Hampir ke semua keluarga besar menentang keras hasratnya untuk mengahwini wanita tersebut tetapi tidak ada sesiapa yang mampu menahan kehendaknya jika dia sudah benar-benar membulatkan tekad dan kadangkala dia sedar sikap degil dan keras kepalanya itu diwariskan kepada kedua-dua anak lelakinya-Keii dan Darius.

Keluarga-keluarga besar tersebut menganggap dia telah melakukan satu kesalahan besar dan ia adalah satu bentuk pengkhianatan kepada seluruh Bangsa Athos apabila dia menguatkan seluruh tekadnya dan mengahwini wanita tersebut dalam satu situasi yang suram dan dipenuhi cemuhan.

Sementara anak kecil yang bernama Kiyo itu dititipkan kepada seseorang nun jauh di Pangea Selatan agar keberadaannya tidak diketahui dan akan menghadapi ancaman dari mereka yang mahukan kehidupan Puan Besar Istana Templar yang baru itu berakhir dengan sangat tragis,Darius dilahirkan setahun kemudian.

Itupun lahir dalam keadaan pergolakan terhebat yang pernah dialami Istana Templar.Membesar sebagai bahan cemuhan kerana dianggap mencemarkan darah tulen Bangsa Athos,pakatan-pakatan sulit untuk menumbangkan Istana Templar dan pergolakan tentang persoalan keluarga mana yang paling layak menerajui Kumpulan Templar mencapai kemuncak apabila Puan Besar Istana Templar ditemui terbujur kaku dengan sebilah pisau menancap tepat ke jantungnya pada suatu pagi dan sehingga kini dalang sebenar disebalik pembunuhan tersebut masih belum diketahui.

Darius yang ketika itu masih berusia belasan tahun ditinggalkan bersendirian tanpa ada sesiapa pun disisinya.Dicemuh.Diejek dan dijadikan bahan sindiran dan ketika itulah muncul idea untuk membawa Kiyo memasuki Istana Templar dengan menyembunyikan hakikat kebenaran yang sebenar.

Sekurang-kurangnya dengan keberadaan Kiyo di istana, keselamatannya dapat dijamin kerana berada di bawah pengawasannya dan akhirnya Kiyo diperkenalkan sebagai rakan sepermainan dari bangsa manusia  sekaligus penjaga dan pembantu khas kepada Darius yang kelihatan trauma dan terganggu sekali dengan tragedi yang menimpa ibunya.

Dan lebih daripada itu,dia juga dapat melunaskan hutang janji untuk melindungi Kiyo dan memastikan anak itu membesar dalam keadaan yang baik sebagai galang ganti kepada tindakannya menghantar Kiyo jauh daripada ibunya sendiri suatu ketika dulu demi memastikan dia tidak terpalit sama dengan ancaman yang mengintai wanita dari semua arah.

" Maaf jika terdengar biadap,Tuan.Saya rasa mengekang Tuan Muda Darius sama saja seperti mengempang aliran air sungai yang deras.Lama-kelamaan empangan akan retak juga.Pada hemat saya, daripada Tuan cuba mengempang aliran air tu secara terus-memang berkesan tetapi kita tidak dapat menjamin bila masa empangan itu akan pecah. Lebih baik lepaskan tapi Tuan boleh mengawal arah aliran nya dengan membina terusan."

" Terus saja pada intinya,Kiyo.."

Tuan Zhenith memicit pelipisnya yang sedikit berdenyut.Kagum dengan kata-kata Kiyo tetapi dia tidak terlalu suka akan perkataan yang meleret-leret dalam keadaan kepalanya sedikit pusing menghadapi karenah Darius.

" Sedar tak sedar Tuan Muda Darius sudah lama terkurung dalam istana ni,Tuan.Tuan dapat bayangkan tidak apabila kewujudan Tuan tidak diakui,tidak dianggap penting dan selalu dijadikan bahan ejekan selama puluhan tahun?"

" Jadi maksudnya,kamu menyalahkan saya atas apa yang berlaku Kiyo?"

" Saya tak berani , Tuan.Saya cuma mahukan yang terbaik untuk adik saya.Itu saja."

" Kamu pasti?" Tatapan Tuan Zhenith mencerun.

" Percaya kepada Tuan Muda kali ini saja,Tuan.Saya yakin Tuan Muda lebih dari sekadar apa yang kita biasa lihat.Harus saya akui dia tidaklah secemerlang Tuan Muda Keii namun dia juga ada kelebihan yang tersendiri."

+            +            +

Kiyo menahan senyumannya daripada meletus melihat Darius menatapnya dengan tidak percaya.Wajah moyoknya serta-merta cerah dan tanpa sedar dia memeluk tubuh Kiyo dengan kejap.

