Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

1.2K 48 5
                                    

Dah lebih setahun Menggunung dinaikkan di Wattpad. Sepanjang masa itu, karya ini dah mencapai lebih 100 ribu bacaan daripada peminat diluar sana. Novelnya pun dah laris seperti goreng pisang panas di kedai-kedai buku diluar sana. 

Peminat Menggunung rindukan karya seumpama Menggunung? Jangan risau, saya Helmi Effendy, datang dengan karya terbaru yang jalan cerita berilhamkan jalan cerita Menggunung juga. Masih bermain dengan premise KHABAR ANGIN MENJADI REALITI dan sekumpulan anak muda. Kalau nak baca karya seumpama dengannya, jom baca DIRGAHAYU yang dah dinaikkan 10 bab, dan akan mula dinaikkan bab baru setiap 2 hari di Wattpad. 

Baca di sini: https://www.wattpad.com/story/218158811-dirgahayu

Atau boleh ke profile saya dan cari sendiri DIRGAHAYU. 

Bawah saya sertakan poster dan sinopsisnya. 

[Sinopsis]Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Sinopsis]

Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai.

Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya.

Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa.

Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now