Dalam masa yang sama,matanya sempat menangkap satu imej aneh pada permukaan dinding.Selain empat garis pendek yang menegak dan direntangi oleh garisan panjang menyerong dari kiri ke kanan yang jelas menunjukkan kiraan hari kelihatan memenuhi dinding,imej besar berhampiran katil menyebabkan Ryo disergap hairan.

Jelas dilukis dengan mengikis dinding konkrit  bilik tersebut menggunakan benda tumpul yang berkemungkinan besar sebatang sudu,satu imej yang memperlihatkan sebilah pedang bergerigi seperti deretan gigi serigala kelihatan pada permukaan dinding.

Dan kemudian contengan-contengan aneh yang tidak difahami.Antaranya adalah imej bulan sabit dengan bentuk segitiga mengelilinginya serta lukisan figura piramid berbucu tumpul dengan corak pelik pada setiap sisi.

" Abang. " Suara halus adiknya mengejutkan Ryo yang leka
memerhatikan bilik tersebut.
"Lupa yang orang lain selain pasukan keselamatan tidak dibenarkan melintasi garisan kuning tu?"

Ryo sekadar mencebik.Wajah adiknya yang kemas dalam balutan pakaian seragam hospital berwarna hijau muda itu sedang berdiri di hadapannya dan menyandang beg.

" Veei  tak apa-apa?"

" Macam yang abang nampak lah.Saya baik-baik saja."

" Apa jadi?"

" Abang ingat tidak saya pernah ceritakan pada abang tentang seorang pesakit yang ditemui cedera parah sebulan lepas? Sebaik dia sedar, dia mulai mengalami halusinasi dan keadaan semakin tak terkawal.Jabatan Perundingan Sosial cuba untuk mencari waris pesakit ni tapi sampai sekarang tidak ada perkembangan.Dia dihantar ke sini dua minggu lepas dan tengoklah apa jadi sekarang ni.."

Ryo menggeleng-gelengkan kepalanya masih hairan dengan kejadian itu.Katanya sakit dan baru sembuh daripada cedera parah tetapi berjaya pula menewaskan pengawal keselamatan serta melarikan diri daripada hospital.Dan pintu yang terkopak senget itu bukan mudah untuk dipecahkan oleh tenaga manusia biasa apatah lagi tenaga seorang pesakit mental.

" Ingatkan abang untuk singgah di mana-mana farmasi .." Ryo bersuara tegas sambil menghidupkan enjin.

"Buat apa?Abang sakit?"

" Beli penyembur neuro-toksin.Sentiasa bawa dalam saku.Dengan pesakit mental begitu boleh memecahkan pintu,apatah lagi seorang yang sihat.Abang rasa kadangkala slogan metropolitan selamat di kaca televisyen tu semuanya sampah sahaja !"

+            +            +

Bunyi berderit yang panjang kedengaran sebaik sahaja Mun menekan kombinasi kekunci elektronik pada pintu.Meraba-raba dinding dan apabila hujung jarinya menyentuh papan suis,suis lampu ditekan.Serta-merta ruang tamu terang.

Dengan tubuh yang masih berpeluh dan sedikit melekit, Mun menghempaskan sahaja tubuhnya ke permukaan sofa dan meluruskan pinggang serta kakinya yang terasa sengal akibat menapak menaiki tangga.

Tampak benar lembaga pengurusan kompleks perumahan itu tidak memperdulikan aduan para penghuni agar segera membaiki lif yang rosak sudah hampir tiga minggu.Menaiki tangga hingga ke tingkat lima sahaja sudah boleh tahan rasa semputnya.

Bayangkan sahaja jika dia tinggal di lantai 10. Jika dia turun ke bawah untuk makan di restoren seberang jalan sana, turun dalam keadaan lapar-pasti apabila naik kelak akan lapar lagi.Lif rosak selama sebulan, pasti membuatkan dia sudah cukup cergas untuk mendaki gunung !

Nanti..

Mun pantas membuka matanya.Rasanya sebelum balik sebentar tadi dia sudah makan dua keping roti dan segelas minuman cokelat suam .Apa perutnya lapar lagikah sehingga aroma kuah mee segera memenuhi rongga hidungnya?

Dengan berjengket pada hujung jari kakinya,Mun mencapai payung kuncup yang tersangkut pada tombol pintu.Semakin menghampiri dapur, bau kuah mee segera semakin kuat dan pelbagai bayangan melintas di benaknya.

Dua hari lepas rumah di lantai tiga blok sebelah dipecah masuk dan pencuri sempat melarikan wang ratusan NSE serta barang kemas.Minggu sebelumnya pula skrip sama berlaku kali ini di tingkat tiga blok dimana dia tinggal.

Apa mungkin....

Mun mengetap bibir seraya mengejapkan pegangannya ke tangkai payung hitam itu.Mendadak darah Mun menderu ke kepala apabila matanya menangkap susuk tubuh didalam kegelapan sedang mundar-mandir berhampiran singki dapurnya.

Habislah kau kali ini, pencuri tak guna !!

Mun menghayun tangkai payung dan dalam masa yang sama memetik suis lampu dan wajah susuk tubuh di dapurnya itu serta-merta menjadi jelas dibawah sinaran lampu.Wajah itu menatapnya dengan mata yang terbuntang sementara pada mulutnya masih berjurai mee segera yang tidak sempat di telan.Susuk tubuh itu  terpegun sementara Mun terkaku.

" Ara??"

+            +           +

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now