Chapter 2

4.9K 325 55
                                    

*******


Apabila Halilintar selesai mandi,dia memakai baju yang diletakkan diatas katil.Seluar sport berwarna hitam dan baju hoodie tebal berwarna merah yang agak besar dengannya.Lengan baju itu hampir menutup tangannya.Rambutnya yang masih basah itu ditutup dan dikeringkan dengan tuala.Pintu bilik itu diketuk dan kepala Kaito muncul dipintu itu.

"Oh,Hali!Dah siap ea?Ok,jap saya nak pergi cari kain bandage lebih untuk balut kaki awak pulak."Halilintar terkejut.Kaito memendekkan namanya.Cuma Tok Aba dan kembarnya sahaja yang panggil dia seperti itu.

Beberapa minit kemudian,Kaito masuk dengan kain balutan.Dia membalut kaki Halilintar.Setelah itu,Kaito menghulurkan tangannya.

"Jom,kita pergi makan dekat bawah.Mak saya dah siap masak tu."kata Kaito.

"T-Tak apalah.Saya tak nak menyusahkan awak lagi.Cukuplah awak dah tolong say-"kata² Halilintar terhenti apabila Kaito menarik tangannya untuk bangun dari katil.Halilintar terkejut.

"Tak susahnyalah!Lagipun awak mesti tak makan lagi kan?Tak menyusahkan pun."kata Kaito sambil memapah Halilintar ke meja makan.

"Ah!Kaito.Turun pun kamu!Eh?Siapa tu?"suara garau menyapa mereka sebaik mereka sampai ke dapur.

"Hai Papa.Ini Halilintar,kawan baru Kai.Dia terseliuh masa hujan tadi.Kai tolong dia."kata Kaito sambil duduk disebelah Halilintar dimeja makan.

'Halilintar?Pelik betul budak ni...Tapi nampak nampak familiar.'

Papa Kaito melihat mereka berdua.Disebabkan topi Halilintar basah dan dia tak suka orang lain nampak rambut dia,hoodie yang agak besar tu dia serkupkan atas kepala dia.Halilintar hanya menunduk apabila ayah Kaito memerhatikan dia.

"Hum..Kamu ni nampak familiar.Nama pak cik Kim.Panggil je Pak Cik Kim.Kaito,kamu teman Halilintar ni makan.Papa ada kerja sekejap."kata Pak Cik Kim seraya meninggalkan meja makan itu.

"Baik Papa."balas Kaito.

"Okay,sekarang saya betul² rasa macam saya ni dah mengganggu keluarga awak nak makan malam."kata Halilintar sambil bermain² dengan hujung lengan bajunya.

"Tak payah risaulah Halilintar!Ayah saya memang macam tu.Selalu sibuk.Ha,jemputlah makan.Lepas tu nanti saya hantar awak balik rumah."Kaito tersenyum.Halilintar membalas senyuman Kaito semula sebelum terkelu.

Mata Kaito berwarna kuning!

"K-Kaito...mata awak.."Halilintar tergagap bila bercakap.Kaito hanya tersengih sebelum menyambung kata² Halilintar.

"Kuning,ya saya tahu.Tapi ini memang genetik.Bukannya saya ni mutasi ke alien.Alah,lagipun mata awak pun merah kan?Apa yang nak ditakutkan?"kata Kaito.

"B-bukan apa...Nampak unik...Hehe..Nanti bolehlah awak join saya dalam grup mata berwarna."Halilintar tergelak.Kaito pun sama.

                       *******

"APA MAKSUD KAU BERTENANG?!DAH LEWAT KUT MANA AKU TAK RISAU!?"

Kembar BoBoiBoy yang lain dah naik juling tengok Taufan yang mundar mandir dari tadi sebab risau Halilintar tak balik lagi.

"Taufan,Hali tu bukannya budak kecik.Dia tu ada pemikiran budak 17 tahun tau tak?Kalau dia sesat mestilah dia pergi balai polis.Kau punya reaction macam Thorn jer yang hilang.Kalau dia hilang,bolehlah kau nak risau sampai terbangkan rumah nu sekalipun." Ice membuat muka bosan sambil memeluk Mr.Snowy dia.Patung beruang Polar yang dia dapat dari Tok Aba sempena birthday mereka.Yang lain pun dapat.

Our Memories(BoBoiBoy)Where stories live. Discover now