Rafael pegang hujung baju yang aku pakai sekarang. Baju kotor tersebut cuba untuk diselak ke atas namun segera aku menghalang.

" apa kau buat ni ? " aku tepis tangannya.

" jangan risau, aku tak tengok. Lepas bukak kau cepat-cepat pakai hoodie yang aku bagi tau ? Aku dah tutupkan pintu. Empat ekor beruk tu ada lagi dekat luar . " entah kenapa tetapi aku percayakan kata-katanya.

Rafael langsung tidak berpaling mahupun melihat ke arah aku. Curi-curi tengok pun tidak. Dia menanggalkan baju aku dengan segara dan selepas itu dia bangun dan berpaling membelakangi aku untuk memberi peluang kepada aku menyarung hoodie yang dia bagi tadi.

" dah siap ? "

" dah "

Dia memdekati aku kembali dan memegang lengan aku untuk bangun. Dia angkat aku dengan lembut dan perlahan-lahan.

" katil tadi dah kotor. Aku bawa kau pergi bilik lain. Nanti maid cuci" aku mengangguk hanya menurut langkahnya. Bila tolak sahaja pintu bilik, dengan secara tiba-tiba, Luke, Keith, Dennis dan Jackson jatuh tersembam mencium lantai.

Mereka cepat-cepat bangun dan buat-buat gelak. Kantoi skodeng orang ! Rafael memberi jelingan maut dan dengan itu mereka segera bangun sambil mengangkat kedua belah tangan lalu berlari bertempiaran ke dapur. Aku tergelak. Ada-ada sahaja mereka ini.

Aku terjerit kecil apabila badan kecil aku terasa bagai di awangan. Kaki aku tidak lagi berpijak di atas lantai. Rafael dukung aku dengan gaya bridal style !

" pahal dukung aku ! " aku tutup muka sebab malu. Dalam waktu macam ini boleh pula Rafael sengih mengusik.

" kau tak boleh naik tangga. So, aku dukunglah " jawabnya selamba sambil mendaki satu-persatu anak tangga yang menuju ke tingkat kedua rumah itu.

" Rafael ! Jangan kau buat benda bukan-bukan dekat Bella ! Dia tu kecik lagi ! " Luke melaung sambil sengih mengusik dari bawah. Jackson dan Keith dah bersiul sengaja. Dennis pula tepuk tangan sambil buat muka kagum.

Sebelum sampai di tingkat atas. Rafael sempat berhenti. Dia menanggalkan selipar yang dipakainya lalu di balingkan pada Dennis.

Dengan awesomenya selipar tersebut mendarat di muka Dennis dengan laju. Tepat sungguh balingannya ! Dennis dah tumbang terkejut HAHA !

Rafael tempatkan aku di sebuah bilik. Bila aku tengok sekeliling, barulah aku tahu, ini bilik Rafael sebab ada beberapa gambar dia dan keluarga tergantung di dinding.

Kemudian di sebelah kiri ada sebuah rak besar yang menempatkan banyak buku yang aku sendiri tak tahu buku apa. Kebanyakan buku di rak tersebut sangat tebal. Aku tak tahu pula Rafael suka membaca.

Biliknya juga dilengkapi dengan satu set komputer. Dengan headphone dan segala alatan untuk main game. Di tepi rak buku tersebut terdapat sebuah sofa dan juga sebuah tv. Di bawahnya pula ada PS5. Rafael tempatkan aku di atas katilnya.

" bilik lain berkunci. Along yang simpan kunci jadi aku tak tahu dekat mana. Bilik aku je yang available sekarang. Bilik Along aku malas nak terjah nanti dia membebel pulak " terangnya. Aku mengangguk tanda faham.

" aku rasa elok kau tidur dekat sini je malam ni. Yang lain pun tidur dekat sini " Rafael memberi cadangan namun aku menolak. Tidur dekat rumah besar ni dengan lima orang lelaki ? Kau gila ? Maunya mama mengamuk bila tahu anak dara dia buat macam tu.

" Thanks but nah. Nanti mama aku risau aku tak balik rumah "

" tapi sekarang dah pukul 12 malam—

" WHAT ?! "

Aku segera melihat jam yang tegantung di bilik Rafael. Betul kata dia. Sekarang dah pukul 12 malam. Dah tengah malam dah pun !

" phone ! Phone aku mana ? " aku dah gelabah habis. Rafael menghulurkan phone aku. Aku segera menyambutnya dan membuka kata kunci.

20 missed call, 59 message

Aku gigit bibir, dang Im dead.
Semua panggilan dari mama !

" Rafael macam mana ni ?! " aku rasa macam nak nangis ! Aku tunjuk skrin phone dekat Rafael. Dia senyum. Ish dia ni apesal senyum senyum ! Aku tengah dalam masalah besar ni !

" biar aku cakap dengan dia " dia rampas phone aku dan keluar dari bilik.

" woi ! Kau jangan cakap bukan-bukan ! " dia tutup pintu tanpa mendengar amaran aku.

Dia ingat senang ke nak sejukkan hati mama ? Sudah la aku tak inform dekat dia apa-apa langsung. Sekarang dah tengah malam kut. First time waktu macam ni aku belum ada dekat rumah. Silap haribulan dia pergi report dekat balai polis cakap aku hilang tah !

Rafael pula memburukkan keadaan. Kalau mama angkat call aku tapi dengar suara lelaki ? Waktu macam ini pula, kau rasa mama aku tak marah ? Heh aku rasa Rafael dah kene sembur dengan mama aku sekarang. Hadam lah kau kata-kata pedas mama aku !

Tombol pintu berpusing, Rafael masuk dengan selamba. Dia hulurkan telefon aku balik.

" teruk ke mama aku marah kau tadi ? "

" Marah ? Apa yang marahnya. Tak ada apa pun. Dia tak marah. "

" kau serious ah ? " aku buat muka tak percaya.

" apsal tak serious pulak ?"

" habistu dia cakap apa ? "

" dia cakap dia suruh aku jaga kau dan dia restu hubungan kita berdua "

Halamak kau jangan nak bergurau.


** 🌙 **

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now