Kali ini saja Ara !  Getus Ara dalam hati sambil menggenggam penumbuknya.

+            +            +

Hanya tinggal sebelah kaki sebelum seluruh tubuhnya berjaya ditolak masuk ke dalam perut kereta yang hitam berkilat itu,tahu-tahu sahaja pegangan tangan lelaki berwajah datar tersebut terlucut apabila ada satu penumbuk hinggap pada pipinya membuatkan lelaki tersebut hampir tumbang ke belakang.Darius yang meronta-ronta turut sama tergamam.

" Kalau dia tak mahu ikut, tak payah paksakan?"

Lelaki tersebut menyeka pipi kirinya yang terasa sedikit kebas sambil menyeluruhi wajah di hadapannya itu.Berhud penuh menutupi kepalanya dengan tinggi hanya separas dagu,bertubuh kecil dan kurus dan jauh daripada itu-dia adalah seorang perempuan !

" Maafkan kami, cik." Sahut seorang lagi lelaki yang kembali keluar dari perut kereta hitam tersebut dan menatap susuk tubuh kecil di hadapan mereka itu dengan pandangan tidak percaya " Dengan segala hormatnya kami minta agar Cik tidak mencampuri urusan kami.."

" Saudara.." Ara menoleh kepada lelaki muda yang dilihatnya cuba diheret memasuki kenderaan tersebut " Saudara kenal lelaki-lelaki ni?"

Darius yang melopong tanpa sedar menggelengkan kepala.Melopong hairan kerana tiba-tiba sahaja susuk tubuh kurus tersebut muncul dan apa yang lebih menghairankan adalah bagaimana dia boleh menyebabkan salah seorang pengawal keselamatan Istana Templar yang bertubuh kekar itu hampir tumbang ke belakang hanya dengan satu tumbukan.Tatapan Darius silih berganti mendarat kepada wajah tegang gadis tersebut dan kepada tangan kirinya yang melintang pada tubuh Darius seakan cuba membentenginya daripada ancaman musuh.

"Sebaiknya kalian pergi dari sini sebelum berlaku perkara yang
buruk."

Salah seorang daripada pengawal keselamatan tersebut mahu sahaja tertawa mendengar kata-kata daripada mulut gadis aneh tersebut namun apabila dia terlihat tatapan Tuan Muda Darius Keluarga Artemis yang berada di belakang gadis  itu memandangnya dengan riak wajah memberi amaran,dia menutup mulut hampir serta-merta.

Siapa juga yang tidak merasakan lucu.Apa sangatlah mudarat yang boleh didatangkan oleh gadis aneh yang terlihat kurus dengan rambut pendek serta punya tampang penyakitan begitu? Malah tanpa tahu hujung pangkal , berani pula masuk campur dalam urusan Keluarga Artemis yang menjadi ketua kepada seluruh Istana Templar.

Dan lebih lucu daripada seluruhnya adalah bagaimana dia menganggap kejadian tersebut sebagai kejadian jenayah dan tidak teragak-agak pula untuk 'menyelamatkan' Tuan Muda Keluarga Artemis yang sebenarnya sedang cuba untuk dibawa balik semula ke Istana Templar kerana terlalu bahaya baginya untuk berkeliaran di luar pada lewat malam begitu.

Jika sikap gadis aneh itu boleh dianggap sebagai sikap prihatin dengan sedikit kebodohan kerana tidak tahu duduk letaknya hal yang sebenar,mereka berempat pula memang sudah ditugaskan dan dibayar upah untuk melindungi anak lelaki bongsu Keluarga Artemis itu daripada sebarang ancaman.Maka,jelas sekali mereka berada di pihak yang sama hanya sahaja berlainan persepsi disebabkan kejadian yang tidak diduga berlaku begitu-begitu sahaja.

" Pergi !!"

Suara Ara mendadak rendah dan berat sementara Darius yang berada di belakangnya itu mengisyaratkan agar keempat-empat lelaki pengawal keselamatannya itu segera meninggalkan tempat tersebut.

" Tuan Muakkhhhh...."

Belum sempat lelaki tersebut menyudahkan katanya, Darius sudah melemparnya dengan kasut yang tepat mengenai mukanya membuatkan lelaki tersebut sedikit terhuyung-hayang.Ara yang melihatnya sedikit tergamam dan ketika itu jugalah dua sorot lampu membelah jalanraya yang lengang.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now