Café De Paris

Start bij het begin
                                    

Anisha menoleh, memberhentikan langkahnya.

"Feliz cumpleaños!" Mateen mengucapkan selamat hari jadi di dalam bahasa Spain kepada Anisha sambil menghulurkan beg kertas Gucci.

Nasib baik semalam dia sempat singgah ke Gucci untuk membeli hadiah kepada Anisha itu pun setelah habis mesyuarat bersama keduataan Brunei.

"Awhh, thank you Tim!" lantas Anisha memeluk Mateen.
"Please have a seat and enjoy the party okay?" ujar Anisha.

Mateen, Faiq, Danial dan Abin mengambil tempat di meja yang telah disediakan.

"Aku tak pernah tahu pulak dekat London ni ada dewan secantik ni." ucap Abin.
"Bukan ke dulu Uncle Jeffri pernah buat event dekat sini juga?" soal Mateen.
"Tah kau ni. Ayah aku dah ajak kau dah kan? Kau yang tak pergi." Faiq mengerling ke arah Abin.

"Kau orang lupa ke masa tu kan aku kena balik Brunei." balas Abin sambil mengangkat keningnya.
"Kau sendiri juga yang cari masalah tu, Abin." ujar Danial spontan.
"Okay fine, you guys win!" balas Abin sambil membuat muka tidak puas hati.

Melihat reaksi muka yang dibuat oleh Abin membuatkan mereka semua ketawa terbahak-bahak. Peristiwa dua tahun lalu sungguh tidak boleh dilupakan, setelah tamat belajar Abin ditawarkan berkerja di sebuah syarikat di Brunei. Pada waktu itu dia telah diarahkan untuk mewakili syarikatnya menguruskan beberapa urusan di London.

Malangnya, dia membawa dokumen yang salah. Kalau nak minta tolong orang lain ambil dan fakskan kepada dia, sudah jadi leceh pula. Dokumen itu ada di bilik tidurnya, bukan di pejabat. Alamatnya terpaksalah dia pulang semula ke Brunei untuk mendapatkan dokumen yang betul.

Panik Abin ketika situasi itu berlaku, sampaikan dia tidak boleh tidur pada malam itu. Risau akan dibuang kerja jika pihak atasan tahu tentang kecuaiannya.

----------

Jam Casio yang dipakai menunjukkan tepat jam 8.30 malam. Parti ini akan bermula pada bila-bila masa sahaja, hanya menunggu isyarat daripada Anisha. Suasana di dalam Café De Paris sungguh meriah. Ya lah, ada 200 orang tetamu yang dijemput untuk menghadiri majlis ini. Tetamu tersebut termasuklah rakan-rakan kelas, kerabat diraja dan usahawan-usahawan ternama.

Semuanya berpakaiaan cantik-cantik belaka.

Untuk pakaian malam ini, aku memilih dress labuh yang berwarna light grey. Dress ini dibeli sewaktu balik Malaysia pada tahun lepas dan diserikan dengan sedikit perincian manik di bahagian pergelangan tangan. Sengaja aku memakai baju ini untuk memudahkan aku bergerak.

Tudung berwarna "sand" dipadankan dengan dress light grey. Sebenarnya aku bukan pandai sangat dalam bab-bab pemilihan warna dan seperti biasa, yang selalu akan pilihkan warna-warna ini mestila Dee.

Sejujurnya aku baru tahu warna sand itu wujud. Itu pun setelah di-google! HAHAHA.

Aku memandang Anisha

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Aku memandang Anisha.

Anisha mengangguk memberi isyarat untuk memulakan majlis.

Aku menuturkan kalimah basmallah di dalam hati seraya mengatur nafas sebelum memulakan majlis. Lain macam sungguh rasa gugup kali ini. Jarang sekali aku mengemudi majlis sehebat ini.

"Ladies and gentlemen, I hope you are in a very good mood tonight. I, Nureen Hasha, will be hosting tonight's party. Before we start our party I would like to greet you a very good evening and welcome to this much awaited party in celebration of my best friend, Anisha. Some of us have been fortune enough to see Anisha grow and blossom into a beautiful lady, but for others, here is a sneak peak of her 23 years of existence in a very short movie. Dim the lights and let us all enjoy this video that we prepared for her."

Video Anisha mula ditayangkan,

Sebenarnya Anisha tidak tahu pun tentang kewujudan video ini. Video ini disediakan sendiri oleh abangnya, Danial. Aku pun dapat tahu adanya video ini last minit jadi terpaksa lah aku ubah balik text emcee aku. Tapi tak apa lah asalkan Anisha gembira! Birthday party Anisha pada malam itu berjalan dengan lancar.

Alhamdulilah, lega.

Tugas aku selesai!

"Sha, jom balik? Flight kita esok pagi tau! Barang satu apa pun tak kemas lagi ni." ujar Dee.

Ya Allah, kerana terlalu sibuk menguruskan majlis ini. Aku hampir terlupa yang aku akan pulang ke tanah air esok hari. Barang-barang pun belum sempat dikemas. Ah!! Sungguh aku rindu ibu dan ayah.

Tetapi sebelum pulang aku harus bertemu dengan Anisha untuk menyerahkan kembali kad akses yang diberikan kepada kami awal tadi.

Aku melangkah menghampiri Anisha yang sedang ralit berbual bersama rakan-rakannya daripada Brunei.

Dari jauh aku dapat melihat kecantikan Anisha terselah, tidak hairanlah sewaktu di kampus hampir setiap hari dia menerima pelbagai hadiah. Aku menyentuh lembut bahunya dari belakang supaya dia tidak terkejut dengan tindakanku.

"Anisha, sorry for interrupting you. I just nak bagi balik ni." kad akses bilik dihulur ke tangan Anisha.
"I have to go back right now because my flight is tomorrow morning." ujarku sambil membetulkan tudung yang senget benget.

Walaupun dah nak balik, tudung mesti on fleek, okay!

"Thank you, Sha, for toninght" lantas memelukku.
"My pleasure, see you next time!" dengan langkah laju aku meninggalkan Anisha.

Aku tidak mahu Dee menunggu aku lama di luar dewan ini, nanti dia membebel sampai tujuh keturunan pun belum tentu akan habis.

Penat nak dengar.

Setelah beberapa langkah berjalan tiba-tiba telingaku mendengar seperti ada suara yang memanggil.

"Miss... Miss!"

Aku memberhentikan langkah dan memusingkan sedikit kepalaku ke kiri untuk menangkap suara itu. Namun, muzik yang dipasang terlalu kuat menyebabkan panggilan itu tidak jelas kedengaran. Aku kembali berpaling ke hadapan dan tidak menghiraukan suara tersebut.

Mungkin aku salah dengar kot...

Baru saja mahu kembali melangkah, bahuku di tepuk dari belakang.

Lantas aku memusingkan badanku ke belakang.

Eh lelaki ni? Apa dia nak?

Captain Abdul MateenWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu