Bab 43: Hutan Maut

3.1K 267 31
                                    



Kamarul sedang berdiri tegak sambil memeluk beg galasnya. Matanya tajam memerhati makhluk-makhluk tidak sempurna yang persis zombie yang sedang bergentayangan disekitar mereka. Mujurlah bulatan garam yang sempat dibuat oleh Kamarul tadi, melindungi mereka berempat daripada menjadi mangsa makhluk tidak berhati perut yang sedang memerhati mereka dengan air liur yang sedang meleleh keluar dari mulut mereka. Bau busuk bangkai sedang tersebar, menusuk setiap deria bau.

Ada beberapa yang cuba melintasi bulatan garam yang baru sahaja dihasilkan oleh Kamarul, namun mereka terus terbakar sebaik sahaja seinci tubuh mereka berada di atas bulatan garam tersebut. Namun yang lebih memeritkan, betapa sebaik sahaja mereka terbakar, dari abu yang terhasil selepas habis dijilat api, akan keluar ribuan lipas yang melarikan diri. Ada yang tiba-tiba merayap menaiki kaki Sofea membuatkan gadis itu menjerit sekuat hatinya sambil memeluk erat lengan Megat Azzian dan menyembamkan wajahnya.

"Pergi... pergi! Ya ALLAH!" teriak Sofea terlompat-lompat. Kamarul tidak mengendahkan namun Ikmal yang sedang duduk bersila memerhati penuh minat sekadar menggeleng.

"Hati-hati nak sweet pun, takut terpijak bulatan garam yang Kamarul buat tadi," kata Ikmal. Untuk seketika, Sofea menyedari bahawa dia baru sahaja melakukan sesuatu yang tidak manis di pandangan Ikmal dan Kamarul, terus pantas melepaskan pelukannya sambil menunduk malu, memandang ke arah yang bertentangan dengan Megat Azizan.

Serentak itu, bunyi guruh bergema di dada angkasa pada waktu yang mungkin sudah mula melepasi tengah malam. Mereka berempat mendongak sebelum Ikmal serentak berdiri. Sepertinya, bunyi guruh itu menjemput perasaan gerun yang datang tiba-tiba.

"Nak ribut..." kata Kamarul.

"Bulatan garam kau?" soal Ikmal. Kamarul mengangguk.

"Sepatutnya rancangan aku ialah kita tunggu sampai azan Subuh. Waktu Subuh ialah waktu maut untuk benda-benda ni," kata Kamarul, cemas.

"Dalam beg kau tu... ada benda lain yang dapat kalahkan benda tu tak?" soal Ikmal.

"Ada... tapi tak mungkin dalam jumlah beratusan macam ni!" ucap Kamarul.

"Tak apa, asalkan dapat lindungi kita dan curi masa kita!" kata Ikmal.

"Jadi, nak buat apa?" soal Megat Azizan.

"Aku perlukan dahan kayu tu," kata Kamarul.

Mereka berempat menoleh ke arah dahan kayu sebesar lengan manusia yang tergeletak tidak jauh dari tempat bulatan itu dibina. Untuk seketika, mereka berempat baru sahaja menyedari sesuatu. Betapa sebenarnya perlu ada seseorang antara mereka, yang menjadi hero yang keluar dari lingkaran garam yang dihasilkan, dan berhadapan dengan lautan semangat hutan yang terdiri dari makhluk-makhluk yang menyerupai jasad manusia yang tidak lengkap kerana perbuatan bunuh diri mereka.

"Siapa... yang nak pergi ke sana?" soal Ikmal.

"Kalau tak ada yang sukarela nak buat kerja gila tu, biar aku." Kamarul menawarkan dirinya namun Ikmal spontan memegang lehernya.

"Kau tu penyelamat kami kat dalam hutan ni. Aku tak boleh biarkan kau keluar dari lingkaran ni. Kalau kau mati, maksudnya semua akan mati," jelas Ikmal.

"Habis, kau nak gantikan aku keluar dari lingkaran garam ni?" soal Kamarul.

"Nampak tak kesan jerutan tali kat leher aku ni? Aku hampir mati sebab masuk kat dalam rumah kayu tu! Hell no!" balas Ikmal.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now