32 ; bunga layu

90 17 0
                                    

"Masuk hari ni, dah hampir seminggu awak tidur. Awak cakap awak nak lengkapkan bucket list kita. Tapi kenapa -" Aku tidak mampu meluahkan kata-kata lagi. ianya hanya mengundang kesedihan.

Aku tidak pernah jemu menjenguk Taehyung meskipun lelaki itu masih kaku terbaring di situ. Aku bercerita dengannya setiap apa yang berlaku meskipun dia tidak menjawabku.

"Nampaknya saya kena balik. Nanti saya datang lagi lepas saya balik kerja nanti ya." Aku pandang jam di tangan dan mengucup dahi lelaki itu. Setiap malam, katilku memang dihospital. Paginya memang aku akan cepat-cepat balik supaya tidak terserempak dengan keluarga Taehyung.

Tapi pagi itu, entah apa yang tak kena, aku mendengar suara perempuan membuka pintu. Tapi dia sedang bercakap ditelefon jadi dia tidak perasan akan kehadiranku. Aku terus menyembuyikan diri di balik langsir.

"Ya aunty, Irene dah ada kat sini. Okey, thanks." gadis itu mematikan perbualan.

Tak lama selepas itu, pintu bilik itu dibuka sekali lagi dari luar. Aku tidak pasti siapa kerana tidak dapat mengintai dari langsir ini. Jadi aku hanya mampu mendengar perbualan mereka.

"Ini pun kau. Kenapa tinggalkan Tae sorang-sorang? "

"Aku pergi ambil angin sekejap." balasnya.

Itu suara Hoseok.

"Mesti kau penat jaga dia semalam, Takpalah ,kau balik. I'll take care of him from now." arah Irene. Dari butir bicaranya, mesti dia anggap Hoseok yang menjaga Taehyung semalam.

"Haa, memang penat pun." balas Hoseok senang hati.

Dalam hati aku berharap Hoseok tidak balik meninggalkan aku di sini.

"Eh, ini beg kau ke?" Irene bersuara lagi sebelum Hoseok melangkah keluar. Aku mengigit bibir dibalik pintu, itu pasti beg aku.

"Ha ah. Beg aku." akui Hoseok setelah puas berfikir. Agaknya dia mesti boleh agak itu beg aku.

"Sejak bila kau-"

"Eh, bunga tu macam dah lama sangat tak tukar airnya. Macam dah nak layu. Kau bawak bunga kan, elok lah tukar cepat." Hoseok seakan mengalih topik perbualan dan menyuruh Irene untuk menukarkan bunga yang sedia ada dengan bunga yang dibawanya.

Tiba-tiba langsir itu dikuak. Sumpah aku terkejut, tapi Hoseok menunjukkan isyarat agar aku tetap diam. Dia menarik tanganku untuk segera keluar.

My boyfriend it's you [KTH]Where stories live. Discover now