42 : Boneka

95 15 0
                                    

Aku membawa diri ke Gwanju, semata-mata ingin melupakan apa yang berlaku kepadaku. Di Gwanju, akan menyedarkan aku pada Kenyataan.

Kenyataan kepada sesuatu yang telah aku kehilangan.

Aku berdiri di depan permakaman ayahku. Setelah sekian lama aku melarikan diri dari kenyataan, akhirnya aku kembali. Ayah meninggalkan aku dengan sejuta rasa sakitnya. Begitu juga Taehyung.

Dua-duanya lelaki yang menerangi tempat terdalam dalam hatiku,  namun keduanya pergi meningalkan aku. 

Aku meletakkan bunga di situ. Selesai mendoakan, aku kembali ke rumah lama kami.

Buat sementara, aku akan tinggal di sini. Aku melangkah ke ruang tamu yang sudah usang dan agak berhabuk.

"Aish, dah jadi macam rumah berhantu." desisku lalu meletakkan beg di situ. 

Prakk!!

bunyi benda jatuh memeranjatkan aku.

Mataku terus membulat. Jangan-jangan betul rumah ni sudah dihuni hantunya? 

Aku sudah rasa seram sejuk, tapi kakiku tetap melangkah ke arah bunyi itu. Mataku mengintai sekeliling.

Seketika, aku melihat mainan plastik itu berada di lantai. Jadi benda inilah yang membuatkan bunyi tadi?

Aku mengambilnya dan saat itu juga aku teringat akan peristiwa di mana mainan plastik ini adalah hadiah dari salah seorang budak lelaki yang dibuli oleh rakan sebayanya yang mahukan mainan itu.

"Saya hadiahkan pada awak. Jaga baik-baik tau!"

Oleh kerana aku tidak suka melihat mereka membulinya, aku memberanikan diri untuk melawan pembuli itu untuknya. Aku sejak kecil memang handal bermain karate, jadi tak hairan bagaimana mereka semua kecut perut melihatku. 

Disebabkan itu, budak lelaki itu menghadiahkan mainan plastik ini kepadaku.

Dan sehari selepas kejadian aku membantu budak lelaki itu, keesokkannya ayahku mati dalam kebakaran. 

Sejak itu, aku menggangap pertolongan aku terhadap budak lelaki itu seharusnya tidak berlaku sama sekali.

Kerana aku mengangap Tuhan memberikan aku boneka plastik ini bagi menggantikan ayah.

Dan sekarang, Tuhan memberikan aku Taehyung untuk seketika, dan mengembalikan boneka ini untuk selamanya. 

Selama ini aku telah silap menilai. Hakikat yang sebenarnya, tiada apa yang akan kekal.

Juga sebuah cinta. 

"Jadi, sekarang aku akan jaga kau baik-baik." ucapku lalu menyapu habuk-habuk itu yang melekat di patung itu dengan tanganku.

"Dari jaga patung tu lebih baik jaga orangnya." suara itu muncul tiba-tiba.

Dan aku cam orangya. Sebaiknya aku menoleh, Taehyung sedang berdiri di sudut itu dengan muka manisnya.

"Tea?!" Aku terkejut. 

My boyfriend it's you [KTH]Where stories live. Discover now