahan lahan berjalan ke arah meja mereka. Sampai sahaja , Yoongi yang nampak kami dulu tapi dia hanya tersenyum dan ajak kami duduk. Aku hanya berdiri depan Yoongi dan memandang sekilas ke arah Jimin dan perempuan tu. Rancak betul diaorang berborak sampai tak nampak kitaorang berdiri kat sini.

"Siapa tu?", aku seakan akan berbisik dengan Yoongi. Belum sempat Yoongi nak buka mulut nak bagitahu kami, Jimin tiba tiba bersuara. "Ehh haa Aeri, Jiwoo and Yunseo! Duduklah" , Jiwoo dan Aeri pun duduk dan aku hanya berdiri sambil tengok Jimin dengan muka tak puas hati .

Yoongi menarik narik tangan aku suruh duduk. Perempuan tu sikit pun taknak pandang aku. Eh dia ni . Sabar je lah.

"Jungkook dengan yang lain mana?" , Jiwoo bertanya pada Taehyung. "Oh tu ha diaorang tengah beli makanan tu. Ramai beratur tu yang lama tu", Taehyung menjawab sambil menjenguk jenguk lagi ke arah barisan beratur kanting yang panjang tu. Jiwoo hanya mengangguk faham.

"Oh ni nak kenalkan , ni nama dia Park Minseo. Dia satu kelas dengan aku dan Taehyung", Jimin memperkenalkan Minseo dengan senyuman manis dia tu. Lah nama dia pun ada Park ke? "Ohhh hiii", aku, Jiwoo dan Aeri berkata sambil memberi senyuman pada Minseo. Dia pun memberi senyum dan tunduk pada kami.

Aku ni bukannya tak suka dekat Minseo. Mungkin sebenarnya dia baik tapi kita je yang tak tahu. Lagipun aku kena bagi dia peluang untuk berkawan. Nampak Minseo pun macam baik je, comel pulak tu.

Taehyung yang entah kemana hilang sekejap tadi tiba tiba muncul berdiri sebelah aku dan meletakkan satu paket roti krim di hadapan aku. Aku tergamam , taktahu nak cakap apa. "Nah makan tu" , lalu Taehyung pun beredar. Yoongi yang duduk di sebelah aku hanya diam . Malah, Jiwoo dan Aeri yang duduk di hadapan aku melihat kejadian tadi pun tergamam.

Tapi Jimin dan Minseo tak nampak , mereka berdua tu masih rancak berborak .

Taehyung ni kalau nak bagi pun bagi la masa tak ada orang. Ni time yang ada member member lah nak bagi . Aku dalam dilemma berfikir sama ada nak makan atau tak roti yang si taeh o ais ni bagi .

+++

ok hi guys sorry update lambat sangat. thankyou if you're still reading this.
apa apa pun phone ely tu tak boleh nak download wattpad so hmm sedih jap. okay have a nice day/night.

it goes wrong | p.j.m [malay][√]Where stories live. Discover now