" Betul?"

" Pernah tidak saya bohong dengan Tuan Muda?"

" Banyak kali." Darius membentuk-bentuk mukanya membuatkan senyuman Kiyo semakin lebar.

"Sebenarnya,idea gila apa yang merasuk Tuan Muda kali ni?"

Darius tidak menyahut tetapi mendadak wajah Ara melintas dalam pandangan matanya namun cepat-cepat dia mengalihkan topik perbualan.

" Apa syarat yang Ayah kenakan?"

" Saya akan turut serta."

Wajah bersahaja Kiyo yang menyahut kata-katanya sebentar tadi membuatkan  Darius menatapnya tidak percaya.Dengan keberadaan Kiyo yang ke hulu-ke hilir melarangnya melakukan hampir semua perkara dan disertai panggilan 'Tuan Muda' tersebut,bagaimana mungkin dia akan tampil normal seperti kebanyakan orang dan bekerja di restoren kecil M&M tanpa disyaki sesiapa?

" Serius??" Wajah lelaki itu lucu sekali pada penglihatan Kiyo " Kiyo? Ikut sekali?"

" Tuan Muda tak ada pilihan pun.Tuan Muda tak dapat bayangkan apa yang saya hadapi untuk menghadapi kemarahan Tuan Besar."

Darius hampir serta-merta menerpa Kiyo dan membelek-belek lengan serta leher pemuda tersebut bagi memastikan yang dia tidak mendapat kecederaan hanya kerana berusaha untuk meyakinkan ayahnya agar bersetuju dengan permintaanya.

Dia tahu persis.Sudah menjadi kebiasaan ada dalam kalangan keluarga besar Kumpulan Templar yang melayan para pembantu dengan kasar sekali dan tidak teragak-agak untuk melakukan kekerasan fizikal sesuka hati mereka hanya disebabkan hal kecil sekalipun.

" Saya tak apa-apa Tuan.."

Darius mendengus.Lega kerana mendapati Kiyo tidak apa-apa.Baginya, Kiyo lebih daripada sekadar pembantu khasnya.Kiyo sudah seperti abangnya sendiri, rakan dan sahabat terbaik yang dia ada.Rakan sepermainan yang membesar bersama dan hanya di hadapan Kiyo dia tidak perlu berpura-pura tentang dirinya yang sebenar kerana Kiyo mengetahui hampir segala cacat cela yang dia miliki tanpa sekalipun pernah menilai dan menghakiminya.Kiyo menerima dia apa seadanya.

" Tapi di luar nanti, jangan berani panggil saya Tuan Muda." Darius mengancam namun hanya dibalas dengan tawa kecil dari Kiyo.

" Tentu tidak masuk akal bagaimana seorang penganggur yang sedang mencari kerja mampu mengupah seorang pembantu pula."

" Jangan risau, Kiyo.Saya sudah mereka cerita yang boleh dipercayai tentang dua orang adik beradik yatim piatu yang baru sampai dari kampung." Kening Darius terangkat-angkat sambil tersengih.

" Huh.." Kiyo mencebik " Otak Tuan Muda kalau bab-bab menipu memang bijak !"

" Eii..Dalam hal-hal lain pun saya bijaklah!"

" Iya lah tu !! Ingat sikit.Tuan Muda berhutang banyak dengan saya,tau!"

Darius melonjak tepat ke tengah belakang Kiyo menyebabkan pemuda itu terhuyung-hayang cuba menampung berat tubuh Darius yang bergayut dibelakangnya seperti anak kera.

" Dahlah.Saya ada hal yang perlu dibereskan.Saya kena pergi nanti Puan Ertha bising pula."

Walaupun rasa hati Kiyo lebih lega melihat Darius tertawa riang begitu,namun dia terpaksa mengakhiri euforia gembira Darius dengan menyebutkan nama Puan Ertha yang terkenal berhati dingin kepada para pembantu di bawah seliaannya itu dan demi mendengar saja nama itu , Darius pantas melepaskan tautannya pada tubuh lampai Kiyo.

" Terima kasih, Kiyo.."

Kiyo hanya mengangguk dan tersenyum sebelum menunduk hormat dan kembali menyelinap keluar dari celah tautan daun pintu.Yakin Kiyo tidak melihatnya lagi,sorot mata nakal Darius mendadak padam dan senyuman riangnya juga surut serta-merta.Dengan separuh berbisik dan mengepal penumbuknya, Darius bersuara perlahan.Raut wajahnya juga bertukar serius.

" Aku jumpa juga kau akhirnya.."

+            +            +

LAST HUNTER II : VARTRADär berättelser lever. Upptäck nu