Bab 38: Sumpahan Menggunung

3.1K 258 16
                                    



Hutan Menggunung, menjadi sebuah tempat bunuh diri kepada sesiapa sahaja yang mahu membunuh diri adalah sesuatu yang mengejutkan buat Kamarul dan Ikmal. Sepanjang mereka membesar di Menggunung, ia adalah kali pertama mereka mendengar sesuatu yang seumpama dengannya. Mungkinkah kawasan hutan tempat orang ramai membunuh diri adalah sebahagian daripada khabar angin yang menjadi kenyataan? Apakah sudah cukup ada netizen yang percaya kisah hantu tersebut?

Itulah topik perbualan Kamarul dan Ikmal ketika mereka berjalan bersama meredah denai hutan yang dibina. Untuk seketika, topik kawasan hutan yang menjadi tempat orang membunuh diri, bahkan menjadi tempat perlancongan itu membuatkan apa yang terjadi pada Amran beberapa ketika tadi terhalau dari benak mereka. Tentunya hutan tersebut lebih menarik dari melihat sisi paling rapuh seorang ketua samseng di Menggunung.

"Ada banyak kisah pasal Hutan Menggunung terutama bahagian tempat bunuh diri tu. Tentunya roh-roh mereka yang pernah bunuh diri kat situ masih terperang menunggu kiamat. Yalah, bila bumi dan langit tak terima mereka, mereka terawang-awang tidak tenang. Kalau kau ada mana-mana orang yang pernah kau sayang dalam dunia bunuh diri kat situ, kau mungkin berpeluang berjumpa dengan dia," terang Kamarul.

"Boleh buat filem," komen Ikmal spontan.

"Tapi tu tak menakutkan lagi. Ada kisah lain yang disebarkan kat laman web Dari Alam Lain kononnya sesiapa yang jejak kaki sahaja ke dalam hutan tu, secara tak langsung dia akan terus rasa nak bunuh diri. Seolah-olah setiap babak yang pernah berlaku dalam hidup mereka pernah berlaku ditayangkan dalam hidup mereka," kata Kamarul.

"Dengarnya macam... lebih menakutkan dari hantu budak-budak Semangat Hutan," kata Ikmal.

"Aku yakin juga situ merupakan sarang utama Semangat Hutan," kata Kamarul.

"Aku tak faham..."

"Makanan utama makhluk bernama Semangat Hutan itu ialah dia kesedihan, depresi, kemurungan, kehilangan dan segala perasaan negative dalam diri manusia," jelas Kamarul.

"Kau ada kemahiran deduksi yang bagus," puji Ikmal.

"Tapi, macam mana kita nak tahu kita dah masuk kawasan hutan tu?" soal Ikmal.

"Nampak tak papan tanda depan kau?" soal Ikmal sambil menyuluh ke arah sebuah papan tanda daripada sebuah kayu yang dipacakkan tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Disebelah papan tanda kayu itu, terdapat sebuah rumah kayu yang berdiri gaggah.

"Aku harap bukan nenek kebayan punya rumah," luah Ikmal jujur.

"Nenek kebayan tak berbahaya macam Semangat Hutan. Dia bermain dengan psikologi kau," kata Kamarul.

"Ada tak diaorang panggil kau Professor Hantu?" soal Ikmal.

Kamarul tidak terus menjawab soalan Ikmal itu sebaliknya dia duduk bercangkung sambil menatap papan tanda yang terpacak di laluan masuk ke hutan itu.

"Selamat datang ke hutan paling angker di Malaysia. Datang kamu tidak kami undang, pulang kamu juga tidak kami iring pulang," tutur Kamarul membaca papan tanda tersebut.

"Seramnya..." gumam Ikmal sambil mengosok kedua-dua lengannya, spontan. Bulu romanya berdiri tegak sebaik sahaja Kamarul membacanya.

"Kau nak ke rumah nenek kebayan tu? Tengok apa yang kita boleh jumpa?" soal Kamarul. Ikmal sekadar mengangguk lalu dua sekawan itu pun menghampiri rumah kayu tersebut. Pintu kayunya tidak berkunci. Sekadar berkeriut sebaik sahaja ditolak oleh Kamarul dari luar.

Menggunung (Completed)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant