Rehearsal demi rehearsal dijalankan untuk memastikan aku tidak melakukan kesalahan pada malam ini.

"Sha dah nak masuk maghrib ni. Jomla rehat dulu, dari tadi kau rehearsal. Aku dah naik menyampah dah dengar!" seloroh Dee.
"Tapi aku takutlah. Aku rasa aku tak cukup bagus lagi nak handle parti ni." ujarku sambil membetulkan tudung bawal hitam yang dipakai dari tadi.

Sengaja aku memakai tudung bawal supaya senang aku nak bergerak ke sana sini, tidak perlu menjaga lilitan atas kepala.

"Kau jangan nak merepek lah.. Dari tadi aku dengar, elok sahaja. Sama macam biasa kau jadi emcee untuk majlis-majlis lain." ucap Dee yang sadari tadi duduk di hujung pentas bermain telefon.

Lantas bangun, menuju ke tangga dan naik ke tingkat atas.

"Dahlah tak payah fikir lagi. Aku dah tak sabar ni nak tengok bilik yang Anisha bagi dekat kita. Cepatlah!" sambung Dee.
"Haah lah aku punnnn!!" sambil berlari-lari anak mengejar Dee yang sudah sampai ke tingkat atas.

Tercungap cungap aku dibuatnya. Tak cukup nafas dek kerana mengejarnya, laju betul makcik ini naik tangga.

Kami berada di hadapan bilik 308. Kad akses dilalukan ke pintu bilik. Pintu bilik dibuka.

Kad akses dimasukkan ke tempat kad yang disediakan di tepi pintu bagi menyalakan lampu bilik tersebut.

Lampu bilik berwarna biru neon menyala.

Aku dan Dee saling berpandangan.

Kami berdua menarik nafas...

"Lawa gila!!!!!!"
jeritan keseronokan kami, memecahkan keheningan di tempat itu. Nasib baik cuma ada kami berdua dan beberapa orang pekerja di situ sahaja. Kalau ramai yang mendengar kami menjerit tadi, sudah pasti jatuh nilai wang hantaran kami!

Aku semakin teruja apabila melihat dekorasinya yang agak rare. Yang menarik bagi aku tentang bilik ini adalah silingnya! Siling yang bertemakan galaxy itu sangat unik dan jarang sekali dilihat di dalam bilik hotel biasa. Bukan itu sahaja, dibawah katil itu juga diletakkan lampu neon biru, memberikan suasana tenang. Walaupun bilik ini agak kecil, tetapi cukuplah menjadi tempat kami beristirehat dan menukar pakaian sebelum majlis bermula. Katil? sudah pasti katil di bilik ini segebu awan. Ecehhh.. Ini kalau dapat tidur, sah terlepas majlis Anisha!.

Dee? Dari awal masuk ke bilik ini sudah melompat-lompat seperti katak di atas katil itu. Excited sungguh! Hairan aku umur sudah mahu 23 tahun, perangai masih begini. Haih.

---------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---------

"Ladies and gentlemen. May I have your attention please, our party will begin in few minutes so please find your seats and make yourselves comfortable"

"Hey, Mateen! Baru sampai ke?" ujar Faiq
"Yeah.. Traffic jam! Well you know, it's London!"

"Anisha!" panggil Mateen sebaik sahaja melihat Anisha lalu dihadapannya.

Captain Abdul MateenWhere stories live. Discover now