34 ; do I know her

87 19 0
                                    

Aku membuang apron dengan tergesa-gesa. Aku capai beg yang berada di kabinet. Sebelum aku sempat melangkah keluar, aku bertembung dengan Eunji.
Dia agak terkejut melihatku, dan aku terus merapatinya dengan senyuman.

"Dia, dia dah sedar!" Aku menyeka air mataku dan aku peluk Eunji dengan erat. "Syukurlah." Eunji menepuk belakangku dan mengarahkan aku pergi ke sana dengan segera. 

"Maaf, aku terpaksa pergi, nanti aku datang ba -"

"Tak apa, pergilah. Aku faham" balas Eunji dan aku pegang tangannya dengan senyuman. Beruntung memiliki sahabat yang memahami sepertinya. 

Sebaik keluar, aku terus menahan teksi dan menuju ke hospital. Hatiku begitu berdebar, dan aku teruja. Akhirnya, doaku tidak pernah sia-sia.

Setiba di situ, aku rasa bernasib baik kerana keluarganya masih belum ada. Mereka berada di China atas urusan bisnes dan dalam perjalanan pulang sekarang.

Tapi, ketika aku tiba di situ, Jungkook sedang berdiri di luar itu. Tidak menunjukkan tanda-tanda ingin masuk. Aku tak pasti apa yang ada difikirannya, yang pasti dia pasti rasa bersalah terhadap Taehyung.

Buktinya sekarang dia memohon maaf dariku. Dia menangis-nangis dan berasa sangat kesal dengan tindakkannya. 

"Minta maaflah dengan Taehyung. Bukan dengan saya." ujarku dan dia akui itu.

Kami berdua masuk bersama ke ruangan itu dan aku lihat mereka semua ada di sisi katil Taehyung. Lelaki itu sedang tersenyum dan mematikan senyumannya ketika melihat aku.

Dia masih marah padaku agaknya. 

"Okeylah, kitaorang keluar dulu lah."  ujar Jin seakan cuba memberi ruang kepada kami.

"Eh, nak kemana?" Taehyung menahan tangan Jimin. Mereka semua pandang aku dan Taehyung serentak.

"Keluarlah, kau mesti.. ada benda nak bincangkan.."

"Bincangkan apa?" tanya Taehyung lagi. Dari nada suaranya, kedengaran begitu lugu. Tidak pasti apakah dia sengaja atau memang dia tiada apa yang ingin dibincangkan.

"Bincanglah, dia dah lama tunggu kau sedar." Namjoon menepuk bahu Taehyung seakan memberi nasihat. Namun, balasan Taehyung membuatkan hatiku seakan pecah berkeping-keping. 

"Kenapa dia tunggu aku? dan kenapa aku kena bincang dengan kekasih Jungkook? do I know her?"
ucapan yang baru keluar dari mulut membuatkan hatiku terhenyak.

My boyfriend it's you [KTH]Where stories live. Discover now