BAB 16

5.3K 135 2
                                    

" Kebahagia untuk selama-lamanya? "

" Kebahagia untuk selama-lamanya? "

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

✧✧✧✧

*Mature content (16++)*

Hanna terjaga dari lena panjangnya, apabila rasakan sesuatu yang berat menindih tubuhnya. Dia membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dipandang sekeliling ruang bilik yang begitu janggal pada pandagan nya. 

Lama dia berfikir, akhirnya dia sudah dapat tangkap bahawa itu bukan biliknya. 

Dia menoleh ke sebelah. Terkejut dia apabila wajah polos Adam yang sedang lena tidur, begitu hampir dengan wajahnya.

Dia cuba menjauhkan wajahnya dari Adam, namun pergerakan nya terbatas apabila tangan Adam terparkir elok di atas pinggangnya.

Dia mengerutkan dahinya. 

Apa yang terjadi semalam? 

Lama dia berfikir, tiba-tiba satu cahaya putih terlintas di dalam kotak fikiran nya. Dia membulatkan matanya. Lalu dengan pantas dia menyelak sedikit selimut yang membaluti tubuhnya. 

Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat dirinya sekarang tiada seurat benang yang membaluti tubuhnya melainkan hanya sehelai selimut yang tebal.

Hanna termenung memandang siling. Marahkan dia dengan apa yang sudah Adam lakukan kepadanya?

' Tak guna kau marah, sedangkan kau yang merelakan semua ini terjadi. Kau yang mulakan semua ini. '

Air matanya bertakung di tubir mata. 

Sekarang, dia seratus peratus hak milik Adam. Bagaimana kalau Adam mengotakan janjinya untuk bercerai selepas 3 bulan bersama? Sekarang cuma tinggal 2 bulan sahaja lagi. Bagaimana kalau dia-

" Sayang dah bangun? " 

Terkejut Hanna mendengar suara serak basah di tepi telinganya. Dia menoleh memandang Adam yang masih memejamkan matanya. 

" Mengingau ke sampai panggil sayang? " Tanya Hanna dengan nada yang perlahan.

" Jangan pandang abang macam tu, tergoda tau. " Adam membuka matanya perlahan-lahan, anak matanya menikam anak mata Hanna yang membulat.

" Bangun dari tidur pun cantik. " Kata Adam sambil mengusap rambut milik Hanna. 

Hanna hanya kaku. Pagi-pagi hari lagi, jantungnya sudah mulakan kerjanya dengan bertungkus lumus.

" Thanks for a wonderful night, sayang. " Kata Adam lalu mengeratkan lagi pelukannya di pinggang Hanna.

" Awa- "

" Abang. Panggil abang, abang. " Kata Adam dengan tegas. 

Terdiam Hanna. Air liur nya diteguk dengan susah payah. 

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now