Bab 11: Santau Jahanam

3.7K 247 24
                                    



Hampir semalaman Izzat menghabiskan masanya dengan membaca setiap komentar yang dilontarkan untuk artikel tentang bomoh terbaik Menggunung itu. Betapa setiap khabar angin yang disebarkan netizen memang menggerunkan. Ada yang mengatakan bahawa hampir semua benda mampu menjadi kenyataan andai kena pada caranya. Bomoh Tok Anjang mampu buat hati yang tak pernah kenal cinta bersatu. Tok Anjang juga mampu buat pasangan yang seperti ditakdirkan untuk hidup sampai ke akhir hayat bercerai-berai. Anda ada musuh? Tok Anjang mampu buat musuh anda merana dalam keadaan yang anda tak tergambarkan.


Takut apa akan jadi pada Menggunung, akhirnya Izzat menghabiskan masanya berfikir sendirian di atas katilnya, bertemankan lengan yang diletakkan di atas dahinya. Tanpa sedar, azan subuh sudah menyapanya, menandakan bahawa dia hanya adalah sejam untuk bersiap sebelum ke sekolah. Mungkin sebab itu juga, dia seperti tidak bermaya berdiri dalam barisan di dalam dewan, sambil mendengarkan ucapan Pengetua Adrujha yang berjela-jela.


"Izzat... awak okey ke?" soal Adilla yang merupakan pengawas bertugas apabila melihat Izzat hampir tumbang. Mujurlah Megat Azizan dibelakangnya sempat menahan tubuh Izzat.


"Kau okey ke? Macam tak tidur jer?" soal Megat Azizan.


"Memang tak tidur lagi sejak semalam ni," balas Izzat.


Najirah dibarisan perempuan sekadar merenung penuh kerisauan.


"Saya serahkan kepada guru disipilin sekolah kita... Puan Maisara untuk ambil alih perhimpunan ini. Beliau ada beberapa pengumuman yang mahu dibuat hari ini." Pengetua SMK Adrujha yang merupakan seorang lelaki gempal yang bermisai itu terus kembali ke tempat duduknya, membenarkan Puan Maisara untuk mengambil alih menguruskan perhimpunan itu.


"Izzat... kalau kau nak ke bilik sakit... aku boleh bawakan..." Megat Azizan bersuara.


"Tak apa. Aku masih gagah lagi untuk berdiri," balas Izzat.


"Aku tahu kau nak tunjuk macho kau..." Megat Azizan hilang kata-kata, serentak dengan Puan Maisara yang tiba-tiba berhenti bersuara selepas membebel panjang tentang masalah disipilin pelajar SMK Adrujha.


"Cikgu okey ke?" soal beberapa orang cikgu yang jadi risau kerana Puan Maisara kekal tidak bersuara sambil matanya terbeliak memandang lautan pelajar yang sedang berdiri dibawah pentas.


"Kalau cikgu tak sihat..."


Tiba-tiba sahaja Puan Maisara termuntahkan darah yang keluar bersama dengan longgokan paku berkarat yang jatuh tergeletak di atas lantai. Kedua-dua pupil matanya pecah, manakala hidungnya pula mengeluarkan cecair yang seperti hingus. Jeritan yang datang dari seisi dewan terus bergema apabila tubuh Puan Maisara terus rebah.


"Telefon ambulans! Telefon ambulans sekarang!" teriak suara guru yang terdapat di atas pentas.


"Bertenang semua... bertenang! Pengawas! Sila ketuai setiap kelas kamu untuk kembali ke kelas. Tunggu sampai guru yang bertugas datang!" Pengetua mengambil mikrofon yang jatuh menyembah tanah, cuba menenangkan keadaan.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now