Bab 5: Bunga Kemboja

4.4K 297 16
                                    

Sebuah kereta Toyota Avanza meluncur dihadapan rumah Izzat. Ketika itu, hanya Megat Azizan sedang berdiri menunggu Izzat untuk bersiap. Yang menemaninya ialah Kaira yang sedang setia berdiri sambil bertanyakan ribuan persoalan yang membelenggunya sejak pintu rumahnya diketuk oleh Megat Azizan. Malangnya kehadiran Najirah dengan keretanya membuatkan Kaira menghempaskan seribu persoalan lagi di atas bahu Megat Azizan.

"Siapa perempuan tu? Kenapa dia ikut adik akak keluar sekali? Dia ada lesen ke nak bawak kereta tu? Dia bukan makwe Izzat kan? Kamu nak ke mana malam-malam ni? Ya ALLAH, kamu tak rancang nak buat benda tak baik kan?" Kaira berjaya membuatkan Megat Azizan yang celotehnya setiap hari tidak pernah mati seperti baru sahaja dihayunkan penukul tepat ke wajahnya.

"Kak... saya.. saya..."

Mujurlah Izzat sempat muncul dari belakang.

"Izzat... jawab soalan akak.. siapa perempuan tu... makwe Izzat ke... tak akanlah sehari dekat sekolah dah ada makwe..."

"Pak Ngah dah bagi kebenaran kat Izzat keluar dengan diaorang. Kita orang cuma nak pusing-pusing Menggunung malam ni jer," pintas Izzat membuatkan Kaira menoleh belakang. Kelihatan Pak Ngah sedang tersenyum sambil mengangkat kedua-dua jari hantun dna telunjuknya, menunjukkan isyarat peace.

"Ayah... Izzat..."

"Biarlah diaorang. Lagipun ayah percaya dekat si anak Datuk Nasri tu. Dia tak akan buat benda bodohlah." Kedengaran suara Pak Ngah melaung dari dalam.

"Ariq sokong ayah! Bagi ajelah abang Izzat keluar malam ni!" Kedengaran Ariq menyampuk.

"Izzat pergi dulu ya kak?" ucap Izzat sambil tersenyum.

"Salam akak dulu!" pinta Kaira membuatkan Izzat yang sedang berkira-kira mahu mengikuti langkah kaki Megat Azizan mengeluh berat sebelum mengangguk. Dia menyambut huluran tangan Kaira, meletakkannya di dahi sebelum berlari masuk ke dalam kereta. Kelihatan Kamarul sedang lena di tempat duduk belakang dengan sebuah buku tebal yang sekadar dijadikan bantal peluk.

"Bapa kau bagi ke kau pinjam kereta ni?" soal Megat Azizan spontan sebaik sahaja dia berada di dalam kereta.

"Aku cilok," balas Najirah pendek.

"Ya ALLAH... bapak kau tu tauke balak kat Menggunung. Ya ALLAH... kau nak aku kena saman ke?" ucap Megat Azizan yang kelihatan gelabah dengan pengakuan daripada Najirah.

"Rilekslah... aku tak cakap yang aku keluar dengan korang. Aku cakap yang aku nak luang masa sorang-sorang malam. Tapi dia tak bagi. Tapi sejak bila aku pernah ikut cakap dia kan?" Megat Azizan terdiam.

"Semua dah ada ke?" tutur Kamarul tiba-tiba.

"ALLAH! Hantu kepeng!" Megat Azizan melatah seorang diri membuatkan Kamarul mengecilkan matanya, merenung tidak percaya ke arah Megat Azizan.

"Aku dah lama kat belakang ni. Lama betul tunggu kau orang," gumam Kamarul.

"Si Izzat ni yang janji Melayu!" Megat Azizan mempertahankan dirinya.

"Kakak aku buat hal tadi. Dia gaduh dengan Pak Ngah aku, suruh halang aku keluar dengan kau orang," tutur Izzat sambil menunduk beberapa kali, persis orang Jepun.

"Kau orang tahu tak kita nak ke mana ni? Dan apa yang kita akan buat nanti?" Kamarul bersuara di tempat duduk paling belakang.

"Kita nak cari... Pontianak yang gigit leher orang tu kan?" soal Najirah yang sedang memandu.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now