e m p a t s e m b i l a n

378 52 0
                                    

Aku berusaha untuk tidur semenjak tadi, tapi tak boleh. Fikiran aku masih melayang jauh, menghalang aku dari tidur. Acap kali aku menukar posisi baring, menghadap ke kiri dan kanan, dan kemudian menelaya tetapi tetap sahaja aku tidak boleh lena dengan tenang. Minda aku masih terfikirkan tentang Taehyung.

Betulkah dia merajuk pasal itu?

Aku mahu mengabaikan sahaja persoalan yang bermain dalam otak aku itu, tapi sukar sebab hanya itu sahaja yang fikirkan dari tadi. Dia buat aku tak tenang.

Aku mengeluh halus sebelum mencapai telefon yang berada di atas meja kecil berhampiran dengan katil. Ruangan chat aku buka, lalu laju sahaja aku mencari nama Taehyung.

Untuk seketika aku berjeda, berfikir apa yang patut aku katakan pada dia?

Taetae❤ :
tae
awak dah tidur?

Agak lama juga aku menunggu balasan dari Taehyung. Nampaknya dia betul-betul merajuk dengan aku ini.

Sayang❤ :
belum

Wah, tengoklah itu, balas pun sepatah sahaja. Aku menarik nafas dalam sebelum membalas.

Taetae❤ :
awak marahkan
saya?

Sayang❤ :
tak
kecewa sebenarnya

Taetae❤ :
sekejap

Aku matikan telefon dan letakkannya semula ke atas meja. Selimut yang menutup badan aku selak, lalu aku menjejakkan kaki ke lantai. Aku berkira-kira untuk keluar dan bercakap semuka dengan dia. Jelaskan pada dia, kenapa aku tak bagitahu pada ibu soal hubungan kami.

Perlahan-lahan aku berjalan keluar dari bilik, tanpa membuat sebarang bunyi terus menuju ke ruang tamu. Sesampai sahaja aku di situ, mata aku menjadi bulat melihat dua manusia di depan mata aku sekarang ini. Pipi aku rasa macam ditampar, malu!

“Eh kak, kakak tak tidur lagi?” Jungmin yang baring di sebelah Taehyung bertanya pada aku. Sejak bila pula adik aku keluar tidur dengan dia di sini? Atas lantai lagi itu.

“T-tak b-belum lagi, adik pula kenapa tidur di sini?” Soal aku kembali, Taehyung yang sedang membuat muka kosong aku kerling sekilas. Tenangnya dia.

“Sengaja, Jungmin nak dengar cerita abang Tae sebelum tidur.”

“Oh. .” Aku mencemikkan bibir. Sejak bila pula Taehyung pandai jadi penglipurlara pula ini. Dan lagi satu, kenapa dia tak bagitahu aku yang adik aku ada dengan dia?! “Jangan tidur lambat iya, dik.”

Aku terus berlalu segera ke dalam bilik aku. Masih berasa geram, pantas aku mengambil telefon aku untuk hantar pesanan pada Taehyung. Tetapi. . .rupanya dia ada hantar pada aku pesanan cuma aku yang tak tengok tadi.

Sayang❤ :
jangan keluar
ada jungmin

Aku mengeluh perlahan. Punggung aku henyakkan ke atas permukaan tilam. Susahnya bila berahsia begini, apapun aku mahu lakukan atau katakan pada Taehyung jadi sukar. Persoalannya, sampai bila aku mahu rahsiakannya dari ibu? Mata aku terarah pada skrin telefon bila ia bergetar menandakan ada pesanan lagi.

Sayang❤ :
rehatlah
esok kita bincang
good night sayang ♥

Huh. .syukurlah. Taehyung memang sangat memahami aku.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now