"Jinger Bell ! " Jackson menjerit

" Anna Bell ! " Dennis menjerit

" Bella ! " Keith memanggil. Nasib baik Keith tak lupa nama aku. Agaknya yang lain dah tak ingat nama aku. Maklum lah dah 3 jam tak jumpa.

" kau okay ke tak ? " dan serentak mereka menjerit.

" sape yang tulis skrip ni ? Mengarut betul " aku peluk tubuh, tak puas hati.

Keempat-empat jejaka tadi berlari masuk tanpa dipelawa.

" Aku okay lah. Kenapa kecoh sangat ni ? " aku tergelak. Lucu melihat mereka yang sangat kecoh.

" Rafael mana ? " Keith bertanya selepas mendapati Rafael tak ada dalam bilik kesihatan tersebut.

" aku tak tahu, dia keluar—
Belum sempat aku habiskan ayat aku Keith tiba-tiba berlari keluar. Yang lain hanya membiarkan seolah-olah tahu apa yang Keith fikirkan.

" Sorry guys, aku kene gerak dulu. Acara aku dah nak start kejap lagi " Luke mengundurkan diri dan meminta maaf.

" alah tak payah pergi lah. Bukan penting pun " ucap jackson selamba.

" senang la kau cakap sebab kita bukan satu pasukan. Aku akan buat apa sahaja untuk pasukan Indigo menang ! Lagi pula mamat sepet tu (Keith) kompem dah tak turun padang. Aku kene back up dia punya acara ah macam ni" ucap Luke dengan bersungguh-sungguh sambil menepuk dadanya.

" yang pasti tahun ni pasukan kau akan kalah ! " Luke menjerit ke arah Jackson sebelum sempat keluar dari bilik tersebut dan berlari ke padang. Aku menggelengkan kepala, lucu.

" Rafael pergi mana sebenarnya ? " tanya aku memecahkan kesunyian. Jackson dan Dennis hanya berpandangan sesama sendiri. Mereka hanya mendiamkan diri sambil menggaru belakang kepala.

" nanti balik biar aku hantar kau. " Dennis cuba untuk tukar topik. Aku mengeluh dan layankan sahaja. Kalau tak nak bagitau pon tak apalah. Nanti aku boleh tanya Rafael sendiri.

" okay. "

** 🌙 **

Hari kedua acara sukan tahunan Lion Heart Highschool berjalan seperti biasa. Aku sedang menyusun botol air mineral di atas meja untuk atlet pasukan Scarlet. Haiden sedang memeriksa kehadiran para atlet manakala Zach tengah busy buat regangan sebab acara dia akan bermula sebentar lagi.

Aku melihat jadual pertandingan yang berada di tangan aku. Hari ni aku ada acara memanah. Entah la boleh ke tidak bawak pingat emas untuk pasukan sebab kali terakhir aku memanah tu masa darjah lima.

Aku melihat sekeliling, cuba untuk mencari kelibat Rafael. Dari semalam aku tak nampak muka dia. Entah mana dia pergi. Aku dah mula rasa risau. Semalam aku call tiga kali tapi dia tak angkat.

Keith pun aku call tapi phone dia tak ada battery kot ataupun dia buat flight mood sebab panggilan aku tak masuk. Manakala yang lain hanya berkelakuan seperti hari-hari biasa.

Sedang aku asyik menyusun botol mineral tersebut, Zach datang dan menyiku lengan aku lalu dia mendekatkan bibirnya pada telinga aku lalu berbisik.

" psst Bella. Apahal Oliver senior kelas 5 Delta dari tadi tengah perhatikan kau ? " setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Zach aku segera mengangkat kepala dan mencari-cari mamat yang bernama Oliver meskipun aku tak kenal. Tetapi, mata aku serta-merta bertembung dengan seorang lelaki yang sedang melihat ke arah aku. Mungkin ini Oliver yang dimaksudkan oleh Zach !

" mamat pakai bandana hitam tu ke ? " aku berbisik kembali pada Zach lalu Zach mengangguk, mengiyakan. Bulu roma aku menegak. Seram.

" dia dah syok dekat kau ke apa ? " Zach senyum mengusik. Halamak kau jangan.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now