Chapter 1

9.8K 405 118
                                    

"Abang janji akan jaga kitaorang selamanya sampai bila-bila?"

"Abang janji.Sejauh mana kita terpisah,selagi hati kita bersama kita dapat atasi segalanya."

*******

Satu hari yang biasa di sekolah rendah Pulau Rintis.Enam orang budak lelaki,berjalan dengan penuh gaya,memasuki kelas mereka.Seakan artis,mereka jadi tumpuan keseluruhan perempuan.Tidak jemu memandang,itulah si kembar BoBoiBoy.

Kembar BoBoiBoy popular kerana mereka berenam dan umur yang sama.Apa yang buat mereka lagi popular adalah kerana mata mereka.

Abang mereka,Halilintar,mempunyai iris mata berwarna merah gelap,yang boleh jadi merah terang bila dia marah.Taufan dan Ice,mempunyai warna mata biru aqua,yang pasti mencairkan hati perempuan dengan sekali 'wink' sahaja.Thorn mempunyai sepasang mata berwarna hijau redup bulat dan penuh ke 'innocent' an.Blaze pula mempunyai mata jingga kemerahan dan akhir sekali Solar mempunyai mata kuning terang bersinar bak matahari daj dilindungi dengan cermin mata berwarna sama dengan matanya.

Cara untuk membezakan mereka adalah melalui sikap dan topi yang dipakai oleh mereka.Nama mereka juga unik.Nama depan mereka bermula dengan BoBoiBoy dan diakhiri dengan nama elemen.

"Selamat pagi BoBoiBoy!"sapa Gopal dan Fang.Cara senang nak ucapkan selamat pagi atau nak panggil mereka semua adalah dengan panggil nama depan mereka.

"Selamat pagi!"
"Ohayou minna!"
"Yo!Pagi!"
"Hai!"
"Morning!"

BoBoiboy yang lain dengan gembira menyapa rakan mereka kecuali Halilintar.Dia terus duduk di mejanya dan tersenyum sedikit sebelum memalingkan wajahnya kearah buku.

"Selamat pagi korang!"sapa rakan perempuan mereka,Yaya dan Ying.

Halilintar hanya tersenyum melihat mereka.Rancak berborak.Fang mengajaknya untuk berborak juga tapu dia lembut menolak atas alasan malas.

"Weh,cikgu datang weh!"Amar Deep memberitahu mereka.Masing- masing lintang pukang duduk dekat tempat masing-masing.

"BANGUN!Selamat pagi cikgu,KEBENARAN!"ujar Yaya sambil membuat pose kebenaran dan yang lain ikut sama.

Hari itu,mulalah sesi pembelajaran mereka seperti biasa.

*******

(Waktu tamat persekolahan)

"Baiklah murid²! Ingatlah!Siapkan kerja sekolah yang kebenaran bagi tu!Kalau tak nak kena rotan keinsafan!!"kata Cikgu Papa sambil menghayunkan rotan keinsafannya.

"Dan sebelum cikgu terlupa,esok akan ada pelajar baru dari Jepun yang akan memasuki kelas kita jadi Cikgu nak esok kamu semua berperangai baik!Fang!Cikgu serahkan tugas membersih pada kamu,wahai anak muda!"Fang dah bersweatdropped.
.
.
.
Seketika kemudian~(Di kedai Tok Aba)
.
.
.
Mereka semua berkumpul di kedai Tok Aba bertungkus lumus menyiapkan kerja sekolah kecuali Halilintar.Dia ada IQ yang tinggi dan tak suka tangguh kerja jadi masa rehat,dia siapkan semua.

"Wuhuhu...Sesiapa tolonglah aku siapkan kerja sekolah ni~"nangis Gopal.

"Tulah kau!Hali offer nak tolong tadi tak nak!Hali tu kalau dah start pakai headphone dia,orang cakap apa pun dia tak kisah."kata Taufan sambil mengunyah biskut didalam mulutnya.

Our Memories(BoBoiBoy)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora