" Darius dan Kiyo akan bantu Ara dalam kerja-kerja membersih dan juga mengambil pesanan."

" Terima kasih banyak-banyak,Puan."

Darius tunduk pantas dan hampir menyiku perut Kiyo yang masih tegak dan sedang menatapnya sedikit hairan.Pelik dengan kelakuan Darius tetapi dilayani sahaja karenahnya sesuai dengan janji Kiyo kepada Tuan Zhenith kerana tahu niat sebenar pemuda tersebut dan disebabkan itulah Kiyo berani merisikokan dirinya berjumpa sang kepala keluarga Artemis yang dihormati dan memujuk lelaki tersebut untuk menuruti permintaan Darius.

Darius ingin keluar dari Istana Templar tanpa perlu mencuri-curi menyelinap demi untuk mencari tahu dalang sebenar yang menyebabkan dia kehilangan ibu pada usia yang masih sangat muda. Menemui pembunuh sebenar Puan Besar Istana Templar adalah hasrat terbesar Darius dan ia juga adalah keinginan yang cukup lama dipendamkan oleh Kiyo kerana ia bermakna mereka akan mencari dalang yang menyebabkan kematian ibu kandung mereka berdua !

+            +            +

" Terima kasih sebab belanja makan Tuan"

Bane dan Lex hampir serentak mengucapkan terima kasih kepada Ryo yang duduk bersandar nyaman sambil matanya melilau memerhatikan hiasan dalaman restoren kecil tersebut.

Masa makan tengah hari tiba dan Ryo yang mengajak dua anggota bawahannya itu sedikit bingung kerana jika terlewat sedikit sahaja,restoren biasa yang dikunjunginya akan segera dipenuhi pelanggan.Benar telahannya.Baru menjenguk ke dalam sahaja semua meja sudah bertuan dan langsung tidak ada tempat untuk mereka bertiga menyelit.

Mahu tidak mahu,Ryo yang terlanjur berjanji akan membayarkan makan tengah hari Bane juga Lex mencelah sahaja melalui satu pintu sebuah restoren kecil di blok paling hujung deretan rumah kedai tersebut.Mujur ketika mereka masuk dan disapa ramah oleh seorang wanita pertengahan usia,ruangan restoren kecil tersebut masih belum penuh walaupun meja-meja nya sudah dikelilingi beberapa orang pelanggan yang rata-ratanya wanita.

" Selamat datang, encik.."

Seorang lelaki tinggi lampai dengan kaca mata membingkai wajahnya menyapa dan dalam masa yang sama melempar senyuman hormat.Sambil menyerahkan menu dia meletakkan satu jag kaca berisi air putih yang suam.

" Silakan lihat dulu menu kami.Panggil saya jika encik sudah selesai buat pilihan.."

Ryo hanya mengangguk dan tersenyum sekilas dan sempat berfikir apa yang dilakukan lelaki dengan wajah begitu di dalam restoren kecil tersebut.Mendengar tawa kecil daripada para pelanggan wanita yang terang-terangan menatap susuk tubuh tinggi lampai itu sehingga hilang di sebalik daun pintu dapur, Ryo menggeleng kepala.

Melihat menu yang tercatat, tidak ada yang istimewa namun empat buah meja yang tadinya kosong tidak berpenghuni sudah ditempati lagi oleh beberapa pelanggan yang baru sampai.

" Berkesan betul strategi pemilik restoren ni mengupah pekerja yang mirip bintang filem."

Lex berbisik namun sempat juga singgah pada pendengaran Ryo.Rupanya bukan dia seorang sahaja yang perasan akan hal tersebut malahan Lex dan Bane juga.

" Rezeki orang ada rupa,Lex.Pakai seluar dari guni sekalipun tetap juga nampak menarik.Cuba kita-kita ni."

