34

853 71 9
                                    


Jimin

Selepas kejadian tu, aku keluar rumah, tinggalkan Yoongi keseorangan . Kalau ajak dia pun, buat apa? Dia sibuk sangat main game. Kalau bawa dia sekali, dah tentu dia akan merungut dan suruh balik secepat yang mungkin.

Aku rasa aku perlukan masa untuk fikir semua ni. Sebab tu aku keluar, kononnya nak cari ketenangan. Tempat yang agak tenang, ialah taman berdekatan dengan kawasan perumahan kami.

Waktu macam ni tak ada la ramai sangat budak budak yang main. Ada dua tiga orang je , jadi tak apa lah. Aku duduk di salah satu bangku di kawasan taman itu.

Aku ada juga rasa bersalah sebab ikutkan perasaan aku sangat tadi. Macam mana kalau Yunseo tak salah pun sebenarnya? Kenapa aku asyik salahkan dia je. Aku selalu sangat salahkan dia, tanpa tanya satu apa pun.

Macam mana kalau ni semua salah aku? Aku yang asyik mengelak, dan aku juga yang asyik marah. Tapi si tonyok tu pun sama je.

Taehyung tu kawan baik aku kot, kenapa lah dia asyik rapat dengan Yunseo? Atau, dia memang dah betul betul sukakan Yunseo?

Aku mengeluh. Dalam hati ni nak je jerit satu taman ni, tapi nanti apa pula orang kata.

"Hi Jimin", tiba tiba satu suara menegur aku.

Aku terus pandang arah suara itu. Macam kenal.

Oh, Minseo.

"Ahh Minseo, kenapa?", aku bertanya sambil membetulkan kembali keadaan duduk aku, sebab cara aku duduk tadi tersangatlah tidak sopan.

"Takde la aku jalan jalan di sekitar kawasan ni, tiba tiba ternampak kau", Minseo berkata. Aku hanya menganggukkan kepala. "Boleh duduk?", Minseo bertanya. "Ahh ya ya, duduklah", aku mempelawa dia untuk duduk di sebelah aku.

"Kenapa datang sini sorang sorang?", Minseo bertanya. "Saja, nak tenang sikit", aku balas.
"Yunseo mana?", dia sebut je nama Yunseo, rasa berbelit perut aku.

"Um dia kat rumah la agaknya, tak sihat kot", aku jawab acuh tak acuh. "Ohh, patutlah Taehyung selalu pergi rumah dia".

Tudiaa, ayat Minseo berjaya membuatkan aku panas je ni. Datang selalu? Hello? Itu bukan tugas dia, tu tugas aku.

"Kerap sangat ke?", aku bertanya. "Kerap lah jugak. Jaga Yunseo la tu kan. Awak pulak boleh jaga saya", Minseo jawab lagi.

Jaga kau? Aku dah mula confuse. Dia ni gila agaknya. Aku hanya gelak sedikit, tak nak la keadaan jadi awkward sangat.

+++

Kejap baring, kejap duduk atas katil. Kepala ni asyik fikir sama ada nak call Yunseo atau tak. Dah malam ni, tapi takkan la dia tidur awal sangat kot kan?

Aku pandang phone aku lagi, call ke tak? Call ke tak?

Pening la kepala aku sebab fikir masalah nak call ke tak nak je. Payah.

Aku mula cari nama Yunseo dalam contact aku , dan akhirnya dengan kuasa kejantanan aku, aku call dia.

"H-hello?", apahal aku gagap tetiba ni.

"Ya?", suara serak dia didengari.

"Yunseo?"

"Ya kenapa?", dia bertanya.

"Jim-Jimin nak minta maaf", perlu ke aku gagap time time macam ni?

"Tak pelah Jimin, aku faham", walaupun aku tak boleh nampak dia, tapi aku tahu dia tersenyum.

"Aku pun minta maaf juga eh? Sorry , aku tak berniat pun nak jadikan semua benda ni", Yunseo berkata lagi.

"Takpelah sayang".

"S-sayang?", giliran dia pulak la yang gagap, comel je.

"Okay la eh, take care, makan ubat nanti sihat boleh jumpa aku, kang tak sihat macam mana nak jumpa nanti aku pulak yang sakit haa", aku bebel.

"Eeee tak habis habis bebel je kerja. Yela yela aku makan ubat okay? Bye bye kau pun take care", Yunseo membalas.

"Okay bye sayang"

"EEEE ISHH!!"

Talian terus terputus. Memang saja nak kacau dia dengan panggil nama nama macam tu .

Banyak sangat halangan semenjak ni. Nak lalui sehari pun susah. Harap harap la lepas ni tak ada apa apa.

+++

haluuuuuu cuti sekolah seminggu wehhhh hohoho

it goes wrong | p.j.m [malay][√]Where stories live. Discover now