14

1.3K 115 7
                                    


Yunseo

Aku baring atas katil dan termenung . Betul ke apa aku dengar tadi? Habistu kenapa sampai beria ia marah aku ?

Aku meraba raba poket seluar untuk mencari phone . Bila dah jumpa , aku cuba nak mesej Jimin .

Me : weh

Jiminipendek : yaaaa

Me : haritu kau ye ye je mesej aku cakap kau percaya aku 100% tapi kepercayaan aku dekat aku dah hilang , lepastu harini kau cakap kau percaya aku pulak? Apa benda kau ni weh?

Jiminpendek : kan aku dah cakap, time tu rasa marah kawal diri aku , aku 50/50 nak percaya kau ke tak. Tapi lepas dah fikir balik aku rasa kau takkan buat semua tu

Me : hmmm k yela yela

Jiminpendek : k je???

Me : habistu kau nak aku cakap apa

Jiminpendek : cakap la i love you ke apa ke aduh

Me : takde masa aku nak cakap , ok bye

Jiminpendek : YUNSEOOOO!!!!

Aku hanya biarkan mesej tu . Malas lah nak jawab . Aku masih marah dekat Jimin tapi apa aku boleh buat? Dia tu still kawan aku .

Aku tak sabar nak pergi sekolah esok . Nak tegakkan keadilan lah katakan .

°°°

Dalam bilik guru disiplin ni , keadaan makin tegang . Aku , Jimin , Aeri dan Jiwoo dah ada dalam bilik ni . Aku mengetap bibir , entah kenapa aku nervous .

Sejak dua menjak ni , setiap kali aku datang sekolah , mesti budak budak sekolah ni ada je nak ejek aku , panggil aku pencuri la apa la .

Dahi aku ni macam dah dicop tulisan 'pencuri' dah . Kecik besar kecik besar je aku tengok diaorang tu , nak je aku lenyek lenyek sampai kecil.

Tiba tiba guru disiplin masuk . Kami semua bow ke arah dia .

"Ada apa ni?", Encik Jeong bertanya dan kami semua memandang ke arah Jiwoo yang sedang memegang kameranya yang disangkut pada leher. "Uh , ini pasal kes mencuri tu", Jiwoo bersuara .

"Oh ya , tak apa nanti saya akan berikan Yunseo hukuman gantu--", belum sempat Encik Jeong nak habiskan ayat tu , Aeri pula bersuara ,"Uh maafkan saya tapi kami semua datang ke sini sebab kami dah dapat bukti yang sebenarnya bukan Yunseo yang mencuri."

"Oh okay , mana buktinya?", kening Encik Jeong berkerut . Jiwoo datang ke hadapan meja Encik Jeong dan mainkan video .

Dalam video tu , tiada sesiapa pun dalam kelas waktu tu jadi Jiyeon dengan berhati hati membuka beg Jimin dan mengambil duit dalam sampul yang bernilai 3167 won lalu dia pun pergi ke tempat aku dan membuka beg aku dan simpan duit tu .

Muka Encik Jeong nampak terkejut . Dia hanya menggelengkan kepala . Jiwoo juga menerangkan yang dia saja meletakkan kameranya di atas meja dan tutupkan kameranya itu dengan beg galasnya . Dia hanya mahu melihat apakah yang akan berlaku jika takde sesiapa dalam kelas tapi dia tak sangka pula sampai boleh dapat bukti yang penting macam ni .

"Baiklah , saya nak minta maaf pada Yunseo kerana menuduh awak," aku hanya mengangguk, "dan Jimin , saya akan berikan Jiyeon hukuman yang setimpal dengan apa yang dia dah buat", Jimin pun hanya mengangguk faham .

it goes wrong | p.j.m [malay][√]Where stories live. Discover now