Bane mengulas pula membuatkan Ryo tersenyum. Di sebalik tampang maskulin Bane dan Lex rupanya tersembunyi juga sikap persis emak-emak yang sedang bergossip.Momen di mana seorang lelaki mengakui keelokan rupa dan paras seorang lelaki lain memang satu kejadian yang aneh dan jarang pula berlaku sekurang-kurangnya sepanjang yang diketahui Ryo.

Selesai membuat pilihan, Bane mengangkat tangannya untuk memanggil pekerja namun disebabkan pelayan dengan rupa bintang filem itu sibuk melayani pelanggan yang baru datang,gamitan tangan Bane dilihat oleh seorang pekerja yang sibuk menjinjit beg plastik di tangan kanan dan kirinya.

Seorang gadis dalam usia pertengahan 20 an mendekat sambil mengesat tangannya pada hujung baju dengan butir peluh masih berjejeran di dahinya barangkali dia baru sahaja sampai atau baru selesai mengerjakan sesuatu.

Pesanan diambil dan diserahkan kepada pekerja di bahagian dapur dan susuk tubuh gadis bertubuh kecil itu tidak lagi kelihatan namun ada sesuatu yang membuatkan Ryo menatap sahaja tautan daun pintu yang menelan tubuh kurus tersebut.

Entah mengapa dia merasakan seperti pernah melihat gadis tersebut di mana-mana.Raut wajahnya, rambut pendeknya dan saiz tubuhnya.Hanya sahaja ingatan aneh Ryo sayup-sayup mengingati susuk tubuh dan roman wajah gadis tersebut dalam gambaran dia mengenakan kaca mata berbingkai hitam.

Dan sehingga mereka selesai menikmati makan tengah hari yang rupa-rupanya memiliki rasa yang boleh dikunjungi lagi lain kali, fikiran Ryo masih juga terlekat kepada susuk tubuh dan wajah yang dilihatnya di ruangan restoren sebentar tadi.

Sementara Bane dan Lex berbual entah apa, Ryo tanpa sedar menarik laci meja nya dan mengeluarkan timbunan fail sebaik sahaja mereka kembali lagi ke ruangan pejabat yang hapak dan pengap dengan bau kertas lembap.Satu demi satu fail tersebut diselaknya tergesa-gesa dengan mata bersinar.

" Kan betul !!"

Ryo terpekik sendiri membuatkan Bane dan Lex terkejut sehingga Bane yang baru hendak menyamankan duduknya pada kerusi hampir tergolek ke lantai.

Gadis yang dilihatnya sebentar tadi persis sekali dengan gambar dan profil sebuah kes orang hilang yang dilaporkan setahun yang lalu dan terselit dalam sebuah fail berkulit keras serta kelihatan masih baru.

Data tersebut  sepatutnya dimasukkan kedalam pangkalan data digital jabatan keselamatan amnya dan Unit Teknikal 6 khususnya kerana jabatan dibawah kendaliannya memang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan pendataan dan statistik.

Dengan status kes masih belum selesai,jika benarlah gadis tersebut dengan gambar dan profil yang berada didalam fail ditangannya adalah orang yang sama,memang menjadi satu kesalahan kerana tidak melaporkan semula kepada pihak berkuasa sebaik sahaja orang yang dilaporkan hilang telah ditemui semula.Sambil meletakkan semula fail ke atas meja, Ryo mengetap bibirnya.

Hendak dicop apa sekalipun Ryo tidak perduli walaupun kes begitu bukan terletak di bawah tanggungjawab unit nya namun falsafah Ryo mudah sekali.Tidak kira berada di unit apa sekalipun, dia tidak akan membiarkan apa sahaja sebarang bentuk perlanggaran hukum berlaku di depan matanya.

Dia diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan tersebut dengan gajinya dibayar menggunakan cukai daripada orang ramai,maka kepada orang ramailah dia akan berkhidmat.

Tunggulah !

+             +             +

LAST HUNTER II : VARTRAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz