BAB 57 (AKHIR)

10.2K 425 55
                                    

Berita terkini :

Pihak polis Damansara telah berjaya menumpaskan sindiket pelacuran dan pemerdagangan manusia yang didalangi oleh satu kumpulan mafia yang dikenali sebagai FrygtlØs, pada awal Selasa lalu. Kumpulan mafia yang diburu oleh pihak polis sejak tiga tahun lalu ini telah berselindung disebalik kemegahan sebuah syarikat pembinaan yang diberi nama LQ Architecture Sdn. Bhd. dimana ia merupakan syarikat pembinaan milik ketua mereka yang dikenali sebagai Luqman Qidran, berusia 28 tahun. Pihak polis telah menyerbu markas mereka pada awal pagi Selasa lalu dan berjaya menemui seramai hampir 25 orang wanita warga asing dan juga kanak-kanak, dikurung di dalam bilik bawah tanah di syarikat berkenaan. Pihak polis turut menemui beberapa buah peti sejuk besar yang mengandungi organ-organ dalaman manusia, dipercayai disimpan di situ sebelum dijual ke pasaran gelap. Seluruh ahli kumpulan mafia tersebut berjaya diberkas manakala ketua mereka, Luqman Qidran, mati dalam kejadian tembak-menembak bersama pihak polis di sebuah banglo miliknya yang terletak di dalam sebuah hutan berhampiran Johor. Kes disiasat di bawah Seksyen 12 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan juga Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now