BAB 47

5.2K 359 36
                                    

Sebaik sahaja Thaqeef menerima panggilan dari Siddiq, dia dan anggota unitnya terus bergegas ke lokasi yang diberitahu oleh Siddiq. Kereta suspek berjaya dijejaki di sebuah ladang kelapa sawit di lokasi yang terletak hampir 2 jam perjalanan dari shopping mall Lexis, tempat Airis diculik.

Dalam hati, Thaqeef begitu berharap agar Airis dijumpai dalam keadaan baik-baik sahaja.

Malangnya, sampai sahaja di lokasi tersebut, mereka hanya menjumpai kereta milik suspek seperti yang dilihat di dalam rakaman CCTV namun kelibat Airis mahupun si penculik langsung tidak kelihatan.

Thaqeef terus mengarahkan anak-anak buahnya supaya memeriksa kawasan sekeliling namun setelah hampir satu jam mencari, langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan Airis ada di situ.

Pihak forensik yang memeriksa kereta itu pula mengesahkan langsung tiada kesan cap jari berjaya ditemui di dalam kenderaan berkenaan. Berkemungkinan si penculik telah membersihkan kereta itu sebelum dia meninggalkannya di ladang kelapa sawit ini.

Tanpa sedar, Thaqeef mengeluh. Dia mengurut perlahan kepalanya yang terasa sedikit berdenyut. Tiba-tiba dia teringat kembali perbualannya dengan Mark. Nampaknya firasat lelaki itu betul. Suspek sengaja membiarkan nombor plat keretanya ditangkap oleh CCTV, dia hendak melengah-lengahkan pihak polis. Atau lebih tepat, lelaki gila itu sengaja ingin mempermainkan pihak polis.

Mengenangkan itu, Thaqeef jadi bengang. Tak guna betul! Gara-gara rancangan lelaki itu, mereka telah membazirkan masa hampir 2 jam semata-mata hendak datang ke sini. Rupanya-rupanya, mereka telah dipermainkan!

"Macam mana ni tuan? Apa kita nak buat sekarang?" soalan dari Sarjan Fahmi itu mengembalikan Thaqeef ke alam realiti.

Thaqeef menghembus nafas berat. "Buat masa sekarang, kita balik ke balai dulu" balas Thaqeef pendek.

Belum sempat Thaqeef melangkah pergi, salah seorang anggota forensik memanggil namanya.

"Ya?" sahut Thaqeef.

"Kami jumpa telefon bimbit ni dalam kereta. Mungkin milik mangsa atau suspek" ujar anggota tersebut sambil menghulurkan sebuah telefon bimbit yang diletakkan di dalam plastik lutsinar.

"Oh, okay. Terima kasih" balas Thaqeef pendek sebelum telefon tersebut diambil.


**********


Sampai sahaja di balai, jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Kini, sudah hampir 9 jam berlalu sejak Airis disahkan diculik. Sekali lagi Thaqeef mengeluh perlahan. Masuk sahaja ke dalam balai, Thaqeef nampak kelibat Mark sedang duduk menunggu di sofa yang terletak di ruang lobi. Pantas sahabatnya itu dihampiri.

"Mark" tegur Thaqeef.

Mark pantas mengangkat wajah. "Qeef, Airis mana? Kau jumpa dia kan?" kalut Mark bertanya. Matanya meliar memerhati sekeliling namun kelibat Airis langsung tidak kelihatan.

Thaqeef menarik nafas panjang. Kedua-dua bahu sahabatnya itu dipegang kejap. "Mark, aku minta maaf" perlahan Thaqeef menutur kata. Dia rasa badan Mark menggigil selepas mendengar kata-katanya itu.

"A...apa maksud kau?" soal Mark dengan suara yang bergetar.

"Masa kitorang sampai, yang ada cuma kereta suspek. Kelibat Airis mahupun suspek langsung tidak kelihatan...aku rasa dia sengaja nak umpan pihak polis ke situ" cukup berhati-hati Thaqeef menutur kata.

Mark kaku. Matanya dipejam rapat. Ya Allah, isteri aku...tolong lindungi dia...hatinya merintih sayu. Matanya kembali dibuka. Wajah diangkat memandang Thaqeef. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now