41 : Cruel love

94 16 1
                                    

"Ini cukup melampau, Namjoon! kamu bawa perempuan yang ni menyamar sebagai nurse untuk jaga Tae. Sekarang kamu tengok apa dah jadi dengan anak saya?!" Puan Kim membentak Namjoon sambil merunding jarinya kepadaku.

Aku tahu dia berhak marah tapi jangan lemparkan kesalahan tu pada Namjoon.

Aku menyesal.

"Jangan pernah jumpa Kim Taehyung lagi. Ini amaran terakhir." puan Kim memandang aku dengan tajam. Aku terpaksa akur. 

Mungkin memang antara aku dan Taehyung itu, tak pernah ada jalan untuk bersama.

Meskipun kami dekat, tetap terasa jauh bila dia langsung tidak mengenali aku.

Keputusan sudah diambil, dan aku akan akhiri hubungan ini di sini. Kerana aku tahu, meskipun Taehyung ada peluang untuk mengingatiku kembali, pasti keluarganya tidak akan pernah merestui hubungan ini. 

"Hea ra, yah一

Jimin pegang tangan aku. Masih enggan melihatku meninggalkan perkarangan hospital itu. Aku menepuk bahu Jimin dan memandang mereka semua. 

"Aku tak akan lupakan korang semua. Terima kasih, layan aku dengan baik selama ni." ucapku dan aku tundukkan pandangan.

Hatiku semakin sebak. 

"Aku 一 mohon, lepas ni tolong jangan beritahu Taehyung apa-apa tentang aku. Aku mahu dia melupakan aku. Itu lebih baik untuk dia." Aku mengangkat wajahku dan mereka semua sudah menangis kecuali Suga yang hanya bermurung. 

"Aish一 korang ni

Dan tubuhku dipeluk mereka semua.

"This is so cruel..." Namjoon

"Jaga diri kau Hea ra" Hoseok.

"Kajima" Jimin.

"Mianhe, jongmal mianhe." Jungkook.

"Mak cik Kim memang jahat." Jin.

"Kenapa mata aku berair?" Suga.

My boyfriend it's you [KTH]Where stories live. Discover now