BAB 32

5.9K 318 8
                                    

Paip shower ditutup. Tuala mandi berwarna putih yang disangkut pada penyangkut besi di dalam bilik mandinya itu dicapai. Badannya yang basah dilap menggunakan tuala tersebut sebelum tuala itu dililit pada pinggang. Sehelai lagi tuala yang lebih kecil dicapai lalu rambutnya yang basah dilap menggunakan tuala tersebut.

Luqman melangkah keluar dari bilik mandi. Langkah kakinya dibawa menghala ke arah walk-in closet yang menempatkan pakaian-pakaiannya. Boxer briefs dan singlet diambil lalu disarungkan ke tubuh. Dia mencapai pula sehelai kemeja putih dan juga seluar slack hitam. Pakaian tersebut diambil dan diletakkan di atas katil.

Dia kemudian melangkah ke arah cermin panjang yang diletakkan di penjuru bilik tidurnya. Biasan dirinya pada cermin diteliti. Bahu kirinya dibelek. Terdapat kesan lebam dan luka yang sudah kering di situ. Kesan luka tersebut disentuh dengan hujung jari. Perlahan-lahan, bibirnya mengorak senyum sinis. Beberapa saat kemudian, meletus tawa kecil dari bibirnya.

"Airis, Airis...kau memang lain daripada perempuan-perempuan yang pernah aku kenal. Belum pernah lagi ada perempuan yang berani tolak permintaan aku, lebih-lebih lagi cederakan aku...kau yang pertama" dia berhenti berbicara buat seketika. Masih terbayang-bayang di fikirannya wajah Airis pada malam dia memecah masuk ke dalam rumah gadis itu, bagaimana Airis dengan beraninya melawan dia. "Heh, kau memang berani. That's why I like you" dia berbicara sendiri sambil tersengih. Sejak kali pertama dia bertemu Airis, dia sudah menukar niatnya daripada ingin membunuh gadis itu kepada rasa ingin memiliki gadis tersebut. Dan dia akan pastikan niatnya itu tercapai.

"Wait for me sweetheart...I will come and get you soon~" ucapnya perlahan bersama senyuman di bibir.

Ketukan pada pintu bilik tidur menghentikan bicaranya. Dia mendengus perlahan.

"Masuk" arah Luqman sambil melangkah ke arah katil. Seluar slack hitamnya dicapai lalu disarungkan ke kaki. Ketika itu juga muncul susuk tubuh Han di sebalik pintu. Han melangkah masuk lantas menuju ke arah bosnya yang sedang menyarung kemeja pada tubuh.

"What?" soal Luqman dingin sambil tangannya ligat membutang baju kemejanya.

"Bos, tadi PA Lady Heidi called. Malam ni macam biasa, pukul 10 dekat sana" ujar Han tanpa membuang masa.

"Semua yang Heidi minta dah ready?" soal Luqman. Blazer hitam miliknya dicapai lalu disarungkan ke tubuh. Penampilannya dirapikan buat kali terakhir.

"Dah bos. I already checked last night. Everything good"

"I want you to check it again before tonight. Make sure everything okay. Budak-budak tu bukannya boleh diharap sangat. Aku tak nak ada apa-apa masalah timbul masa transaction tu nanti" arah Luqman tegas.

"Baik bos" jawab Han akur.


**********


"Perhatian semua" Thaqeef bersuara sambil menepuk tangannya tiga kali untuk menarik perhatian anak-anak buahnya yang sedang leka melakukan persiapan untuk operasi pada malam ini. Serta-merta anggota-anggota polis yang berada di situ menghentikan kerja masing-masing dan memberikan sepenuh perhatian kepada ketua mereka yang sedang berdiri di hadapan.

"Baiklah. Seperti yang semua sedia maklum, malam ini kita akan menjalankan operasi membanteras kegiatan pelacuran di kelab malam yang bernama TheParadise. Dalam masa yang sama, kita akan cuba mendapatkan maklumat mengenai FrygtlØs daripada pemilik kelab tersebut yang dikenali sebagai Lady Heidi. Saya harap kamu semua sudah bersedia. Kita akan berkumpul di perkarangan balai pada jam 10.00 malam sebelum bertolak ke sana. Sampai sahaja di kelab tersebut, kita akan terus berpecah kepada team masing-masing. Setiap team akan bergerak mengambil posisi yang telah ditetapkan. Kita semua akan bersedia di posisi masing-masing dan tunggu arahan daripada Inspektor Kevin. Ingat! Jangan bertindak melulu. Ikut arahan ketua masing-masing, faham semua?"

PERTEMUAN ✅Où les histoires vivent. Découvrez maintenant