BAB 41

5.6K 336 15
                                    

Mark dan Thaqeef sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah semula. Airis ditinggalkan bersama Yvonne dan Farah di bawah khemah. Kabinet kasut dituju. Mark mengeluarkan kotak itu lalu diserahkan kepada Thaqeef.

Teragak-agak, Thaqeef membuka sedikit penutup kotak tersebut. Beristighfar panjang dia melihat isi di dalamnya. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

Jantung. Jantung yang dipenuhi dengan darah merah pekat.

This is insane, fikirnya.

Kotak tersebut ditutup kembali. Tidak sanggup dia ingin menatap 'benda' itu lama-lama.

"Ini kes berat ni Mark" ujar Thaqeef sedikit berbisik. Wajahnya serius.

"I know..." balas Mark perlahan.

"Aku kena balik balai"

Mark tidak membalas.

"Kau rasa tu...jantung manusia ke?" soal Mark perlahan setelah beberapa saat mendiamkan diri. Dia pandang Thaqeef.

"Aku pun tak sure Mark. Kena bawak pergi jabatan forensik dulu untuk dapatkan kepastian" balas Thaqeef. Mark sekadar mengangguk tanda mengerti.

"Kau okay tak ni?" soal Thaqeef prihatin. Dia bersimpati dengan Mark. Sungguh dia tidak menduga hari pernikahan sahabatnya ini akan dicemari dengan insiden tidak diingini seperti ini.

"Aku okay"

Suasana kembali sepi.

"Kalau macam tu aku pergi dulu la. Nanti apa-apa progress aku bagitau kau" ujar Thaqeef setelah agak lama berdiam diri.

"Okay" balas Mark pendek.

"Kau jaga diri. Airis tu, kalau boleh jangan tinggalkan dia sorang-sorang. Kita tak tahu apa plan lelaki tu lepas ni. Better be extra careful. Apa-apa hal call aku" pesan Thaqeef.

"Okay...call me when you get any progress. I need to know what is going on. Please Qeef" pinta Mark berharap.

"Don't worry, I will" balas Thaqeef. Bahu sahabatnya itu ditepuk perlahan. "I got to go" sambungnya lagi. Dia terus bersalaman dengan Mark sebelum beredar, membawa bersama kotak berisi jantung itu ke balai untuk tujuan penyiasatan.

Mark melangkah masuk ke dalam rumah selepas Thaqeef beredar. Dia terus melabuhkan duduk pada sofa di ruang tamu. Dia ingin berehat sebentar. Nasib baik jumlah tetamu yang hadir mula berkurangan. Badannya disandarkan ke belakang. Dia perlu menenangkan fikirannya buat seketika.

"Awak..." tiba-tiba, terdengar suara halus Airis memanggilnya.

Mark pantas menoleh. Kelihatan Airis sedang berdiri di muka pintu. Gadis itu nampak teragak-agak untuk menghampirinya.

"Saya ganggu awak rehat ke?" soal Airis serba-salah.

Mark pantas menggeleng. Senyuman manis dihadiahkan buat isterinya itu.

"Come here" panggil Mark tenang.

Airis terus melangkah menghampiri Mark. Lelaki itu menarik lembut tangannya, menyuruh dia duduk di sebelah.

"Dah makan?" itu soalan pertama yang keluar dari bibir Mark.

Airis geleng kepala. "Takde selera..." balasnya.

Mark menghembus nafas perlahan. Tanpa kata, dia memeluk tubuh Airis menyebabkan isterinya itu sedikit terpinga-pinga. Namun selepas beberapa saat, pelukannya berbalas.

Mark tersenyum. Dia mengeratkan lagi pelukannya.

Saat itu, Airis tahu...dia tidak lagi berseorangan.


**********


Malam itu, ketika Mark dan Airis duduk berehat di ruang tamu rumah bersama mama dan papa beserta ahli keluarga mereka yang lain, telefon Mark yang diletakkan di atas meja kopi berdering.

Melihat nama Thaqeef tertera pada skrin telefon, Mark terus meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut. Panggilan itu dijawab sambil dia melangkah ke halaman rumah. Dia memilih untuk duduk di pondok kecil yang dibina di sudut kanan halaman.

"Assalamualaikum Mark. Sorry ganggu kau malam-malam" sapa Thaqeef di hujung talian.

"Waalaikumussalam, it's okay. So how?" terus sahaja Mark menyoal. Dia sudah tidak sabar ingin mengetahui hasil siasatan pihak polis terhadap kotak yang diterima siang tadi.

"Okay. First of all, pihak forensik dah buat siasatan, dan hasilnya, mereka dapati jantung tu...jantung manusia" ujar Thaqeef cukup berhati-hati.

Mark terdiam.

Thaqeef memilih untuk meneruskan bicaranya.

"Walaupun pihak forensik dapat pastikan tu jantung manusia, siasatan masih lagi dijalankan untuk mengenal pasti pemilik jantung tersebut. Mungkin ambil masa selama tiga hari untuk dapat keputusan tu. Tapi, pihak forensik tak menolak kemungkinan yang jantung tu milik seorang kanak-kanak berdasarkan saiz dan keadaan jantung tersebut" terang Thaqeef panjang lebar.

Mark menghembus nafas perlahan.

"Aku pelik betul. Macam mana dia boleh dapat jantung tu? Rasa macam tak masuk akal. Jantung manusia kot, bukan boleh main beli dekat kedai" ujar Thaqeef tidak puas hati.

"Semua tu tak mustahil bagi kumpulan macam FrygtlØs. Kau lupa, diorang tu terlibat dengan human trafficking. Benda tu dah jadi macam mainan je bagi diorang" tenang Mark membalas.

"Betul jugak apa yang kau cakap tu...haih, pening kepala aku" rungut Thaqeef.

Mark hanya tersenyum tipis mendengar keluhan sahabatnya itu.

"Oh, sebelum aku terlupa. Kau kena datang balai esok Mark" suara Thaqeef kembali serius.

"Huh? Why?" soal Mark sedikit pelik.

"Tadi...masa pegawai forensik angkat jantung tu bawak keluar dari kotak, diorang ada jumpa sesuatu" ujar Thaqeef.

Mark hanya berdiam diri, menanti Thaqeef meneruskan kata-katanya.

"They found a note. A note for you"


******************************

Sorry, bab kali ni pendek sikit...huhu

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now