Bab 21: Hacker

3.5K 252 8
                                    


Megat Azizan, Najirah dan Kamarul yang sedang duduk bersama di salah satu meja di kantin SMK Adrujha melopong tidak percaya merenung ke arah Adilla yang sedang tersengih berdiri sambil diapit oleh Izzat. Tab yang sedang berada di tangan Kamarul spontan jatuh ke atas mejanya. Dia seperti terlupa bahawa Adilla merupakan ketua pegawas dan tab yang berada ditangannya bila-bila masa boleh dirampas oleh Adilla sendiri.

Sepertinya bukan mereka sahaja yang terlopong dengan pemandangan itu, tetapi seluruh pelajar Adrujha yang berada dikantin tersebut. Tiada apa yang dapat mencuri perhatian mereka meskipun kata-kata retorik berbaur semangat motivasi yang tertampal pada dinding kanting dan siling. Melihat Adilla sedang berdiri bersama dengan kumpulan yang selalu disertai oleh pembuat masalah nombor satu Adrujha itu pun merupakan keajaiban dunia ketujuh di Adrujha.

"Ucapkan selamat datang kat ahli baru geng kita..." ucap Izzat.

"Sekejap... si singa ni nak join geng kita?" soal Megat Azizan tidak puas hati sambil menundingkan jari telunjuknya tanpa segan-silu ke arah Adilla yang lengkap berbaju kurung biru dan berkain hitam itu.

"Tak baik panggil dia singa." Kamarul disebelah Megat Azizan mengingatkan.

"Perempuan ni baru suruh kita berdiri kat atas pentas... dan kau boleh sebelahi dia?" Megat Azizan menggeleng macam orang gila.

"Adilla cuma nak tolong kita..." ucap Izzat.

"Tolong? Dia nak tolong report kita kat polis atau bapak dia ke?" soal Megat Azizan.

"Dia macam kita juga. Khabar angin yang tersebar kat laman web Dari Alam Lain tak effect kat dia. Dia sedar apa yang berlaku sejak aku sampai sini sampailah sekarang," jelas Izzat.

"Tapi..." Megat Azizan kelihatan tidak puas hati.

"Saya minta maaf kalau pagi tadi saya tahan awak berdiri kat depan sana. Tapi... saya tak tahan tengok apa yang jadi. Mujurlah ada Izzat. Dia sedar yang sedar apa yang berlaku kat Menggunung! Dia yang tawarkan diri dia untuk tolong saya! Dia yang bawa saya pada awak semua!" jelas Adilla.

"Aku tak ada masalah kau nak join. Sekurang-kurangnya ada juga kaum perempuan. Taklah aku nampak tak manis berkawan dengan korang semua, tapi aku seorang jer perempuan," kata Najirah.

"Aku ada cadangan. Aku nak bawa Adilla malam ni. Kita semua... pergi ke tempat-tempat yang tinggalkan kesan untuk kita sejak benda ni berlaku. Sekurang-kurangnya Adilla boleh catch up dengan perkembangan kita," jelas Izzat lagi.

"Apa istimewanya kalau budak ni join kita?" kata Megat Azizan.

"Saya janji yang saya akan pastikan semua benda yang melawan peraturan sekolah dalam sekolah ni... kalau sebab nak selamatkan Menggunung dari bala ni... yang awak semua buat terlepas dari pengawasan cikgu dan pengawas bawah saya!"

"Kalau macam tu, kau boleh tolong aku untuk pecah masuk bilik kebal sekolah malam ni?" soal Megat Azizan.

"Apa kena mengena?" soal Adilla.

"Aku tak boleh fokus pada pelajaran lepas apa yang berlaku. Tapi sekarang ni exam dah dekat aku tak mungkin boleh belajar. Satu-satunya cara untuk aku survive kat Adrujha ialah dapatkan soalan bocor untuk exam!"

Duk! Belakang kepala Megat Azizan diduku dari belakang oleh Najirah.

"Jom Dila... jangan layan si Jiji ni. Malam ni saya dengan Izzat temankan awak,"

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now