31 ; maafkan saya

91 16 1
                                    

"Puas? Puas hati kau sekarang?!" Namjoon menarik kolar baju Jungkook untuk melepaskan amarahnya, namun Jin dan Yoongi menahan.

Jungkook menangis hiba. Aku harap dia menyesalinya. Sumpah, jika apa-apa terjadi terhadap Taehyung, aku tak akan maafkan dirinya.

Tidak lama selepas itu, keluarga Taehyung juga tiba. Mereka langsung tidak pernah mengenaliku jadi wajarlah aku diabaikan di situ.

Akhirnya, Taehyung berjaya melepasi keadaan kritikal. Selesai saja pembedahan, dia dipindahkan ke unit rawatan rapi. Aku hanya mampu melihat dari jauh. Kerana memang tidak dibenarkan untuk masuk melawat beramai-ramai. Apatah lagi status diriku yang tidak diketahui pihak keluarganya, makin menyukarkan keadaan.

"Hae ra," Jimin mendekatiku ke bangku menunggu. Katanya keluarga Taehyung sudah pulang, jadi malam ini aku boleh menyelinap masuk ke ruangan itu sekejap.

"Thank you Jim." Aku benar-benar berterima kasih pada lelaki ini saat ini.

Sebaik saja aku masuk ke dalam, hatiku dipagut pilu. Melihat wayar-wayar yang berada di tubuhnya, membuatkan air mata ini tidak mahu berhenti. 

"Tae..." aku bahkan tidak mampu meluahkan apa-apa selain menyebut namanya. Tangannya aku pegang dengan kemas dan aku kucup perlahan.

"Maafkan saya.. "

My boyfriend it's you [KTH]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن