BAB 27

4.4K 112 20
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


✧✧✧✧ 


" Macam mana? Dah okay? "

Hanna menghadiahkan sebuah senyuman kepada Fatihah yang memasuki biliknya.

" Alhamdulillah, aku rasa segar sikit lepas bangun tidur ni. " Kata Hanna dengan senyuman yang masih tidak luntur dari wajahnya.

Fatihah memandang sayu wajah Hanna yang sembab kerana banyak menangis semalam.

Tak sangka Adam boleh berkahwin dengan Farisha? Dia tak marah pun kalau Adam nak kahwin dengan Farisha, tapi yang buat dia marahnya ialah kenapa perlu Adam kahwin sekarang? Hanna masih dalam proses edah, tetapi Adam dengan senang hatinya boleh berkahwin lain?

" Dasar kepala ikan! "

Berkerut dahi Hanna mendengar apa yang dikatakan oleh Fatihah sebentar tadi.

Ada ke patut Fatihah jawab kepala ikan? Dia tanya gadis itu yang dia pakai sabun apa bau wangi semerbak ni, takkanlah gosok badan dengan kepala ikan pula?

" Kenapa dengan kepala ikan? " Tanya Hanna. 

Fatihah seperti tersedar. Dia memandang Hanna.

" Hah? " Tanya Fatihah dengan muka tanpa riaknya.

" Aku tanya, kenapa dengan kepala ikan? " Tanya Hanna sekali lagi.

" Tak, aku terasa nak makan kari kepala ikan lah hari ni. Kau tak rasa ke? " Tanya Fatihah. Dia sebenarnya tadi mencarut kepada Adam, tetapi terkeluar kepala ikan pula.

" Disebabkan kau sebut, aku pun teringin lah nak makan. " Kata Hanna dengan senyuman. Sudah kecur liur nya membayangkan kari kepala ikan yang besar.

" Baguslah! Kita ajak Ain dan Asya sekali. " Kata Fatihah dengan gembira. 

Hanna terdiam.

" Kenapa kau diam? Kau tak suka ke? " Tanya Fatihah.

" Tak, aku suka je, baguslah ada Ain sekali. Sebab aku ada sesuatu nak bincang dengan korang. " Kata Hanna sambil tunduk memandang cadar.

" Kalau macam tu, aku call dia kejap. " Kata Fatihah lalu keluar dari bilik Hanna.

Hanna memandang Fatihah yang berlari keluar dari biliknya.

Pasti, dia akan rindu dengan Fatihah nanti.

Dia dah buat keputusan. Keputusan untuk masa hadapannya dan anak di dalam kandungan nya.

' Ya Allah, harap betul lah keputusan aku ni. '


✧✧✧✧


Ain berjalan menuju ke arah bilik pejabat milik Qayyim dengan perasaan yang marah. Dia pasti yang Qayyim sengaja buat semua ini.

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now