23 ; bentuk hati

99 13 0
                                    

"Dah, jangan nak larikan muka. Saya tak siap lagi nak berleter, awak dah kiss saya." Taehyung menarik wajahku supaya mengadapnya semula. Aku hanya mampu roll eyes saja mendengarnya. Kemudian dia cuit hidungku.

"Just kidding." balasnya dengan senyuman sebelum dia menyambung, "But I love the way you shut me up." dia senyum.

Aku rasa macam nak cubit pipi dia sekarang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku rasa macam nak cubit pipi dia sekarang ni. Tapi, aku tak lakukan sebab aku masih dalam mood segan.

Awak buatkan ni untuk saya?" Taehyung menunjukkan tupperware yang aku bawa tadi. Aku mengganguk dan tolong bukakan untuknya.

Prak!

Luluh hatiku sekejap. Aku mengeluh geram melihatkan bentuk hati yang aku hiaskan dengan beans sudah berterabur.

"Saya dah beri ketelitian penuh untuk bentuknya. Haihs." omelku dengan geram yang berbaur sedih.

Taehyung tergelak mendengarkan omelanku, kemudian mengambil bekas itu dan juga chopstick untuk membetulkannya semula. 

"Ini mesti kerja Jungkook." balasnya bersahaja sambil membentukkan hati itu semula. "Dia memang jealous untuk benda-benda kecil macam ni. Dah jangan sedih, see.. saya dah buatkan bentuknya semula." Taehyung memujuk aku dalam masa yang sama mengejek Jungkook.

Aku menggeleng dalam senyuman dengan tingkahnya.

"So lain kali, jangan pass makanan kat orang lain. Nak datang tu, sila bagitahu dulu, jangan main terjah je." pesannya berbaur sindiran. Aku mengganguk akur.

My boyfriend it's you [KTH]Where stories live. Discover now