Bab 39: Hutan Bunuh Diri

3.1K 248 9
                                    


Sebaik sahaja kepala Megat Azizan terhantuk pada papan tanda yang tercacak di atas tanah, terus sahaja bunyi ketawa budak kecil dan tangan halimunan yang menarik tubuhnya merentasi berbatu jauhnya dalam keadaan terlentang terus hilang. Sebaik sahaja dia membuka matanya yang sebelum tadi sepanjang masa terpejam rapat, pandangan kanopi pokok-pokok balak yang sedang tinggi melangit menyambut matanya. Terus ingatannya melekat pada Sofea. Spontan, Megat Azizan menoleh ke kirinya.

Kelihatan Sofea yang sedang terbaring sambil kedua-dua tapak tangannya sedang menutup wajahnya. Selepas seketika, Sofea melarikan tapak tangannya dari terus menekap muka, kelihatan luka-luka dan lebam yang tersemat dibeberapa bahagian tubuhnya. Untuk seketika, Sofea mula membuka matanya lalu menoleh ke arah Megat Azizan yang sedang terbaring disebelahnya. Ketika dia mahu bangkit, tiba-tiba tangan Megat Azizan menyentuh wajahnya dengan jari-jemarinya.

"Ke...napa?" soal Sofea sambil menoleh Megat Azizan.

"Bibir awak... berdarah... kepala jugak..." kata Megat Azizan sambil mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poket seluar treknya, lalu mengesat darah yang mengalir dari wajahnya. Sofea cuba menunduk, mahu melindungi parut kebakaran di wajahnya namun Megat Azizan menggeleng.

"Jangan... depan saya, saya nak awak anggap wajah awak tu wajah paling sempurna kat dunia. Boleh?" soal Megat Azizan.

"Wajah... saya... sempurna?" soal Sofea.

"Sebab pada saya, awak tu dah cukup cantik. Lagipun hantu-hantu dalam hutan ni mana ambil kisah sangat pasal wajah awak."

"Sebab sama macam hantu?" soal Sofea.

"Sebab kalau awak dibandingkan dengan diaorang, dah tentu awak ratu cantik dalam hutan ni," seloroh Megat Azizan membuatkan Sofea tergelak kecil. Megat Azizan terus bangkit lalu menghulurkan tangan untuk Sofea, membantu gadis itu untuk berdiri. Namun, Sofea hampir tumbang kerana kesan hentaman kepalanya pada akar kayu, batu-batu dan tanah keras ketika diheret sehingga sampai ke kawasan hutan tersebut.

"Hati-hati," pesan Megat Azizan ketika dia menyambar lengan Sofea, membantu gadis itu untuk berdiri.

"Kepala... saya... pening sangat," tutur Sofea.

"Tak apa. Kepala kita tadi hentam banyak sangat benda. Tu yang awak pening," kata Megat Azizan sambil Sofea masih berpaut pada lengannya.

"Terima kasih..." ucap Sofea.

"Ada rumahlah," kata Megat Azizan apabila menyedari terdapat sebuah rumah kayu yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Jom masuk?" ajak Megat Azizan.

"Sekejap..." panggil Sofea memegang erat lengan Megat Azizan ketika jejaka itu sedang berkira-kira mahu melangkah menuju ke arah rumah yang sedang berdiri dihadapan mereka.

"Kenapa?" soal Megat Azizan sambil menoleh ke arah Sofea.

Sofea terus mengeluarkan sesuatu daripada poket seluar jeansnya, lalu terus mengikat rambut lurus panjangnya menjadi ekor kuda. Kali ini, Sofea tidak lagi membiarkan wajah berparutnya itu terlindung disebalik rambut panjangnya. Dia sedang berdiri penuh cekal sambil merenung tajam ke arah rumah kayu yang sedang tersergam dihadapan matanya. Selain parut kebakaran yang bentuknya persis ukiran berbunga yang terjadi semasa proses kristalisasi, terserlah juga mata kirinya yang keputihan itu. Mata yang kononnya mampu melihat alam ghaib sebaik sahaja disambar oleh lidah api. Selalunya mata mangsa api yang lain mungkin menjadi buta, tetapi buat Sofea, ia mendatangkan bala yang lebih besar. Siapa dalam seumur hidupnya mengimpikan untuk melihat alam yang sudah TUHAN hijabkan daripada kita?

Menggunung (Completed)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora