Chapter 5

3.3K 276 28
                                    

*******

Kembar BoBoiBoy bersama Ochobot membawa Kaito dan Tadashi bersiar-siar di Pulau Rintis dan tunjukkan tempat² menarik di sana.

Mula-mula,mereka bawa Kaito dan Tadashi makan di Burgeria.Tadashi yang belanja~Lepas tu mereka pergi memancing di jeti.Terjumpa pulak dengan Papazola yang menyelam dengan snorkle pinknya sebab nak tangkap ikan nak buat makan malam.

Lepas itu pula,mereka pergi pantai.Mula² niat nak main bola tampar,tetapi jadi perang air pulak lepas Taufan tertolak Halilintar jatuh dalam air.Mulalah diaorang semua terjun kedalam air dan tak kisah baju diaorang yang dah basah tu.Kaito dan Tadashi pun turut serta sama.

Lepas penat bermain di pantai,hari hampir malam.Mereka berjalan bersama-sama menuju ke rumah Kaito dan Tadashi kerana rumah mereka sehala.

"Kaito?"suara Solar mematikan lamunan Kaito.Dia masih basah lecun dan air masih menitik dari bajunya.

"Ya?"

"Awak dengan abang Tadashi duduk dekat Jepun dah lama kan?Korang berdua reti cakap Jepun tak?"tanya Solar.Kaito hanya tersengih sambil menggaru pipinya manakala Tadashi memusingkan matanya sebelum menjentik kepala Kaito.

"Budak ni mana pandai cakap Jepun!Bila orang ajar dia pergi lari tempat lain!Abang saja yang reti cakap Jepun."kata Tadashi.Kaito memukul perlahan lengan abangnya.

"Apa ni!?Kai pun reti eh basic dia!Cakap elok² sikit."Kaito memusingkan matanya sebelum merajuk pandang tempat lain dengan tangan bersilang.Yang lain hanya tergelak dengan gelagat dua beradik itu.

Setelah lama berjalan,mereka tiba di rumah Kaito dan Tadashi.Selepas mengucapkan selamat tinggal,mereka pun masuk kedalam rumah.

"Hatchum!"bunyi Kaito bersin mengejutkan Tadashi.Dia terus meletakkan tangannya pada dahi Kaito.

"Kau demam ni.Dah,cepat mandi.Sekarang.Biar abang mandi dekat bilik air bawah."kata Tadashi sebelum menarik Kaito bangun dan menolaknya masuk kedalam bilik air.Kaito hanya membuat muka malas bila abang dia tolak dia masuk bilik air.

"Dah mula dah mode overprotective dia ni..."Kaito mengeluh.

*******

Kembar BoBoiBoy dan Ochobot tiba di kedai Tok Aba.Tok Aba sedang mengemas kedainya itu.

"Ha!Balik pun!Mana korang semua pergi?Dengan basah kuyupnya."tanya Tok Aba sambil memandang cucunya satu persatu dan Ochobot.

"Err...Hehehe...Kitaorang pergi jalan² tadi."kata Ochobot.

"Ceh,potong gaji."kata Tok Aba sambil tersenyum manakala Ochobot mengembungkan pipinya.

"Hehehe...Terbaik!"kembar BoBoiBoy memberikan 'thumbs up' kepada Ochobot.
.
.
.
Pada malam itu,kembar BoBoiBoy mula demam.Halilintar yang paling teruk sekali demamnya.Nasib baik diaorang dah start cuti sekolah.

Tok Aba berasa susah hati kerana dia terpaksa keluar bandar.Ochobot pulak terlibat dengan kem sains cuti sekolaj jadi tiada siapa yang boleh jagakan cucunya.

"Hatchum!A-Atok pergi sajalah...Kitaorang boleh jaga diri-Hatchum!!"kata Ice sambil mengelap hidungnya.Selimut gebu berwarna biru muda bergambar polar bear putih membaluti tubuhnya.

Our Memories(BoBoiBoy)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora