29 ; mimpi nyata

97 15 1
                                    

[play the song while reading, it's must]

"Tae?" aku memanggil dia dari jauh. Aku lihat dia berjalan perlahan ke arahku. Dia senyum. Betullah apa yang Namjoon beritahu. Marahnya tak akan lama-lama. 

Sebaik saja dia mendekat, dia terus jatuh ke atas tubuhku. "Tae? Tae? kenapa ni?" Aku secara tidak sengaja menyentuh kepalanya dan tanganku rasanya basah. Sebaik melihatnya, mataku tercelik luas.

Darah?

"Taehyung?" Aku panik, dan tanganku sudah mengeletar. Situasi akhirnya membuatkan kami sama-sama rebah kerana aku tidak mampu menampung tubuhnya. Berkali-kali aku memanggil namanya namun dia tetap tidak bersuara.

"Tae! jangan tinggalkan saya. Kim Taehyung!!" Aku menjerit kuat namun ianya hanya sia-sia apabila aku tersedar dari mimpi itu.

Aku terus bangkit dan menekap mukaku. Aku menangis. Kenapa mimpi itu menjadi mimpi paling buruk dalam hidup aku. Dia senyum pada awalnya. Dia datang semula pada aku. Tapi kenapa, akhirnya dia tinggalkan aku?

Aku gapai telefonku. Aku mencari nombor Namjoon. Aku perlukan kepastian keadaan Taehyung sekarang.

"Hae ra, aku baru nak call kau." ujarnya sebaik saja mengangkat panggilanku. 

"Taehyung...  Taehyung.. dia baik-baik aje kan?" aku tersedu-sedu bersuara.

"Taehyung," Namjoon hanya mampu menyebut namanya. "Taehyung baik-baik aje kan?" aku mengulanginya dan jawapan yang aku terima sebaliknya.

Ternyata apa yang aku lihat dalam mimpi benar-benar berlaku. Taehyung terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam dia pergi. Telefon itu terus terjatuh dari genggamanku.

My boyfriend it's you [KTH]Where stories live. Discover now