9

1.2K 102 0
                                    


Lepas saja balik dari sekolah , aku terus naik ke bilik dan duduk atas katil . Aku masih taktahu cikgu nak bagi hukuman apa.

Aku termenung . Nak cari kerja ke? Sekarang baru pukul 5p.m. . Aku baru teringat yang mak Jiwoo ada buka kafe dua minggu lepas. Jiwoo juga mengadu dekat aku yang kafe mak dia kekurangan pekerja .

Tanpa berlengah , aku terus gapai telefon aku . Aku mendail nombor telefon Jiwoo. Selepas beberapa deringan , Jiwoo masih tak angkat panggilan aku .

Aku mengeluh . Mana perginya dia ni? Selalunya dia angkat je . Tak apalah , mak Jiwoo pun dah kenal aku , jadi mungkin mak dia akan terima aku sebagai pekerja .

Aku melangkah ke bilik air untuk menguruskan diri sebelum bergerak ke kafe .

_________________________

Aku berhenti di hadapan pintu kafe mak Jiwoo . Aku melihat jam di tangan aku . 19:20 . Memanglah , tadi banyak benda nak buat . Kemas rumah , basuh pinggan dan uruskan halaman belakang rumah . Memang makan masa .

Hujan mula turun renyai renyai . Aku berlindung dan menyandarkan belakang aku pada dinding . Aku menyarung hoodie ke atas kepala . Rasa sejuk terus menyapa . Aku mengeluarkan telefon dari poket . Skrin telefon yang bercahaya menyapa muka aku .

Tiba tiba , notif daripada mak masuk .

Mak : mak tak balik tau , jaga diri , ramen masih ada dalam almari kalau nak masak . Mak ada buat caramel hari tu , ada lebih dalam peti ais , makan ya.

Aku tersenyum .

Me : okay mak . Yunseo nak cari kerja ni , katanya kafe mak Jiwoo nak pekerja . Boleh dapat duit sikit .

Mak : tak payah susah susah cari kerja , tapi kalau itu keputusan Yunseo , buat elok elok ya .

Me : okay mak .

Mak sentiasa risau . Aku dah banyak kali ingatkan dia supaya tak payah risau . Walaupun ayah dah tak ada , tapi aku percaya yang kami berdua masih boleh hidup .

Aku menyimpan semula telefon aku dalam poket dan merenung kafe . Ada ramai juga orang walaupun dah malam . Aku menolak pintu glass kafe itu dan loceng berbunyi . (Loceng yang digantung di hujung pintu bagi menandakan ada pelanggan datang)

Aku melihat sekeliling . Kelihatan mak Jiwoo sedang menguruskan kek di dalam peti tepi kaunter . Mak Jiwoo terus memandang aku dan tersenyum .

"Eh? Yunseo!! Dah lama tak nampak!" , mak Jiwoo menegur aku dan keluar dari kaunter . Dia berjalan ke arah aku dan memeluk tubuh aku . Aku tersenyum lebar . "Ya , dah lama tak jumpa . Makcik sihat?", aku bertanya . "Sihat je , ada apa datang sini?", mak Jiwoo bertanya sambil mempelawa aku untuk duduk dan dia duduk di kerusi bertentangan aku .

"Uhh , saya sebenarnya tengah cari kerja . Tu yang datang sini , nak tanya , makcik ada kerja kosong lagi tak?", aku bertanya . Mak Jiwoo berfikir sebentar . "Kenapa kamu tiba tiba nak kerja?", mak Jiwoo bertanya . "Oh , um sebab mak saya kerja jauh , lagipun dia jarang balik . Saya nak kerja sebab nak kumpul duit sikit . Sekurang kurangnya mak saya boleh simpan duit dia dan tak payah guna untuk belanja makan saya", aku menerangkan kepada mak Jiwoo , berharap yang dia akan faham .

"Makcik okay je . Kamu tak payah buat buat coffee tu semua , ada pekerja lain yang buat . Cuma kamu kena jadi cashier dan susun kek kek atau susun kedai saja . Boleh?", mak Jiwoo berkata . Aku tersenyum lebar . Boleh dikatakan senyuman aku dah sampai ke telinga ni .

"Betul ke makcik? Terima kasih!!!!", aku bangun dan salam tangan mak Jiwoo . "Ya , kamu boleh start esok . Pukul 7p.m. datang ya", mak Jiwoo berkata lagi dan aku berterima kasih .

Aku melangkah keluar dari kafe mak Jiwoo tadi dan bergegas menelefon Jiwoo . Tapi kejadian yang sama berlaku , dia masih tak angkat panggilan aku . Tadi terlupa pula nak tanya mak dia kemana Jiwoo pergi . Mungkin dia pergi ke kedai kamera untuk baik kameranya kot .

Aku melihat ke arah langit yang gelap . Masih hujan . Lampu lampu kedai dan lampu di tepi jalan menerangi jalan yang gelap . Aku perlahan lahan melangkah keluar dan terus menuju ke rumah .

Ramai juga orang pada malam itu kehulu kehilir . Ada yang sudah sediakan payung dan ada yang berlari anak untuk lari dari hujan yang renyai . Aku hanya menyarung hoodie di atas kepala .

Sampai sahaja di rumah , aku terus masuk bilik . Duduk di atas kerusi dan buka lampu meja . Aku tak tahu nak buat apa jadi aku hanya membuat kerja kerja sekolah yang belum disiapkan .

Sesudah saja aku habis buat kerja , aku mengeluh . Memikirkan tentang apa yang terjadi di sekolah tadi . Aku cuba pujuk diri untuk kata yang apa Jimin kata di sekolah tadi , dia tak maksudkan apa apa pun . Tapi tak boleh terima . Aku tahu dia baik , tapi kalau dah sampai ke tahap ni , aku tak tahu nak anggap dia apa .

Aku cuba bercakap dengan Taehyung dan Yoongi , mereka berdua cakap yang mereka tak percaya aku buat semua tu . Aku tak tahu lah , mungkin mereka cakap tu untuk bagi hati aku sedap je. 

Aku baring di atas katil dan merenung siling yang gelap . Tiba tiba telefon aku bergetar .

Satu pesanan masuk .

Jiminpendek : aku tak sangka ni semua kerja kau. Aku percayakan kau 100% tapi sekarang kepercayaan aku dekat kau dah hilang.

Aku mengeluh .
Sudah lah Jimin.
Kalau dah tak percaya , terpulang .

Tapi bila bukti dah ada depan mata kau , kau jangan menyesal.

Me : terpulanglah dekat kau . Aku dah malas nak cakap . Jangan menyesal lepas ni .

Sesudah saja aku hantar mesej tu , aku terus off . Aku taknak sakitkan hati aku dengan kata kata dia lagi, cukup lah.

Tiba tiba aku teringat kata kata dia.

"just nak cakap , pintu rumah aku ni sentiasa terbuka untuk kau , kalau rasa sunyi ke apa ke, datang je lah sini ya"

Masa dia belanja aku kfc.
Masa dia pelawa aku makan.

Bodoh , tersangatlah bodoh.
Kenapa aku perlu seksa diri aku lagi.
Cukuplah dengan hal tadi.
Kenapa aku perlu ingat semua ni.

it goes wrong | p.j.m [malay][√]Where stories live. Discover now