Haikal terdiam sebentar memikirkan keputusannya.

"Alright, apa yang Amani nak abang tolong?" Soal Haikal.

"Hmm abang ada tak apa apa info tentang abang Naz yang kita boleh guna untuk runtuhkan rumah tangga diorang?" Haikal mengerutkan keningnya. Takkan lah sampai nak runtuhkan?

"Runtuhkan? Tak rasa macam besar sangat ke Amani? Kalau Naz tahu mati kita." Ujar Haikal takut takut. Tak pernah pernah dia nak buat kerja gila ni. Memang lah dia inginkan Kyra, tapi untuk runtuhkan tu satu projek yang sangat besar. Tak boleh ke biarkan Kyra je yang jatuh hati padanya sendiri?

"Habis tu nak buat apa? Tunggu diorang bercerai baru abang dapat Kyra? Alamatnya sampai ke mati pun tak dapat." Amani menggulingkan biji matanya ke atas tanda meluat. Takut sangat.

Haikal terdiam sebentar memikir.

"Okay, kita kerjasama. Abang ada info nak tolong mudahkan kerja Amani." Kata kata Haikal menarik perhatian Amani.

"Nazrief dulu ada bekas tunang. So, Amani boleh gunakan bekas tunang dia untuk pikat Nazrief semula. Jangan sampai kantoi dah." Kata Haikal sambil tersenyum sinis. Bisikan syaitan sudah mula menghasut fikirannya.

Amani mengangguk penuh perhatian.

"Abang jangan risau, abang cuma perlu bagitau Amani info pasal bekas tunang dia tu dan Amani akan selesaikan." Jamin Amani. Dia sudah mula merangka rangka rancangan di dalam kepalanya.

"Okay, nama bekas tunang Nazrief adalah Alia. Alia Erina. Umur dia 29 tahun. Dia tinggal kat Taman Suria." Amani hanya menganggukkan kepalanya mendengar segala info tentang Alia Erina. Bibirnya mula mengoyak senyum sinis. Akhirnya tiba masa Kyra untuk merasakan sakit yang dirasakannya.


"ABANG jom makan." Ajak Kyra kepada Nazrief yang kusyuk menonton televisyen.

"Jom."

Mereka berjalan menuju ke dapur secara beriringan.

Ting! Tong! Bunyi loceng di rumah Kyra dan Nazrief berbunyi. Nazrief yang baru hendak melabuhkan duduk tersentak. Kyra dan Nazrief menjadi pelik. Siapa pulak yang datang ke rumah mereka?

"Siapa tu?" Tanya Kyra kepada Nazrief.

Nazrief hanya menggeleng kan kepalanya.

"Entahlah." Tiada idea tentang siapa yang datang ke rumah mereka petang petang begini. Nak kata mereka jemput orang, jauh sekali.

Nazrief dan Kyra terus menuju ke depan bersama sama lalu membuka pintu utama rumah agam itu.

"Assalamulaikum." Suara seseorang yang dikenali memberi salam di luar rumah.

"Waalaikummussalam." Kyra pelik melihat kakak Amani datang bersama seseorang yang tak dikenalinya. Nazrief pula terkejut kerana melihat Amani datang bersama seseorang yang sangat dikenalinya.

"Kak Amani?" Kyra hairan apabila melihat Amani bersama seorang perempuan berdiri di pagar rumah sambil membawa beg besar.

Nazrief terpaku melihat Alia berdiri disisi Amani. Bekas tunangnya.

"Tak nak jemput kami masuk ke?" Tanya Amani apabila suami isteri itu masih terdiam di tempat mereka.

"Err masuklah." Jemput Kyra. Dia juga pelik melihat riak wajah Nazrief yang agak pucat di sebelahnya

Alia dan Amani tersenyum sesama sendiri sebelum masuk ke dalam rumah itu.

"Kenapa kakak datang sini?" Tanya Kyra terus terang. Pelbagai soalan mula muncul di fikirannya tentang mengapa kakaknya itu tiba tiba muncul tanpa khabar ke rumah itu.

Nazrief pula hanya diam sambil mengerling Alia yang diam tidak berkutik.

"Kenalkan Alia Erina. Bekas tunang abang Nazrief." Amani memperkenalkan Alia sebagai bekas tunang Nazrief membuatkan Kyra terkejut. Apa motif kakaknya itu membawa gadis yang sudah menjadi sejarah bagi suaminya itu ke rumah ini?

Kyra memandang Nazrief dan Alia silih berganti. Alia hanya tersenyum membalas pandangan Kyra.

"Hai! Nice to meet you Kyra." Alia menyapa Kyra dengan agak sinis.

"Nice to meet you too. Ada apa datang sini?" Tanya Kyra berlagak cool. Padahal dia memang tidak selesa dengan kedatadangan mereka berdua itu.

"Sebenarnya, Alia ni ada problem dengan mummy dengan dady dia. So, dia tak ada tempat tinggal. Akak cadangkanlah supaya Alia tinggal sini. Akak datang ni untuk teman Alia. Tak lah timbul salah faham kalau Alia tinggal sini seorang je kan." Terang Amani. Alia hanya menganggukkan kepalanya dan membuat muka sedih.

"Tolong I Kyra. I janji I tinggal kejap je sebelum I dapat rumah sewa. Anggap lah kakak you yang minta tolong." Alia mencelah. Dia bangkit dari tempatnya dan duduk di sebelah Kyra. Tangan Kyra digenggam kemas.

"Kenapa nak kena tinggal sini?" Tanya Kyra kurang senang. Dia langsung tak faham apa kaitan dirinya dan Nazrief dalam masalah yang melanda Alia dan mengapa kakaknya begitu menyokong idea untuk Alia tinggal di sini.

"Sebab dekat sini ada orang yang Alia kenal." Kata Amani sambil menjeling Nazrief yang diam tidak berkutik.

"So, Nazrief boleh tak Lia tinggal sini?" Tanya Alia dengan nada yang sengaja dibuat sedih. Perhatiannya dialihkan pula pada Nazrief bila dilihatnya Kyra seakan akan tidak bersetuju.

"Abang Naz kena bincang dengan Kyra dulu." Ujar Nazrief kepada Amani. Alia di sebelah Kyra langsung tidak dipandang.

Kyra tersenyum lega sebaik sahaja mendengar jawapan suaminya itu.

"Hmm bincanglah dulu. Tapi jangan lama sangat. Alia tak mampu nak bayar hotel hari hari." Ujar Alia dengan nada sedih. Nazrief hanya menganggukkan kepalanya sedikit.

VOTE 🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now